Monday, June 13

Antara View : Mesir Yang Sentiasa Melaksanakan


Gambar Hiasan dari BikyaMasr
Apabila lidah mudah bicara,

Apakah disusuli dengan kerja,

Usah mengkritik sini sana,

Jika diri masih tak kena.


Cerita ini adalah mengenai kisah Penduduk Mesir yang sentiasa bersedia.

Di sekitar rumah APJ Rabaah (Rumah Pelajar Johor) terdapat banyak masjid yang menunaikan solah Jumaat. Saya selalunya akan memilih masjid kecil yang berhampiran dengan rumah, iaitu masjid kecil di belakang rumah saya. Pertamanya disebabkan khatib yang menyampaikan khutbah adalah seorang Doktor kuliah bahasa dan beliau buta. Keduanya disebabkan tidak terlalu lama.

Pada Jumaat lepas, tanggal 10 jun 2011 ada kejadian yang menakjubkan saya. Kejadian yang berkaitan dengan peribadi rakyat Mesir yang disabdakan Rasulullah sebagai kaum yang sentiasa bersedia untuk berperang.

Sesampainya saya di masjid, saya agak pelik kerana suara khatib yang menyampaikan khtubah adalah berlainan dari kebiasaaan. Tambah pelik lagi suaru khatib itu serupa dengan suara mufti Mesir, Syeikh Ali Jumuah. Rupa-rupanya, suara khatib itu hanyalah dari corong radio sahaja. Ramai daripada kami kalangan pelajar Johor pelik dan apakah ini khutbahnya. Setelah tunggu hampir 10 minit lebih, akhirnya seorang lelaki Mesir datang ke depan.

"Kenapa guna radio sahaja?" Tanya lelaki tersebut.
"Doktor tak boleh datang." Jawab mudah orang-orang tua di saff hadapan.
"Ha, haza man fa'sh, la yajuz wallahi" kata lelaki itu mengatakan ini tidak boleh.

Setelah itu, lelaki itu terus merampas microphone dan terus naik ke atas mimbar dan terus menyampaikan khutbah yang bertajuk "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian" Khutbah yang disampaikan penuh bertanaga, dan maaflah tiada sebarang rakaman. Serius rugi tak rakam.

Begitulah perihalnya manusia yang sebenarnya masyarakat arab di bumi Mesir. Lelaki yang mencadangkan dan mengkritik sesuatu keadaan itu bukan satu cadangan yang kosong, tetapi cadangan yang disusuli dengan tindakan.

Hal ini pernah berlaku pada zaman saidina Abu Bakar As-siddiq. Ketika berpuluh hari tentara Islam mengepung kawasan jajahan Nabi palsu, Musailamah Al-Kazzab, muncul seorang sahabat dari celah-celah tentera Muslimin yang mencadangkan satu idea.

"Apa kata ya Jeneral, kita baling beberapa orang masuk ke dalam kota, lalu kita buka pintu kota dari dalam" Idea dari sahabat yang bernama Bara'ah bin Malik.

"Apakah itu satu idea yang tidak masuk aqal? Berapa ramai pihak al-kazzab yang berda di dalam sana.?" tanya seorang sahabat yang terkejut dengan idea Bara'ah bin Malik.

"Takpa, biar saya yang dilompatkan ke dalam"

Selepas dilompatkan ke dalam, pihak musuh ALLAH terkejut dengan munculnya Bara'ah bin Malik di belakang barisan tentera. Lalu Bara'ah melibas pedangnya hingga menjadi seperti lorong hingga ke pintu utama kota. Dengan izin ALLAH, Bara'ah berjaya membuka pintu kota tersebut. Dan akhirnya, pihak tentera Muslimin mendapat kejayaan yang besar.

Dikatakan, ketika Abu Hurairah merawat Bara'ah Bin Malik, beliau mendapati di belakang badan Bara'ah bin Malik tidak kurang daripada 80 tetakan.

Bagaimana pula dengan kita, Apakah kita sudah bersedia melaksanakan cadangan dan kritikan kita?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...