Sunday, May 8

Sabar - Kesusahan Itu Hanyalah Satu Gerhana


Fajar terbit memancar ke langit menandakan matahari mula melakukan tugas sebagai hamba Allah. Matahari membuka empangan cahayanya lalu tersimbah ia ke serata alam. Burung2 berkicauan memulakan kerja harian mereka. Mencari rezeki menyempurnakan fitrah makhluk untuk kekal di muka bumi.

Keriangan jelas terpancar di wajah-wajah burung. Mereka bekerja bersama, seperti ada keterikatan seperti sebuah keluarga. Mereka berkicau sambi berterbangan ke sana ke mari, bersyukur dengan kebolehan dan bakat yang ALLAH beri.

Tiba-tiba, cahaya matahari yang meriangkan mereka telah hilang, seakan-akan dibaham garuda jahanam. Mereka pulang mengubat kesedihan yang tiada ganti. Mereka merenung ke luar jendela, menanti sesuatu dengan kesabaran dan keyakinan yang tinggi. Apakah mereka tidur mengubat kesedihan? Tidak. Kerana mereka yakin itu semua hanyalah gerhana yang akan pergi tidak lama lagi.

Inilah yang dinamakan sebuah kehidupan. Adakalanya kita diberikan kesenangan dan kenikmatan untuk kita bersyukur padaNYA dan adakalanya ujian dan kesusahan yang dihidangkan kepada kita agar kita bersabar dengannya.

Kita sebagai manusia biasa, pasti saja rasa lemah akan melanda apabila ujian itu datang menjelma. Adakalanya kita terdetik yang apakah Allah benar-benar menguji kita atau Allah tak sayang pada kita. Dan adakalanya kita terus hanyut dengan ujian itu kerana rasa sudah tiada pengharapan lagi.

Sebenarnya, marilah kita merenung sebentar dengan kesabaran dan keyakinan. Yakinlah bahawa kesakitan itu pasti akan pergi. Dan ALLAH sangat sayang pada kita.

3 comments:

Izzati Hashim said...

Kususahan itu satu gerhana.
Gerhana yang seketika dan kemudiannya mentari pasti muncul kembali.

menarik, terima kasih atas perkongsian (=

pungguk said...

setiap yg terjadi pasti ada hikmah

Unknown said...

terima kasih izzati dan pungguk.

kalau kita susah, cepat2 cari kawan yang boleh ingatkan kita tentang ini. Dan kalau nampak kawan susah, temanlah dia dan ingatkanlah dia tentang ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...