Wednesday, November 4

7 Persediaan Ber'backpacking' Secara Berkumpulan.




7 Persediaan untuk ber'backpacking' secara berkumpulan.

*catatan ini adalah backpacking saya dan kawan-kawan ke Turkey. Pertama kali berbackpacking.

1. Kumpul 2 atau 3 orang yang memang satu kepala.
- biasanya cadangan untuk backpacker ini hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan.
- lagi-lagi yang baru pertama kali nak ber'backpacker', pasti akan ada dua tiga orang yang bertekad nak berjalan tanpa agent dan ramai juga yang tidak berani ambil risiko.
- dan kawan-kawan ini juga biasanya ada kesanggupan dari segi masa, kewangan dan keberanian.
- untuk faktor pertama ini, saya dapat kumpulkan 3 orang termasuk saya. Kami bermesyuarat untuk pertama kali dan menetapkan, tugas, bilangan, tema.


2. Lantik ketua kumpulan.
- lantik ketua ini sangat penting. Kerana apa-apa perancangan dan masalah, biar ada seorang kepala yang ketuai.
- bukan bermakna dia seorang sahaja yang buat kerja dan kontrol, tetapi dia ini mampu mengurus kumpulan dan juga idea-idea yang dapat daripada ahli kumpulan.
* untuk kami ini, kami tidak bersetuju pun siapa-siapa pun jadi ketua kumpulan. Tetapi kerana kami bertiga adalah selalu study group bersama dan saya sebagai ketua, jadi secara tidak langsungnya saya bertindak sebagai ketua.


3. Tetapkan satu tema perjalanan.
- Tema berjalan ada banyak dan pelbagai. Ada sesetengah orang inginkan keselesaan, tempat yang tidur yang mewah, makanan yang sedap-sedap dan percutian yang betul-betul santai.
- Ada pula yang inginkan cabaran, tempat tidur yang asal boleh rehatkan badan, makanan yang asal kenyang, dan pengembaraan yang lebih mencabar dan puas.
- Ada juga yang perjalanan itu atas faktor minat dalam bidang-bidang tertentu, seperti senibina bangunan, faktor sejarah, faktor alam semula jadi dan juga yang paling santai, asal boleh tangkap gambar.
- Jadi penetapan tema atau satu falsafah perjalanan ini sangat penting supaya perancangan kita berfokus dan jika mahu tambah orang dalam kumpulan juga senang untuk satu kepala.

* untuk perjalan kami ke Turkey ini, tema kami adalah berjalan, cari tempat menarik dan bergambar. Makan dan tempat tinggal tidak kisah. Asal boleh tidur dan kenyang.


4. Rancang nak berapa orang.
- kuantiti orang dalam kumpulan juga adalah penting.
- contoh jika merancang untuk berjalan menggunakan kereta, bilangan yang sesuai adalah 4 atau 5 orang untuk memuatkan satu kereta.
- jika naik bas ataupun kereta apai, cadangan yang baik juga jika ambil angka yang genap. Supaya dalam kenderaan nanti tidaklah ada seorang yang akan keseorangan dan krik krik. Tapi kalau ada yang tidak kisah, maka faktor ini tidaklah berapa penting.
- cuma yang pentingnya jika ahli kumpulan yang terawal ada yang kata taknak ramai sangat, jadi boleh ambil kira juga pendapat ahli.

*Kami bersetuju untuk cari lima enam orang sahaja.


5. Jika nak tambah ahli, pastikan orang tersebut bersetuju dengan tema kita.
- dan juga cara kita juga boleh kerja sama-sama.
- Biasa bila bergerak dalam kumpulan akan ada banyak kepala. Bila banyak kepala akan banyak cara dan banyak idea.
- Untuk hindarkan perkara ini dari luar kawalan, maka ketua dan ahli terawal perlu bersetuju untuk tambah ahli yang boleh ikut tema dan boleh ikut perancangan kita.
- Tapi bukan bermakna dia tak boleh bagi apa-apa idea, cuma dia boleh dikawal. Kalau tidak dipilih betul betul, pasti akan caca merba.
*Kami tambah 3 orang lagi. 1 adalah satu batch dengan kami dan 2 umur bawah. Alhamdulillah, semua awesome!

6. Bahagi-bahagi tugas.
- Walaupun ada ketua dalam kumpulan, tidak bermakna ketua itu sahaja yang perlu buat kerja. Tapi harus membahagi-bahagikan tugas supaya timbul sembagt kerjasama.
- Pembahagian tugas sbelum memulakan perjalan adalah sangat penting itu memupuk semangat kerjasama. Kerana apabila di perjalanan, pelabagai rintangan yang harus ditempuhi bersama. Bila kerjasama sudah dipupuk, maka waktu perjalanan nanti akan lebih menarik.
- Antara senarai kerja yang biasa dilakukan :
1. Bentuk itinerary.
-Cari tiket.
-Survey segala tempat yang menarik di satu satu kawasan.
-Booking hotel atau hostel.
2. Seorang yang menumpukan sejarah atau cerita sesuatu tempat.
3. Fokus kepada buat travelog.
4. Juru gambar.

7. Kaji sebanyak banyaknya dan serapi rapinya.
- lebih-lebih lagi sebagai seorang ketua, untuk memastikan perancangan dapat dibuat dengan seteliti yang mungkin, seorang ketua harus mengkaji sebaiknya.
- pelbagai cara untuk mengkaji antaranya, cari seorang mentor, tanya orang yang pernah pergi, minta segala itinerary dia dan baca di internet.
*Pertama kali ini, saya mencari seorang mentor. Kak Mar nama beliau. Sangat baik dan ajar satu satu. Beliau pemilik page facebook, Backpacker Turkey dan blog, Bacpacker Kau Aku.


*Mencari ahli yang satu kepala dan berjalan secara berkumpulan adalah melecehkan dan sangat sukar. Sebab itu ramai traveller suka berjalan sorang sorang supaya perancangan akan lebih mudah disusun dan lebih cepat.

Tetapi saya memilih untuk berkumpulan kerana juga cabaran yang pasti sahaja juga memuaskan.


"If you want go faster, travel alone. If you want go far,  travel together."




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...