Tuesday, March 5

Birthday Ummi Saya, 5 Mac. (2013)





Hari ni birthday Ummi saya ( berbaju purple ) , 5 Mac.

Sesungguhnya dia seorang yang special dalam hidup saya. Kerana..

-Dialah ibu.
Mengandungkan. Membesarkan.

-Dialah guru.
Beliau ajar saya add math. Dari failed boleh dapat B3 kot time SPM (bangga-bangga)

-Dialah yang banyak supply duit pada saya :P
"Izzat paling banyak gunakan duit dalam kalangan adik-beradik. "
(kata-kata hikmah dari ummi)

-Dialah tukang kejut subuh.

-Dialah Doktor Cinta saya,
"Izzat tak perlu pilih awal-awal.. Sebab nanti dah makin meningkat dewasa, ilmu makin bertambah..keperluan izzat akan meningkat. Dan pilihan izzat akan berubah-ubah. Tunggu je nanti dah betul-betul bersedia nak kahwin baru pilih"

p/s : sekarang dah bersedia. :P

-Dialah murabbi saya..
Walaupun berstatus ibu atau orang tua, beliau tidak pernah sesekali menunjukkan beliau seorang yang 'Perfect' dan wajib ikut arahannya.
Walaupun duduk lama dalam 'tarbiyah', dia tidak sesekali kata dia lebih faham dari orang lain.

Ini menyebabkan saya faham bahawa,
"walaupun seseorang itu duduk lama dalam proses 'tarbiyah', dia tidak perfect. Kesalahan atau kesilapan adalah perkara biasa"

-------------------------------------------------------------------
Kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat, dan stalker2 ( :P ) saya ..
Doakan Ummi saya agar sentiasa diredhai ALLAH dan dapat masuk syurga.


Gambar : Ummi still comel dan bertenaga ^_^ .
bersama sahabat baiknya, Makcik Ani.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...