Friday, April 24

Bertanggungjawablah jika kita terbuat Salah.

Tuan rumah lama saya, tiba-tiba menelefon saya setelah hampir 2 tahun kami tidak saling menghubungi. Katanya ada perkara yang belum diselesaikan berkenaan duit ta'min (insuran) rumah.

Saya kata saya sudah lupakan. Dah lama sangat. (Walaupun perasaan tidak puas hati masih ada). 

2 tahun lepas kami bertegang urat berkenaan duit ta'min tersebut harus dikembalikan semula kerana rumah yang saya sewa tidak mengalami sebarang kerosakan. Katanya tidak boleh sebab saya meminta itu dan ini. 

Jadi saya halalkan (dalam terpaksa) sebab malas nak bertengkar lama-lama.

Kali ini beliau hubungi semula kerana ingin kembalikan semula duit tersebut. Katanya hatinya sering tidak tenteram dan takut dipersoal di Hari Kiamat.

Kami berjumpa. Kami berbincang semula. Duit ta'min itu dikembalikan semula walupun bukan semua. Kali ini saya betul-betul halalkan mana terlebih dan terkurang. Selesai insya'Allah.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun orang mudah memaafkan kesalahan kita tetapi masih ada hak dan perkara yang belum kita selesaikan, Tuhan akan membuatkan hati kita gusar dan kehidupan kita tidak tenteram sehinggalah kita selesaikan hak-hak tersebut.

Jangan kita sesekali menyangka, bahawa maaf yang mudah dihulurkan oleh orang yang kita buat salah adalah tanda segalanya sudah selesai. Orang yang memaafkan kadangnya memang mudah memberikan maaf, tapi sangat sukar untuk melupakan dan merawat sakit sendirian.

Bantulah orang itu untuk melupakan. Cukuplah dengan cuba berhubung semula dengan baik agar orang yang kita buat salah itu betul-betul berpuas hati. Dan juga menunjukkan kita masih ada sifat tanggungjawab ke atas kesalahan-kesalahan yang kita lakukan.

Catatan di Kota Kairo.
6.48am.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...