Friday, February 4

Krisis Mesir 1 : Keadaan Saya dan Sekeliling.

4 Februari 2011


Muqaddimah

Alhamdulillah. Sejuta kesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Perancang. Kerana dengan keizinanannya, saya dapat menaip artikel tentang keadaan Mesir dan saya sekarang ini. Post ini sepatutnya saya coretkan pada blog diari saya. Tapi disebabkan ini juga adalah sebahagiaan daripada fakta, saya rasa tidak melanggar sebarang akta jika dicoretkan di sini. Insya'ALLAH.


Muzaharat

Sebagaimana yang telah diketahui umum, rusuhan besar-besaran telah berlaku di Mesir. Rusuhan ini berlaku sejak lebih seminggu yang lepas, 26 Jan 2011, hari Rabu. Ianya berlaku dalam sekelip mata dan kami yang wafidin memang tidak diberi sebarang informasi.

Pada hari berikutnya, Khamis barulah kami dikhabarkan melalui berita dan surat khabar. Dan pada hari tersebut, ada desas-desus mengatakan yang pada hari Jumaat akan diaadakan sekali lagi rusuhan secara besar-besaran. Masjid di sekitar kami meminta penduduk, terutamanya wafidin tidak keluar dari rumah selepas menunaikan solat Jumaat.

Pada Jumaat itu, saya melihat keadaan rusuhan di televisyen. Pada hari Jumaat itu, rusuhan tidak berlaku secara besar-besaran. Kerana pihak askar telah mengambil langkah drastik dengan menutup jalan2 utama yang mampu menghimpunkan seluruh penduduk Mesir. Jadi saya melihat rusuhan pada hari ini adalah rusuhan kecil-kecilan.


Alat Perhubungan Dimatikan

1. Facebook Dan Twitter
Dikhabarkan, perancangan rusuhan ini disebarkan melalui laman jaringan, facebook. Dan ianya merupakan faktor utama rusuhan pada hari pertama, Rabu menjadi dengan agak berjaya.

Ketika itu saya di dumyat. Sahabat sana tiba2 mengatakan yang facebook disekat. Mulanya saya tidak rasa apa2 masalah dengan perkhabaran itu sebab saya memang dah tak aktif berfacebook. Tapi rupa2nya ia terus berlanjutan.


2. Internet dan Line Telefon
Pada pagi Jumaat, line telefon dan internet pula telah di sekat.


*Ramai daripada kalangan kawan2 saya mati aqal time ni. Cerita dah habis ditonton dan game pun dah muak dimain.

Perintah Berkurung

Pada hari Sabtu, kami diperintahkan untuk berkurung. Pada hari tersebut, perintah berkurung bermula dari jam 5 petang hingga jam 7 pagi. Ianya terus berlanjutan hingga ke hari ini. Pada hari Rabu, perintah berkurung paling lama, iaitu dari jam 1 petang hingga 9 pagi. Watu ini memang paling best. Sebab boleh fokus baca buku Al-Muntalaq.

Semalam, tempoh berkurung mula dikurangkan kembali. Dari jam 5 petang hingga 7 pagi. Ketika ini kami semua mulai rasa lega. Dan mungkin kami tidak perlu keluar dari mesir dan terus sambung pengajian.


bersambung pada post seterusnya.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...