Monday, September 20

Travelog - 16Reunion : Cable Car, Langkawi Geopark (Sebelum)

 Radhi minta kami berkawad dan jalan dalam barisan, tapi kami tak setuju sama sekali.

Tepat jam 9.00pagi, kami tiba di Langkawi Geopark. Kami terus berlari-lari ke tempat menjual tiket cable car.(takde lah aruk sampai macam tu sekali) Kami terus berjalan dari kawasan parking kereta ke tempat membeli tiket cable car. Kami antara pelancong yang awal tiba di kawasan peranginan tersebut.

Radhi dan Firdaus adalah orang yang berperanan besar dalam menguruskan pembelian tiket. Sebab dia pengarah program dan pemegang duit kami. Jadi sesiapa yang nak beli tiket menggunakan duit yang berada di dalam dompet sendiri amat dialu2kan.

Kad pengenalan kami semua dikumpulkan. Mulalah adegan gelak menggelak sebab melihat wajah sahabat yang kelihatan seperti kanak2 berumur Darjah 6. Menurut Radhi, jika beli tiket beserta kad pengenalan akan dapat harga yang murah berbanding pelancong asing yang semestinya langsung tidak memiliki MyKad.



Abu seperti biasa, akan menerima gelakan yang paling gemuruh. Hal ini disebabkan oleh wajahnya dalam MyKad tidak ubah seperti Abang Roqib dan P Ramlee. Tidak ketinggalan juga amar Roqib. Tapi abu sentiasa balas dengan wajah konfiden dan selambanya kerana sudah lali dengan sahabat2nya yang periang dan hiperaktif (ada kene-mengenakah?)

Rupa2nya Radhi seorang yang gayat. Puas kami pujuk supaya dia join sekali ber cable car. Akhirnya, kami berjaya pujuk Radhi. Hehe. Siaplah nanti kat atas.

Setelah selesai pembelian tiket cable car, kami diminta untuk ke tempat pelepasan di tingkat atas.






3:110
'Ku Doakan Agar DiriMu Jadi Yang Terbaik'

1 comment:

Muhammad Radhi said...

aik,btul ka radhi gayat??confuse2..hehe..tgok steady ja..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...