Showing posts with label Antara Berita. Show all posts
Showing posts with label Antara Berita. Show all posts

Monday, September 12

Antara Berita : Cedera Akibat Dikejar Anjing Liar



Semalam tambah lagi cerita kemalangan mengenai sahabatku, Ridhwan Khalid. Tambah lagi berita kemalangan dalam kamus hidupku. 1 minggu 3 kemalngan. Semua yang terlibat berkait rapat dengan aku :
1. Adikku, Solahauddin Al-Ayubi Bin Shamjuddin 
2. Pakcik dan adik2ku di Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah
3. Sahabtku, Ridhwan Khalid.
Mungkin selepas ini giliran aku. Dan mungkin juga giliran si pembaca. Kerana kemalangan-kemalngan ini adalah untuk mentarbiyah kita dan ianya pasti akan berlaku.

Petikan berita dari Al-Jauhar:

Rabaah El Adawiah, 11 Sep – Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi insiden yang telah menimpa salah seorang penghuni Rumah Johor Rabaah, Ridhwan Bin Khalid. Beliau telah terjatuh ketika berlari akibat dikejar oleh seekor anjing liar menyebabkan tulang ibu jari kaki kirinya sedikit teralih. Kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam.

“Sebelum kejadian itu, saya bersama seorang rakan sedang berjalan untuk pulang ke rumah. Ketika melalui jalan berhampiran bangunan Banque De Cairo, tidak semena-mena seekor anjing berlari dan menyalak ke arah kami. Ketika melarikan diri itulah saya terjatuh,” cerita mangsa.

Mangsa kemudiannya telah dibawa oleh Yang Dipertua BKPJM, Us Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal ke Hospital Rabaah untuk mendapatkan rawatan. Kaki beliau telah disimen dan dijangka akan pulih seperti biasa dalam masa dua minggu.

Semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali cergas seperti biasa secepat mungkin. – Al Jauhar

Sumber asal : Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir

AntaraBerita : Kemalangan Di Felda Chuping

Takziah diucapkan dari saya kepada keluarga adik-adik saya di Matri, Perlis diatas kemalangan yang menimpa mereka yang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mangsa yang terlibat dan memberi kesabaran kepada yang kehilangan. Kehilangan mereka meyakinkan kita bahawa kematian tidak mengenal usia.Mereka telah pergi dan kita bakal menyusul.

Senarai yang terlibat kemalangan:
1. Shahidan Bin Ali - Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Petikan berita Star Online: 
PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, Ahad.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.

Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.

Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.

Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.

Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.

Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.

Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.

Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF pada Ahad. - BERNAMA



Kenyataan Rasmi Dari Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah

Gambargambar keadaan van :



Sumber asal : Blog13thGenOf Matri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...