Friday, May 27

Antara Sirah : Berbaik Sangka Yang Ajaib

 Picture dari blog Salam Perjuangan


Sebelum ini pasti kita selalu mendengar kisah-kisah yang memaparkan mengenai ciri-ciri sahabat yang sebenarnya. Kebanyakan mereka menafsirkan, Sahabat adalah mereka yang sentiasa bersama kita walau dikala senang mahupun susah.

Kisah yang akan saya ceritakan adalah satu kisah yang memaparkan erti berbaik sangka dengan keluasan maksudnya. Seorang alim bernama Thalhah ibnu 'Abaidillah Ibnu 'Auf tercatat namanya dalam kitab Raudhatul 'Uqala karya Imam Abu Hatim.

Pada suatu hari isterinya, 'Aisyah Binti Abdillah Ibnu Muthi Al-Aswad mengajaknya berbicara. Isterinya mengeluh "Demi ALLAH wahai suamiku, aku tidak pernah melihat sifat yang paling buruk kecuali pada sahabat-sahabatmu"

Thalhah terkejut akan keluhan isterinya itu, "Demi Allah wahai isteriku, jangan sampai hal ini didengari oleh sahabat-sahabatku. Sifat buruk apakah yang kamu maksudkan, sayang?"

"Demi ALLAH, sifat buruk itu nampak sungguh jelas!"

"Ia, apakah sifatnya?"

Isterinya berkata, "Jikalau engkau dalam keadaan senang, mereka datang dan menemanimu. Namun bila kau susah, mereka menjauhimu."

Thalhah tersenyum dan memandang isterinya, " Sebenarnya bukan begitu isteriku. Bahkan aku memandangnya adalah satu sifat yang sungguh mulia"

"Apa maksudmu dengan sifat yang mulia?"

"Sungguh mulia sifat itu wahai isteriku" Ujar Thalhah,"Mereka datang kepadaku tatkala aku mampu menjamu mereka. Dan saat kita tidak sanggup menjamu mereka, mereka memahami lalu mereka tidak datang ke mari"


*Sumber dari buku Dalam Dekapan Ukhuwwah, Salim A. Fillah

6 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Indahnya.Bila rasa-rasa boleh jadi suami cam nih.

P/s: Gambar tu ana curi kat flicker lah.hehe.

'izzat ibrahim said...

anta lah sahabat macam ni..

p/s: Nanti letak link dia kat komen ni. takut kene saman nnti. :)

Syed Ahmad Fathi said...

Ana tak sampai lagi tahap nih.Tak qawiy macam anta.

P/s:Dah lupa lah akaun dia.Lama sangat dah.Dia bagi kut .Tak saman punya.Kita baik sangka dengan dia.Hehe.

'izzat ibrahim said...

Kalau sahabat lain terbaca komen anta ni, mesti dia sanggup delete komen anta. Sekarang tahap anta hiper qawiy. Kim salam sahabt sebulatan.

P/s:Cuma takut kene saman kat pdg masyar.

Albo said...

fathi asyik sebut pasal kawen.. dah sampai seru kot.. :P

hebatnya beliau..

Syed Ahmad Fathi said...

tu la nak kahwen tapi tade org nak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...