Saturday, February 5

Krisis Mesir 2 : Keadaan Saya Dan Sekeliling

Penyokong Husni Mubaraq


Pada hari selasa, saya terpandang di kaca televisyen. (Televisyen kini hanya menayangkan tentang muzaharat). Apa yang saya terpandang adalah melihat suasana perkumpulan yang tenang. Setiap orang mengangkat bendera mesir dan foto.


Dalam hati saya berkata " mungkin dah nak selesai dah rusuhan ni.." Tapi..

Rupa2nya kedaan semain rancak. Penyokong Husni Mubaraq telah mula turun padang. Mereka sama sekali membangkang penurunan Husni Mubaraq dari tampuk pemerintahan. Mereka sayangkan Husni dan mengatakan yang Husni telah melakukan dengan pemerintahan yang terbaik.


Media Massa Mesir vs Al-Jazeera

Mesir kini telah aman. Begitulah yang ditayangkan dalam televisyen. Kami di asrama telah mula berasa sedikit lega kembali. Mereka menayangkan keadaan muzaharat dari jauh. Mungkin kemera itu dari satelit negara. Memang tidak nampak sebarang rusuhan. Yang digambarkan hanyalah anggota muzaharat semakin berkurangan.

Cuma ada sekali tu, pergaduhan tercetus antara pembangkang dan penyokong. Mereka berbalas balas membaling batu. Jika saya tidak tersilap lihat, ada seorang penyokong Husni yang meunggang kuda teruk dibelasah dengan pembangkang.

Sheikh2 Kabir Mesir

Media massa juga mengambil sedutan ucapan2 ulama'Mesir mengenai muzaharat ini. Masyayeikh Mesir menyarankan anggota2 muzaharat untuk berlerai. Dan hentikan sebarang rusuhan.

Antaranya Sheik Ahmad Taib(Pengetua Universiti Azhar)  dan Sheikh Jamal Faruq.



akan bersambung...........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...