Monday, May 2

Aku cuba sedar dalam jaga,


















photo by ~hanekyu at DaviantArt


Aku manusia yang sering berdoa padaNya,
Aku sering dapat apa yang aku pinta.

Namun aku sering melakukan dosa,
menghalau pergi keredhaan yang Maha Esa.

Aku sering lalai dan alpa,
Dari sering bersyukur dengan kenikmatan dari Nya.

Aku penat berfikir mengapa,
Aku teruskan dengan bagaimana.

Sering datang jawapan yang nyata,
Cuma tidak ku istiqamah dengannya.

Apakah istiqamah mempunyai ketajaman serpihan kaca,
hingga aku susah berpaut padanya.

Fikiranku terbayang wajah ulama' pewaris anbiya,
apakah mereka terluka dengannya.

Mereka juga insan yang biasa,
mengapa mereka mampu mengatasinya.

Aku cuba sedar dalam jaga,
yang jasadku masih bernyawa.

Dan sekarang aku perlu yakin padaNya,
Yang aku mampu jadi terbaik lebih dari mereka.

6 comments:

along79 said...

tiada insan yang sempurna...
tetapi sentiasa berusaha menjadi yang terbaik, adalah merupakan jalan terbaik untuk menjadi yang sempurna walaupun kadang banyak rintangannya

'izzat ibrahim said...

Syukran bang Usop.

Anonymous said...

terbaik!
moga Allah redha..

p/s: gambar apa tu? =)

'izzat ibrahim said...

syukran2..Moga Allah redha juga.

p/s: tak tahu lah..letak je gambar kartun tengah semangat.

encik atan said...

izzat ko rse aku comel x?aku hrp ku comel...

'izzat ibrahim said...

Encik sangat comel, comel sangat!

p/s:harap dapat terima seadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...