Monday, September 20

Travelog - 16Reunion : Cable Car, Langkawi Geopark (Sedang)



Dalam Cable Car

"Antum jangan berhenti pada perhentian pertama. Kalau dia buka pintu duk ja. Toksah kluaq. Satgi nak tunggu balik lamabat untuk gi Perhentian kedua" Kata2 Akhi Firdaus sebelum kami semua bertolak menaiki cable car.

Kami terus menaiki cable car.

Dalam cable car, aku, affan, safwan dan (sape lagi sorang ntah) bersama 2 orang berbangsa cina meneruskan perjalanan. Sebelum cable car kami bergerak, ada seorang camerawoman menangkap gambar kami berenam. Mungkin sebab kami istimewa (kacak) dari yang lain atau sebab hal2 1 Malaysia. Melayu dan Cina bersama.  Ye. Mungkin sebab yang kedua.

Kami merentasi beberapa buah Gunung. Semakin tinggi cable car itu bergerak, rasa nafasku sedikit sesak. Mungkin disebabkan tekanan udara semakin tinggi. Teringat Cikgu Norizan yang mengajar subjek Sains ketika aku tingkatan 1,2 dan 3. Dan ketika beliau mengajar bab inhelation dalam subjek Biology. Ha, tidak dilupakan juga Cikgu Rahman yang mengajar subjek fizik.

Eh lah, sesi mengimbau masa lampau pula.



Perhentian pertama telah tiba. Couple yang berbangsa cina itu turun disitu. Baru sahaja tergerak nak beritahu meraka pesanan Firdaus. Memandangkan aku terfikir yang mereka tidak ada kene mengena program reunion kami, aku memutuskan hajat aku. Kini kami bebas membuat sebarang aksi untuk bergambar. Al maklumlah, kami ni pemalu.

Mode Bergambar dengan DSLR Canon Affan ~


Puncak Tertinggi


Akhirnya kami tiba di puncak Gunung. Juga penghujung pengembaraan Cable Car. 705 dari paras laut. Hajat hati ingin berbangga, tapi memikirkan Sir Abduh yang berumur lebih 50 tahun telah mendaki lebih dari jarak tersebut, aku membatalkan kebanggaan dalam hati.

SubahanALLAH. Sangat indah.

Aku seperti mati aqal untuk berkongsi adegan2 menarik pada bab ini. Yang boleh tulis hanyalah. Memang Best. 

Gambar yang boleh dokongsi untuk bahagian ini. ( Klik Sini

Biar sahaja gambar menceritakan kegembiraan kami di atas ini. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh lihat pada Facebook akhi Afifi Zakaria dan Akhi Amin Roseli.

Setelah puas berposing dan berlari kesana ke mari. Radhi mengajak kami turun. Mungkin Radhi tak tahan dengan kegayatannya. hehe.


3:110
'Ku Doakan Agar DiriMu Jadi Yang Terbaik'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...