Saturday, February 5

Krisis Mesir 3: Keadaan Saya dan Sekeliling.

Sahabat Bertanya

Ramai sahabat yang risau. Termasuk juga ibu, ayah, adik, dan saudara-mara. Tapi Ummi dan Ayah saya seperti rileks saja.

Secara Umum

Kedaan saya sekarang berada dalam keadaan baik. Suasana perumahan saya pun tenang sahaja. Selepas masuk waktu perintah berkurung, penduduk mesir sendiri yang membuat kawalan jalan.

Kawasan yang betul2 panas adalah kawasan yang terdapat bangunan utama kerajaan. Contoh kalau di Qaherah, Medan Tahrir. Iskandariah dan Syubra.

Kawasan saya tenang sahaja. Cuma yang bahaya adalah banduan2 yang terlepas dan perompak2 yang muncul di tengah malam.

Pindah Ke Jeddah

Alhamdulillah. Kerajaan Malaysia telah membuat perancangan yang mantap dengan mengeluarkan kami dengan segera ke Jeddah. Dan insya'ALLAH akan terus dihantar ke Malaysia.

Walaupun yang datang hanyalah kenderaan askar dan kurang selesa, tapi bagi saya keselamatan lebih utama dari keselesaan.

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
Izzat, byk la ummi n ayah rileks..
Umi try call awak byk kali tak dpt2...

muka umi sangat risau... ayah pun sama..ayah asyik tanya umi, "dah dpt contact izzat?"

so, apa cerita sekarang? sekarang ada di mana? belajar camna? sahabat2 sehalaqah ada bersama tak?

Your beloved sis,
-sis amnani-

Unknown said...

ummi relaks lah am.
kita dah ada kat umah, ummi tak risau pun. :P

abdullah luqman osman said...

ibu dan ayah, umi dan ayah,. berbeza kah orangnya???-albo

Unknown said...

lain lah..
ummi, mak kandung.

ibu.....ade ahh. mane leh tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...