Monday, August 2

Perbaharui Niat



Sekembalinya saya dari travel yang mengerikan, saya merasakan ada sesuatu yang terkurang sepanjang perjalanan. Semangat yang ku lempiaskan tidak kurang banyaknya. Dari satu sudut perjuangan, saya berasa sangat berpuas hati setelah kembalinya dari perjalanan ini. Letih yang terasa di segenap tubuh, membuatkan saya satu kepuasan dalam perjuangan.

Namun, hati saya seperti mengatakan langsung tidak berpuas hati. Kerana apa? Entah. Kesannya, badan ku berasa malas untuk teruskan bekerja. Haish, semangat tu ada dan semakin membuak. Tapi, bila nak bergerak tu..Perkataan malas yang menganggu fungsi saraf untuk menggerakkan tubuh.

Sedang menghadap laptop sambil mencatat untuk membuat artikel baru, mata ku melirik sebuah buku yang bertajuk 'Konsep Niat dan Ikhlas Menurut Islam' Karangan Dr. Yusof Al-Qardhawi. "Dah biasa baca. Dengar pun dah selalu sangat tentang niat ngan ikhlas ni.." Hati ku berbisik. Tapi...

Tanganku segera mencapai buku tersebut. Tiba2 berasa kuat untuk membaca. Senarai isi kandungan ku selak. Meninjau-ninjau Sub-topik yang menarik. Haa.. 'Kepentingan Ikhlas bagi Aktivis Dakwah'. Saya terus menyelak halaman yang tertera. 179.

Surat Yang Diutus Kepada Umar

Pada muqadddimah tajuk ini, Dr Yusof Al-Qardhawi ada melampirkan satu potongan surat dari Salim  Bin Abdullah kepada Umar Bin Abdul Aziz.
"Ketahuilah bahawa pertolongan ALLAH  yang diberikan kepada hamba bergantung kepada kadar niatnya. Barangsiapa niatnya sempurna, maka pertolongan ALLAH pun akan sempurna. Barangsiapa niatnya berkurangan, maka kadar pertolongan itu juga akan berkurangan"

Persoalan2 yang bermain di fikiran ku terjawab akhirnya. Patutlah kekurangan yang kurasakan amat besar sekali. Niat. Itu rupanya. 5 hari berjuang. Lupa nak berpesan pada sahabat2 untuk ingatkan kembali tentang itu. Habis tu, apakah setiap lontaran perjuangan ku selama 5 hari ni tidak diterima ? Ya ALLAH, aku terlupa ya ALLAH. Kau terimalah perjuangan ku sebagai amal soleh.




3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

1 comment:

Unknown said...

Ibn Qayyim pernah berkata berkata : "Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat."-shared dari Ust Muzakkir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...