Thursday, May 26

Antara Quote : 10 Wasiat Al-Banna

Jika sayap berada di tubuhku,
Pasti akan ku cuba sampaikan ayat-ayat ALLAH  kepada sekalian makhluk,
Akan ku singgah setiap cuping-cuping telinga,
berkicau dan menyanyi menyebarkan peringatan dan berita gembira.



Masa sentiasa berlalu dengan pantas. Pelbagai gerak kerja yang dilakuan hingga hati ini memendam sesuatu yang berat. Hati ini tidak mahu memendamnya tetapi tiada siapa yang tergerak untuk mengeluarkannya. Benda itu mengaratkan nya. Seperti berkaratnya seketul besi. Akhirnya hati terus memendam hingga tammat riwayatnya. Alangkah buruk pengakhirannya.

Pasti pemilik hati itu sebenarnya tidak ingin memendam benda itu. Cuma tuannya tidak sedar dan tidak perasan.

Jadi jika anda tersedar yang anda telah lama menyimpannya, maka buanglah kerana anda dan hati anda tidak inginkannya. Adapun perkara itu adalah Dosa 

 
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik
ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh
sungguh dalam setiap perkara.


(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya
sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah
saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

*Sumber dari kitab Usrah Dan Dakwah, Imam Hassan Al-Banna



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...