Tuesday, June 21

Antara Quote : Bila Ilahi Mula Membelai, Masanya Akan Tiba


Musim kegemilang itu pasti akan kembali,
Apakah kita sabar bekerja untuk menanti,
Jikalau bersatu jiwa bersetuju dengan hati,
Marilah bersama berjuang di jalan Ilahi.
Picture by : www.onestopwebmasters.com

Kita semua pasti sahaja pernah mendengar mengenai sejarah Islam yang begitu menakjubkan. Perasaan  kita pasti sahaja akan bergemuruh pabila membaca mengenai panglima-panglima hebat seperti Solahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fatih menjatuhkan kuasa-kuasa besar yang zalim pada zaman mereka. Aqal kita pasti juga akan mula terfikir, apakah tidak akan ada lagi zaman-zaman kegemilangan seperti itu selepas ini.

Hari-hari kita sering sahaja mendengar dan melihat mengenai nasib saudara-saudara seIslam kita yang begitu dasyat sekali diseksa dan diperbudakkan. Mereka begitu rakus merampas harga maruah kita yang pasti sahaja terlalu tinggi nilainya. Kadang-kadang kita yang mampu memendam kegeraman diatas serangan mereka yang begitu menghinakan kita. Aqal kita, Jiwa kita, Jasad kita hebat sekali mereka menyerang disegenap diri kita.

Jiwa kita yang mewarisi satu sejarah kegemilangan Islam yang gilang gemilang, pasti sahaja tidak akan membiarkan maruah yang tercalar akan terus dicacat celakan. Jiwa kita pasti  akan tersimpan hasrat untuk merampas kembali hak-hak kita yang telah lama dipergunakan. Apakah masih ada asa dan harapan untuk kita menikmati segala nikmat keagongan Islam yang ALLAH beri pada kita pada susatu masa dahulu?


Akan tiba masanya
Suria kan tersenyum kembali
Burung-burung kan berkicau riang
Rama-rama kan bebas berterbangan
Dan bunga-bunga kan menampakkan serinya
Menghiasi taman rumpun menghijau
Setelah musim demi musim berlalu
Mendung memuramkan suasana

Akan tiba masanya
Hujat rahmat kan membasahi semua
Pucuk-pucuk muda kan bangga menyerlah
Dan rumput-rumputan pasti menjalar megah
Bagaikan hamparan permaidani sutera
Setelah musim demi musim berlalu
Kemarau panjang mendahagakan dunia

Akan tiba masanya
Hati yang keras kan lembut semula
Jiwa yang engkar kan lebur akhirnya
Bila hembusan ilahi membelai mesra
Pemilik sekeping hati bernama manusia
Setelah musim demi musim berlalu
Dalam belantara ngeri tersesat ia...

Syair Syeikh Muhammad Iqbal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...