Tuesday, April 9

Menjerit Mengungkap Rindu. (Orang Arab Mesir)





Pada suatu hari aku keluar dari rumah menuju ke program berbuka puasa. Jauh di Sayyidah Zainab. Perjalanan mengambil masa sejam. (Sebenarnya takdelah jauh sangat…tapi sebab terlalu jarang pergi ke sana. Itu yang jadi seakan-akan jauh).

Malam semalamnya badanku mula rasa tak sedap. Seakan-akan nak demam. Dan esok paginya memang sudah mula ada sintom-sintom kuat menandakan aku akan demam. Tapi aku gagahkan juga puasa. Sebab,
((صوموا تصحوا
Berpuasalah kamu, maka kamu akan sihat.

Sebenarnya takdelah sakit sangat. Cuma sakit tekak. Aku rasa ianya pun berpunca dari terlalu banyak makan. Lalu  tekak minta berehat sebentar dari makan dan minum. Jadi aku layankanlah ‘kemanjaan’ tekak ku ini.

“Boleh confirmkan kehadiran? Ana nak bajet makanan” Pengarah program berbuka puasa inginkan kepastian kehadiran melalui system khidmat pesanan ringkas (s.m.s.).

Aku balas “I-ALLAH, ana hadir”. Ringkas ku balas.

Sebenarnya pengarah program itu sudah tahu yang aku sakit sebab pagi itu dia ada minta aku berikan tazkirah ringkas  untuk Majlis Berbuka Puasa. Tapi aku tolak dan memberi alasan tekak tidak berapa baik.

Siang Khamis tu aku ambil keputusan untuk tidur dan malas meng’online’ atau ‘study. Malas.

Selepas zohor aku terus tidur.....

Sedar-sedar jam menunjukkan pukul 4.30pm. Azan asar dah berlalu selama satu jam. Agak terlewat sebab program bermula pukul 5.30pm. Pasti aku akan terlewat tiba.

Badan kuat tapi perasaan malas itu ada juga sedikit. Perasaan itu muncul sebab mempunyai alasan yang sangat kukuh untuk tidak hadir ke program tersebut. 

Alasannya : hampir-hampir sakit. Ya, kukuh.

“Ah, pergi je lah”. Putus hatiku.

Keputusan telah ku buat. Aku terus bersiap-siap untuk terus bergerak ke program. Sempat aku melihat cermin sebelum keluar dari rumah. Langkahan sikit tidak bermaya dan mukaku sedikit lesu. Kacak? biasa sahaja.

Dalam perjalanan menuju ke perhentian bas…

"وحشتك !!!  وحشتك !!! Kedengaran orang arab menjerit dari arah belakang.

--------------------------------------------------------

(وحش) = 'Wahish' ini ada dua penggunaan :

Yang pertama : Digunakan untuk mengungkapkan tidak elok. Contoh kita mahu kata yang satu perangai itu tidak baik, kita kata “wahish”

Yang kedua : digunakan oleh arab mesir untuk mengungkapkan perasaan rindu. Dia akan bermaksud “engkau membuatkan aku rasa tidak elok”

------------------------------------------------------------

Aku teka penggunaan kedua sebab jeritan arab itu ada berbaur kegembiraan.

Selepas mendengar jeritan itu aku terus memalingkan muka ke belakang untuk memastikan sama ada jeritan itu untuk penggunaan pertama atau penggunaan yang kedua. 


“Ya, tepat sekali tekaanku...Penggunaan yang kedua!”

Sebab lelaki itu sekarang sedang bertanya khabar kawannya yang mungkin sudah sekian lama tidak bertemu. Mungkin. Sebab Arab ini kadang-kadang baru satu hari tidak jumpa pun rindunya lain macam.


haha..luculah arab ni. Mahu ungkapkan perasaan rindu sahaja pun…itu pun nak jerit kuat-kuat. LOL

Arab…arab. macam-macam.


Mukaku yang sedikit kelesuan dan langkahanku yang sedikit tidak bertenaga tadi, kini kembali segar dan bersemangat. Entah dari mana dia datang. Dari orang arab tadi kot. ^_^


Sememangnya…jika melawan kelesuan dan rasa lemah kita kerana ALLAH, pasti ALLAH akan memberikan kekuatan dari sudut yang kita tidak sangka.

Maka percayalah pada ALLAH. ALLAH maha pemilik segala kekuatan.


2 comments:

Izzati Hashim said...

Sayyeda Zainab,
kampungku di sini.

:)

Unknown said...

oh i see..

Kampungku di kota cairo :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...