Saturday, February 12

Krisis Mesir 4 : Jeddah Dan Saya

Alhamdulillah..dengan usaha kuat kerajaan Malaysia, semua pelajar Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir selamat tiba di Bumi Jeddah selepas 7 hari ( atau lebih sikit ) Ops Piramid dijalankan. Jumlah pelajar Malaysia adalah kira-kira 11000 orang ke semuanya. Kami semua dipindahkan ke Jeddah dan ada sebahagian dari kami terus dibawa pulang ke Malaysia.

Di Jeddah, kami ditempatkan di asrama tabung haji Malaysia yang boleh memuatkan seramai hampir 8000 orang. Walaupun jika melihat dari bilangan kami yang melebihi maksimum penempatan, tapi pengurusan yang lancar yang dilakukan oleh pegawai2 bertugas telah menghilangkan permasalahan penempatan.

Saya Di Aiport Kaherah


Saya ke Jeddah dengan kumpulan kedua Johor. Kumpulan pertama terdiri diri dari ustazah2, pelajar medix Johor dan beberapa Ustaz. Dan kami di kumpulan kedua terdiri dari dari Ustaz2 yang duduk rumah sewa dan sebahagian yang duduk asrama.

Saya tiba di airport Kaherah pada pukul 3 petang. Suhu agak sejuk. Sepanjang musim rusuhan, hujan renyai sering menghiasi hari2 kami.

Kami di airport Kaherah selama 14-15 jam. Selepas subuh baru kami dapat bertolak. Kelewatan bertolak adalah disebabkan masalah taknikal dan pengurusan di aorport Jeddah dan Kaherah.

Perjalanan kami menggunakan kapal terbang Charlie mengambil masa 3 jam. Hampir 2 kali ganda dari kapal terbang Air Asia. Satu kapal itu dimuatkan dengan 200orang atau lebih. Memang duduk bersila dari awal hingga tiba di Jeddah. Ape2 hal, keselamatan lebih utama dari keselesaan. Alhamdulillah.

Jeddah


Selepas 3 jam perjalan, kami selamat tiba di airport Jeddah. 11.oo tgh hari, 6 Februari. Di Aipert Jeddah pula, kami terpaksa menunggu hingga 3 jam untuk check out.

Di asrama tabung haji, kami pada mulanya ditempatkan di gudang transit. Selepas beberpa dari pelajar malaysia telah terbang balik, pengurusan terus memasukkan kami di asrama. Kami pelajar2 Johor semuanya duduk dalam beberapa bilik yang berdekatan.

Kami duduk di blok E. Blok yang paling hujung. Segala pengumuman memang sukar untuk didengari kerana terlalu jauh. Jadi kalau sape2 yang ada nak jumpa saya dan buat pengumuman menerusi Bilik Khidmat Pelanggan memang saya tidak tahu. Maaf ya... (mcm ada je)

Duduk di situ memang membosankan. Ramai dari pelajar2 yang berkemampuan mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dengan pembelanjaan sendiri. Kalau golongan macam saya ni memang kena tunggu giliran penerbangan bantuan Malaysia lah.

Angka giliran saya ialah 5495. Penantian yang penuh azab dunia. aiyaa...Selepas duduk disitu 2 hari tanpa sebarang aktiviti best, ada antara kami yang mula bermain bola. Memang setiap malam lah main bola. Hilang lah sedikit kebosanan duduk kat situ. Rasa macam taknak balik lah pulak ke malaysia. (ceh, bola je punn..)

Selepas 6 hari menanti dengan penuh keriangan dan penderitaan, akhirnya number saya muqayyad (naik). Alhamdulillah dapatpun balik dan keluar dari tempat tu.

Di aiport Jeddah, kami terpaksa menunggu masa penerbangan lebih dari  waktu penerbangan sebenar. 3 jam. Masa sebenar pada pukul 8 malam. Tapi dah tukar 11 mlm.

Perjalanan dari Jeddah ke Malaysia memakan masa selama 12 jam lebih sikit.

Jadi sekarang saya telah berada di Malaysia. Berkhidmat di Malaysia.

4 comments:

[ n_akn ] said...

alhamdulillah..

Unknown said...

yarhamkiLLAH
:)

m.c.needa said...

Bestnye dpt kemptn pgalaman yg hebat ni pastinya tercatat sebagai sejarah hidup yg x terlupakan.. esp ms 2ggu giliran as if satu 'rehearsal' d padang mashyar menunggu giliran utk d hisab amal.dpt no 5495..tu br kan dunia kan!..sebagai pelarian rusuhan.
apapun muga peristiwa yg brlku mngajar byk org ttg byk perkara..

Unknown said...

alhamdulillah..memang satu pengalaman yang menarik.
sukar untuk dilupakan dan sangat bermakna untuk membuat persediaan untuk menghadapi hari muka nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...