Friday, September 2

Travelog - 21Reunion : Best Star Motel, Pantai Cenang

Petang

Dalam pukul 3pm kami check in ke Best Star Motel. Kami se avanza agak lewat juga tiba dari sahabat2 lain. Semotel dengan aku adalah Afifi,Abu, dan Hanif Ismail. Mungkin sekali lagi aku berpeluang mendengar isu utama mereka lagi. Teruja?. Oh, tidak. hehe.

Selepas makan tengah hari, hujan mulai turun. Hajat juga untuk tidur. Memandangkan di rumah juga boleh tidur, badan terus bingkas bangun menukar pakaian untuk mandi di laut.

Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air.

Rasa itu sahaja aktiviti kami sepanjang petang. Malam itu ada perlawanan penting. England vs Jerman. England pasti boleh!

Bergambar bersama abu.


Malam

Hajat aku untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia itu dari awal terbantut kerana ada sekumpulan pelajar dan guru yang bercuti di situ meminta kami buat program untuk mereka. Ayah akhi Firdaus yang perkenalkan kami kepada mereka. Jadi kami lima orang menyahut seruan tersebut. Izzat,Firdaus,Hilmi,Hamizan dan Ihsan.

Seronok juga lah budak2 itu dapat bermain dengan abang2 universiti. Dah lah baik pulak tu. (Serious) Dan yang paling penting sekali, walaupun di mana sahaja kita berada, dakwah dan tarbiyah tetap dan mesti dijunjung.

Teringat satu petikan kata2 abang Ali Hanifah "Di mana bumi dipijak, di situ dakwah dijunjung". Dengan nada ala2 pejuang Palestin. Waktu ini dia menjawab persoalan aku dalam sesi perkongsian di sebauah program Perantau. Terpaksa juga aku membatalkan hajat untuk menanyakan soalan dengan lebih lanjut apabila melihat aksi dia yang agak menyeramkan.

Selepas Program


Seusai program bersama adik2 sekolah rendah itu, kami terus ke kedai makan berhampiran jeti Pekan Kuah. Kata firdaus di situ ada skrin besar.

Perlawanan berkesudahan 4.0. Jerman menang selepas beberpa kontroversi. Memang menyedihkan. Patutnya England boleh menang. Tapi aku tak kisah pun. Bukan Malaysia yang kalah. (Kalau Englang menang mungkin aku tidak berfikir seperti ini.)

Kami pulang ke motel selepas perlawanan tamat.

Agak menarik juga suasana pantai pada malam itu. Yang si muzakkir sibk mengejar seekor anjing. Kesian anjing bertempiaran lari. Yang bertambah kesian. Ada seorang pelancong asing perempuan seperti tercari-cari sesuatu. Mukanya kelihatan sangat gusar. Seperti ada barang kemasnya dicuri orang. Rupa-rupanya, anjing peliharaannya hilang.

Setelah mengetahui kami buat2 muka tidak mengetahui sebarang khabar tentang anjing itu.

Setelah penat berbual, aku mengambil keputusan untuk pulang ke motel. Abu mengekori. Sampai bilik aku terus bersiap untuk tidur.

Abu,Afifi, Matnip dan Aku berbual lagi. Banyak jugaklah perkara yang dibualkan. Sampai slot membincangkan isu hangat mereka (hehe), aku dan matnip seperti tidak ada dalam bilik tersebut.

Pagi


Seusai solat subuh, suasana agak sunyi. Hujan renyai2 masih turun. Kami dihujani rahmat yang tidak putus2 dari semalam. Semoga program reunion kami sentiasa dirahmati hingga ke syurga.

Aku antara orang yang memulakan aktiviti pada pagi itu. Main bola. Semakin lama semakin ramai yang keluar. Dan susasana menjadi riang kembali.

Beberapa orang sahabat kami berjalan ke pantai yang lain. Tapi tetap di Pantai Cenang. Cuma bahagian lain. Aku menghiraukan mereka kerana rasa tidak ada apa2 yang menarik pun pengalaman mereka untuk dicatat sebagai pengalaman menarik. Hanya meninjau kawasan. Menarikkah?. Baik main bola. Lagi menarik.

Lepas puas bermandi-manda. Terlintas pula cadangan nak bermain banana. Najmi kata memang best (dengan nada semangat). Kami apa lagi, kumpulakan lah seramai mungkin untuk main banana.

Abang yang buat benda ni kata kalau lagi ramai lagi best. Jadi kami ajaklah ramai2. Satu banana itu limit 7 orang, tapi kami naik 12-14 orang. Sebab yakin dengan kata2 abang tu. Abang tu memang muka boleh dipercayai.

rupe2.nye tak best

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...