Friday, September 2

Antara Fiqh : Amalan Kita, Diterima Atau Ditolak ?

 Cahaya Pengharapan by http://www.alienspouse.com/
Berharaplah sepenuhnya kepada ALLAH.


Muqaddimah
1. Sering kita tertanya-tanya, "Adakah amalan kita selama ini diterima atau ditolak" Dan pasti jawapan yang biasa didengar, "Keredhaan itu hanya milik ALLAH. Kita sebagai hamba hanya mampu takut dan berharap"

2. Perasaan takut dan berharap ini mempunyai hikmah yang banyak dan besar. Antaranya kita akan sentiasa bergantung harap kepada ALLAH dan sentiasa mengingati-Nya. ALLAH befirman : (QS Ar-Ra'd : 28)

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” 

 Apabila kebergantungan kepada ALLAH semakin tinggi, pasti ALLAH akan menenangkan hati hamba-Nya dengan memberikan penyelesaiaannya.

Amalan kita, Diterima atau ditolak?
3. Jawapannya : Antara satu kaedah yang mudah adalah : "Apabila ketaatan yang kita lakukan sebelum ini dituruti dengan ketaatan yang lain, maka ketaatan kita diterima. Dan jika kita turuti ketaatan kita dengan kemaksiatan maka ketaatan sebelum ini mempunyai kecacatan"

4. Contoh : Kita melakukan ketaatan kita di bulan Ramadhan berpuasa selama 1 bulan penuh. Kemudian kita teruskan dengan ketaatan berpuasa 6 hari di bulan Syawal dan tidak melakukan kemaksiatan. Maka ketaatan kita di bulan Ramadhan akan diterima.

Niat
5. Dalam hal ini, haruslah kita kembali kepada perkara yang paling asas dalam melakukan amal Ibadah. -Iaitu Niat.- Perkara yang mengubah satu perkara yang adat menjadi Ibadah.

6. Kaedah Fiqh : Al-Umuru Bi Maqasidiha 
Yang bemaksud : setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat

Tunjang utama kepada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan
7. Setiap amalan yang kita lakukan mesti dimulakan dengna niat yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH. Hal ini untuk menjamin mutu dan nilai nya. Setelah melakukan sesuatu amalan, maka berharaplah pada ALLAH sepenuhnya. Dalam masa yang sama , cubalah untuk melakukan amalan-amalan yang lain.


Penulis : 'Izzat Ibrahim Bin Shamjuddin.

Rujukan :
1. http://www.docstoc.com/docs/10925127/Hadis-40
2. Darul Ulum Online
3. http://d1.islamhouse.com/data/id/ih_fatawa/single/id_Hukum_Puasa_Syawal.pdf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...