Showing posts with label Antara Experience. Show all posts
Showing posts with label Antara Experience. Show all posts

Wednesday, November 4

7 Persediaan Ber'backpacking' Secara Berkumpulan.




7 Persediaan untuk ber'backpacking' secara berkumpulan.

*catatan ini adalah backpacking saya dan kawan-kawan ke Turkey. Pertama kali berbackpacking.

1. Kumpul 2 atau 3 orang yang memang satu kepala.
- biasanya cadangan untuk backpacker ini hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan.
- lagi-lagi yang baru pertama kali nak ber'backpacker', pasti akan ada dua tiga orang yang bertekad nak berjalan tanpa agent dan ramai juga yang tidak berani ambil risiko.
- dan kawan-kawan ini juga biasanya ada kesanggupan dari segi masa, kewangan dan keberanian.
- untuk faktor pertama ini, saya dapat kumpulkan 3 orang termasuk saya. Kami bermesyuarat untuk pertama kali dan menetapkan, tugas, bilangan, tema.


2. Lantik ketua kumpulan.
- lantik ketua ini sangat penting. Kerana apa-apa perancangan dan masalah, biar ada seorang kepala yang ketuai.
- bukan bermakna dia seorang sahaja yang buat kerja dan kontrol, tetapi dia ini mampu mengurus kumpulan dan juga idea-idea yang dapat daripada ahli kumpulan.
* untuk kami ini, kami tidak bersetuju pun siapa-siapa pun jadi ketua kumpulan. Tetapi kerana kami bertiga adalah selalu study group bersama dan saya sebagai ketua, jadi secara tidak langsungnya saya bertindak sebagai ketua.


3. Tetapkan satu tema perjalanan.
- Tema berjalan ada banyak dan pelbagai. Ada sesetengah orang inginkan keselesaan, tempat yang tidur yang mewah, makanan yang sedap-sedap dan percutian yang betul-betul santai.
- Ada pula yang inginkan cabaran, tempat tidur yang asal boleh rehatkan badan, makanan yang asal kenyang, dan pengembaraan yang lebih mencabar dan puas.
- Ada juga yang perjalanan itu atas faktor minat dalam bidang-bidang tertentu, seperti senibina bangunan, faktor sejarah, faktor alam semula jadi dan juga yang paling santai, asal boleh tangkap gambar.
- Jadi penetapan tema atau satu falsafah perjalanan ini sangat penting supaya perancangan kita berfokus dan jika mahu tambah orang dalam kumpulan juga senang untuk satu kepala.

* untuk perjalan kami ke Turkey ini, tema kami adalah berjalan, cari tempat menarik dan bergambar. Makan dan tempat tinggal tidak kisah. Asal boleh tidur dan kenyang.


4. Rancang nak berapa orang.
- kuantiti orang dalam kumpulan juga adalah penting.
- contoh jika merancang untuk berjalan menggunakan kereta, bilangan yang sesuai adalah 4 atau 5 orang untuk memuatkan satu kereta.
- jika naik bas ataupun kereta apai, cadangan yang baik juga jika ambil angka yang genap. Supaya dalam kenderaan nanti tidaklah ada seorang yang akan keseorangan dan krik krik. Tapi kalau ada yang tidak kisah, maka faktor ini tidaklah berapa penting.
- cuma yang pentingnya jika ahli kumpulan yang terawal ada yang kata taknak ramai sangat, jadi boleh ambil kira juga pendapat ahli.

*Kami bersetuju untuk cari lima enam orang sahaja.


5. Jika nak tambah ahli, pastikan orang tersebut bersetuju dengan tema kita.
- dan juga cara kita juga boleh kerja sama-sama.
- Biasa bila bergerak dalam kumpulan akan ada banyak kepala. Bila banyak kepala akan banyak cara dan banyak idea.
- Untuk hindarkan perkara ini dari luar kawalan, maka ketua dan ahli terawal perlu bersetuju untuk tambah ahli yang boleh ikut tema dan boleh ikut perancangan kita.
- Tapi bukan bermakna dia tak boleh bagi apa-apa idea, cuma dia boleh dikawal. Kalau tidak dipilih betul betul, pasti akan caca merba.
*Kami tambah 3 orang lagi. 1 adalah satu batch dengan kami dan 2 umur bawah. Alhamdulillah, semua awesome!

6. Bahagi-bahagi tugas.
- Walaupun ada ketua dalam kumpulan, tidak bermakna ketua itu sahaja yang perlu buat kerja. Tapi harus membahagi-bahagikan tugas supaya timbul sembagt kerjasama.
- Pembahagian tugas sbelum memulakan perjalan adalah sangat penting itu memupuk semangat kerjasama. Kerana apabila di perjalanan, pelabagai rintangan yang harus ditempuhi bersama. Bila kerjasama sudah dipupuk, maka waktu perjalanan nanti akan lebih menarik.
- Antara senarai kerja yang biasa dilakukan :
1. Bentuk itinerary.
-Cari tiket.
-Survey segala tempat yang menarik di satu satu kawasan.
-Booking hotel atau hostel.
2. Seorang yang menumpukan sejarah atau cerita sesuatu tempat.
3. Fokus kepada buat travelog.
4. Juru gambar.

7. Kaji sebanyak banyaknya dan serapi rapinya.
- lebih-lebih lagi sebagai seorang ketua, untuk memastikan perancangan dapat dibuat dengan seteliti yang mungkin, seorang ketua harus mengkaji sebaiknya.
- pelbagai cara untuk mengkaji antaranya, cari seorang mentor, tanya orang yang pernah pergi, minta segala itinerary dia dan baca di internet.
*Pertama kali ini, saya mencari seorang mentor. Kak Mar nama beliau. Sangat baik dan ajar satu satu. Beliau pemilik page facebook, Backpacker Turkey dan blog, Bacpacker Kau Aku.


*Mencari ahli yang satu kepala dan berjalan secara berkumpulan adalah melecehkan dan sangat sukar. Sebab itu ramai traveller suka berjalan sorang sorang supaya perancangan akan lebih mudah disusun dan lebih cepat.

Tetapi saya memilih untuk berkumpulan kerana juga cabaran yang pasti sahaja juga memuaskan.


"If you want go faster, travel alone. If you want go far,  travel together."




Sunday, February 24

Bila Ada Problem Dengan Boyfriend / Girlfriend




Tadi ada seorang kawan tanya saya,
"Kalau seseorang dah tak sayang kita, perlu ke kita tetap pada dia?"

Saya jawab,
"Saya kenal kamu adalah seorang yang sangat menjaga hubungan.

Yang pertama, kalau dia benar-benar baik, dia takkan buat masalah dalam hubungan. Sebab orang yang paling baik adalah orang yang bersungguh-sungguh menjaga hubungan sesama manusia. Sama ada kawan-kawan, couple, rakan sekerja, dan cousin.

Yang kedua, awak boleh nak 'stick' dengan seseorang hanya bila sudah ada ikatan. Dan ikatan yang terbaik untuk awak tetap dengan dia adalah ikatan pernikahan"

-------------------------------------------

"Jika kita benar-benar sayang pada seseorang, kita tidak akan membawa orang yang kita sayang itu pada kehancuran."
-Hilal Asyraf-

Ikatan pernikahan adalah cara untuk menyelamatkan hubungan antara lelaki dan perempuan itu dari kehancuran.




Wednesday, February 20

Rindu Mesir Dan Ingin Datang Kembali




Hampir 90% kawan-kawan yang datang ziarah ke Mesir akan mengungkapkan keinginannya untuk datang semula ke Bumi ini.

Pelbagai jenis dan versi kerinduan diungkapkan. Ungkapan-ungkapan tersebut kebiasannya mengikut latar belakang seseorang.

1. Versi remaja Pencinta :
"Saya dah jatuh hati kat Mesir lah. Bukan kat orangnya, tapi dekat Mesir tu. Mesir adalah Kota Seribu Cinta"

2. Kakak2 dan Mak2 :
"Murah lah barang-barang dekat sini. Nanti nak datang semula lah "

3. Versi Pemuda :
"Mesir ni lain macam lah.. Kehidupan harian mereka seperti latihan ketenteraan"

4. Versi yang malu-malu nak kata Mesir best :
"Kena datang lagi lah Mesir ni. Sebenarnya bukan best pun... Tapi sebab tak sempat jumpa semua kawan2"

5. Versi Jordan :
"Makanan dan restoran melayu kat sini banyaklah.. Bila2 mengidam nak datang semula lah Mesir"

6. Versi Madinah :
"Bestnya hampa ramai akhawat kat sini. Bolehlah cari sorang  akhawat Mesir."

7. Versi peminat barang entik :
"Wah, banyak betul motor vespa kat sini. Boleh lah datang lagi beli vespa kat sini bawak balik Malaysia"

8. ..................................... (boleh lah kalau nak tambah) :P

----------------------------------------
Dalam syair Imam Syafie :

من شرب ماء النيل فرجأ مرة ثانية

Barangsiapa yang 'minum' Air Sungai Nil, Maka dia akan kembali semula.

*Pastikan Air sungai Nil yang telah dirawat. Kalau tak, Pelajar2 Medic marah. Sebab Air sungai Nil banyak bakteria. ^_^

Friday, June 1

Kahwin : Anak Inginkan Ayah Dan Ibu Yang Terbaik




Mata Itu Mengharapkan yang terbaik dari Ibu Dan Ayahnya


Di sebuah rumah yang sederhana. Kelihatan sebuah keluarga begitu bahagia sekali. Suami. Isteri dan anak kecil mereka.
“ Sayang, apa yang sayang harapkan untuk anak kita?,” Tanya si suami sambil mengusap kepala anak kecil mereka.

Si isteri memandang redup wajah anak mereka. Sungguh tenang dan cerah ceria rautnya. Matanya bulat, pipi sedikit tembam dan kulit cerah-cerah kuning. Tersenyum kecil si kecil itu.

“ Abang, bagi sayang,” Kata-katanya terhenti seketika.

“ Bagi sayang, cukuplah anak kita menjadi anak yang solehah dan hamba Allah SWT yang taat kepada-Nya. Tiada kenikmatan yang bernilai dan berharga daripada itu.”

Si suami mengangguk mendengar luahan hati buah hatinya.

“ Jadi, kita perlu buat sesuatu ke arah itu,” Sambungnya lagi.

“ Ya. Abang. Kita perlu banyak berdoa agar Allah SWT memilih dia sebagai hamba-Nya dan berusaha mendidiknya. Kita tidak akan pernah mampu menjadikan anak kita hamba Allah SWT yang taat, melainkan dengan izin Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT memilih kita untuk menerima hidayah-Nya seperti itulah kita mengharap Allah SWT  akan memilih anak-anak kita juga,” Kata si isteri lagi.

Si suami terdiam. Jiwanya tersentuh mendengar bicara hati isterinya. Benar, Allah SWT yang memilih hamba-hambanya untuk diberikan sinar hidayah dan cahaya keimanan. Hatinya terusik lagi.

Anak mereka merenget dan tertawa-tawa kecil. Tergelak mereka melihat telatah anaknya itu. Menjerit-jerit sambil mengoyang-goyangkan tangannya meminta perhatian dan belas ihsan. Sungguh bersih dan suci anak ini. Beratnya amanah ini Ya Allah.

Catatan Seorang Hamba

(1) Setiap yang dianugerahi cahaya mata, pastinya menyimpan hasrat dan harapan yang menggunung untuk anak-anaknya mereka. Sejak kecil anak itu, dipasakan dengan cita-cita yang diimpikan oleh ibu bapa. Jika cita-cita itu hanya tersangkut dengan hal-hal dunia semata-mata, alangkah “seksa”nya anak itu kerana terpaksa menanggung bebanan sebuah paksaan dan kepalsuan.

(2) Ibu bapa dituntut oleh Islam untuk melaksanakan semua fasa-fasa proses pendidikan anak dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman berasaskan Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW. Antara yang melekat di hati saya ialah penerapan didikan Al-Quran secara penghayatan kepada anak-anak semenjak kecil. – Tidur Al-Quran, Makan Al-Quran, Minum Al-Quran, Main Al-Quran dan Belajar Al-Quran. Peliknya bunyi? Macamana itu?

(3) Hari ini, ingin saya kongsikan bahawa betapa pentingnya memilih calon isteri kita yang benar-benar boleh menjadi ibu kepada anak-anak kita. Serius. Sanga-sangat serius. Baru saya mengerti bahawa, antara aspek yang perlu dilihat ialah – seorang wanita yang “mampu” untuk menjadi ibu yang mendidik anak-anak dengan penuh ilmu, kasih sayang, dan keimanan. Sehingga ia punyai kesedaran untuk mendidik anak itu kerana Allah SWT. Bukan kerana mengikut trend, bukan kerana terpaksa, bukan kerana naluri keibuaan tetapi kerana mentaati perintah Allah SWT.

Di'copy' dari :
31 Mei 2012
Belajar menjadi ayah dan belajar mendidik putri saya kerana Allah SWT. Suatu dimensi baru dalam hidup ini.

Friday, September 2

Travelog - 21Reunion : Best Star Motel, Pantai Cenang

Petang

Dalam pukul 3pm kami check in ke Best Star Motel. Kami se avanza agak lewat juga tiba dari sahabat2 lain. Semotel dengan aku adalah Afifi,Abu, dan Hanif Ismail. Mungkin sekali lagi aku berpeluang mendengar isu utama mereka lagi. Teruja?. Oh, tidak. hehe.

Selepas makan tengah hari, hujan mulai turun. Hajat juga untuk tidur. Memandangkan di rumah juga boleh tidur, badan terus bingkas bangun menukar pakaian untuk mandi di laut.

Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air. Mandi. Main bola pantai. Main bola air.

Rasa itu sahaja aktiviti kami sepanjang petang. Malam itu ada perlawanan penting. England vs Jerman. England pasti boleh!

Bergambar bersama abu.


Malam

Hajat aku untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia itu dari awal terbantut kerana ada sekumpulan pelajar dan guru yang bercuti di situ meminta kami buat program untuk mereka. Ayah akhi Firdaus yang perkenalkan kami kepada mereka. Jadi kami lima orang menyahut seruan tersebut. Izzat,Firdaus,Hilmi,Hamizan dan Ihsan.

Seronok juga lah budak2 itu dapat bermain dengan abang2 universiti. Dah lah baik pulak tu. (Serious) Dan yang paling penting sekali, walaupun di mana sahaja kita berada, dakwah dan tarbiyah tetap dan mesti dijunjung.

Teringat satu petikan kata2 abang Ali Hanifah "Di mana bumi dipijak, di situ dakwah dijunjung". Dengan nada ala2 pejuang Palestin. Waktu ini dia menjawab persoalan aku dalam sesi perkongsian di sebauah program Perantau. Terpaksa juga aku membatalkan hajat untuk menanyakan soalan dengan lebih lanjut apabila melihat aksi dia yang agak menyeramkan.

Selepas Program


Seusai program bersama adik2 sekolah rendah itu, kami terus ke kedai makan berhampiran jeti Pekan Kuah. Kata firdaus di situ ada skrin besar.

Perlawanan berkesudahan 4.0. Jerman menang selepas beberpa kontroversi. Memang menyedihkan. Patutnya England boleh menang. Tapi aku tak kisah pun. Bukan Malaysia yang kalah. (Kalau Englang menang mungkin aku tidak berfikir seperti ini.)

Kami pulang ke motel selepas perlawanan tamat.

Agak menarik juga suasana pantai pada malam itu. Yang si muzakkir sibk mengejar seekor anjing. Kesian anjing bertempiaran lari. Yang bertambah kesian. Ada seorang pelancong asing perempuan seperti tercari-cari sesuatu. Mukanya kelihatan sangat gusar. Seperti ada barang kemasnya dicuri orang. Rupa-rupanya, anjing peliharaannya hilang.

Setelah mengetahui kami buat2 muka tidak mengetahui sebarang khabar tentang anjing itu.

Setelah penat berbual, aku mengambil keputusan untuk pulang ke motel. Abu mengekori. Sampai bilik aku terus bersiap untuk tidur.

Abu,Afifi, Matnip dan Aku berbual lagi. Banyak jugaklah perkara yang dibualkan. Sampai slot membincangkan isu hangat mereka (hehe), aku dan matnip seperti tidak ada dalam bilik tersebut.

Pagi


Seusai solat subuh, suasana agak sunyi. Hujan renyai2 masih turun. Kami dihujani rahmat yang tidak putus2 dari semalam. Semoga program reunion kami sentiasa dirahmati hingga ke syurga.

Aku antara orang yang memulakan aktiviti pada pagi itu. Main bola. Semakin lama semakin ramai yang keluar. Dan susasana menjadi riang kembali.

Beberapa orang sahabat kami berjalan ke pantai yang lain. Tapi tetap di Pantai Cenang. Cuma bahagian lain. Aku menghiraukan mereka kerana rasa tidak ada apa2 yang menarik pun pengalaman mereka untuk dicatat sebagai pengalaman menarik. Hanya meninjau kawasan. Menarikkah?. Baik main bola. Lagi menarik.

Lepas puas bermandi-manda. Terlintas pula cadangan nak bermain banana. Najmi kata memang best (dengan nada semangat). Kami apa lagi, kumpulakan lah seramai mungkin untuk main banana.

Abang yang buat benda ni kata kalau lagi ramai lagi best. Jadi kami ajaklah ramai2. Satu banana itu limit 7 orang, tapi kami naik 12-14 orang. Sebab yakin dengan kata2 abang tu. Abang tu memang muka boleh dipercayai.

rupe2.nye tak best

Friday, April 15

MTF - Halaqah Di Maahad Tahfiz Al-Fath (Maahad Tahfiz Tabligh)

Cuba ku pancarkan cahaya ini di seluruh ruang kegelapan alam 

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini hanyalah satu coretan pengalaman.

Satu pengalaman menarik saya lalui selama sebulan di maahad Tahfiz Al-Fath. Sebuah maahad yang didirikan oleh jemaah tabligh. Terdiri daripada 6 orang tenaga pengajar termasuk mudir. Dan mempunyai seramai 70 lebih orang pelajar termasuk saya. Maahad ini terletak di kawasan kampung dan dikelilingi oleh kebun kelapa sawit di Kundang Ulu, Muar, Johor.

Selama 4 minggu satu hari saya duduk di sekolah sana. Suatu hari pada 5 hari sebelum saya berhenti, Ustaz Halim (Mudir Maahad) mengajak saya duduk berbincang untuk menyelesaikan beberapa permasalahan. Ustaz Halim ini pernah bersekolah di MATRI selama 2 bulan (Marhalah Khassah). Dia sangat rapat dengan Allahyarham Ustaz Dahlan.
Masalah yang kami bincangkan ini lebih kepada masalah pelajar2.

Pada awal perbincangan dia mengatakan masalah2 yang berlaku di maahad. Dan saya juga banyak menyebutkan permasalahan2 yang berlaku di luar lingkungan mata ustaz2. Dari masalah pelajar2 biasa hinggalah masalah2 pengawas. Ada beberpa masalah2 yang saya sebutkan, Ustaz memang betul2 terkejut. Lagi2 bila berkaitan dengan pengawas.


Apabila pemimpin selalu menyibukkan diri dengan perkara yang harus,
orang yang dipimpinnya akan banyak menyibukkan diri dengan perkara yang makruh.
Apabila pemimpin selalu menyibukkan diri dengan perkara yang makruh,
orang yang dipimpinnya akan banyak menyibukkan diri dengan perkara yang haram.
Dan apakah akan terjadi jika pemimpin selalu menyibukkan diri dengan perkara2 yang haram?
Tetapi..
Insya'ALLAH jika pemimpin itu selalu menyibukkan diri dengan perkara yang sunat,
masalah perkara wajib dalam kalangan orang yang dipimpinnya akan sattle.

Proses brainstorming ataupun proses mengeluarkan segala permasalahan2 berlangsung selama hampir 30 minit. Kelihatan seperti Ustaz Halim dah hampir frust mencari jalan penyelesaiaan. Almaklumlah, dia adalah harapan keluarga dan jemaah tabligh untuk melahirkan pendakwah2 yang mantap dan menjadikan maahad itu adalah maahad contoh.

Saya memberikan satu cadangan padanya.

"Bila saya duduk sini selama hampir 4 minggu saya memang melihat banyak masalah. Banyak masalah2 kecil. Tapi bila dia dibiarkan saya rasa boleh membawa kepada masalah yang besar."
"Dan segala masalah ini kebanyakannya berpunca dari masalah hati. Dan masalah inilah masalah yang paling utama perlu diselesaikan"
"Bila saya amati2 perjalanan didikan di sini. Contoh macam bayan*, gush*, hafazan, muzakarah berkelompok kecil, ta'lim dan beberapa lagi, saya lihat dan rasai, program muzakarah berkelompok lah yang paling sesuai untuk menyelesaikan dan membentuk hati. Sebab dia dalam satu kelompok yang kecil"

Ustaz itu pun mengiyakan. Sebenarnya dia pernah duduk dalam program halaqah. Dan dia merasakan itu satu benda yang bagus dan cuba dia terapkan dalam maahad. Cuma dia hanya try and error je.

" Penyelesaiaan atau muzakkarah berkelompok itu memang ada. Dan saya rasa ada sedikit perkara yang boleh ditambah baikkan."

Dan saya memberikan beberapa perkara yang perlu ditukar. Contoh seperti umur. Sebelum ni satu team muzakkarah itu bercampur antara budak paling kecil(darjah3) hingga paling besar(19 tahun). Ustaz itu pun bertanya menyenai buku silibus yang sekarang diguna pakai (Buku Bidayatul Hidayah. Karangan Imam Ghazali). "Buku itu memang bagus. Cuma isinya agak tinggi. Ada banyak istilah2 yang digunakan agak susah." Dan saya mencadangkan untuk menggunakan buku yang lebih mudah difahami."

Dipengakhiran perbincangan itu kelihatan wajah Ustaz Halim  tersenyum girang. Mungkin sebab satu bebanan di atas kepalanya yang mampu memecahkan kepalanya tadi telah bertukar menjadi angin yang mendamaikan. Hingga mampu melenakan tidurnya.

"Kenapa anta tak cakap benda ni time awal2. Kalau tak dah lama benda ni selesai." Marah Ustaz Halim sambil tersenyum. "Macam mana saya nak cakap perkara ini kalau saya masih belum rasai dan melihat masalah2 di sini" Ujar saya. " Betul jugak ye"

*Satu pengalaman yang sangat menarik. Pengalaman berkenaan kerja2 DnT. Hari ini masuk hari yang ke 3 saya meninggalkan maahad tu. Rasa macam nak singgah sekejap sebelum pulang ke tanah air, Mesir tercinta. (hehe)  Geram juga tak dapat tengok hasil daripada penyelesaiaan yang saya bagi tu. Rasa macam menyesal bagitahu pada saat2 akhir.

Semoga segala yang ku buat diredhoi ALLAH .

*Perkataan berbintang.
1.Bayan = Majlis ucapan mengenai dakwah tabligh.
2.Gush = Kerja dakwah yang dilakuakn tabligh.

Saturday, February 12

Krisis Mesir 4 : Jeddah Dan Saya

Alhamdulillah..dengan usaha kuat kerajaan Malaysia, semua pelajar Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir selamat tiba di Bumi Jeddah selepas 7 hari ( atau lebih sikit ) Ops Piramid dijalankan. Jumlah pelajar Malaysia adalah kira-kira 11000 orang ke semuanya. Kami semua dipindahkan ke Jeddah dan ada sebahagian dari kami terus dibawa pulang ke Malaysia.

Di Jeddah, kami ditempatkan di asrama tabung haji Malaysia yang boleh memuatkan seramai hampir 8000 orang. Walaupun jika melihat dari bilangan kami yang melebihi maksimum penempatan, tapi pengurusan yang lancar yang dilakukan oleh pegawai2 bertugas telah menghilangkan permasalahan penempatan.

Saya Di Aiport Kaherah


Saya ke Jeddah dengan kumpulan kedua Johor. Kumpulan pertama terdiri diri dari ustazah2, pelajar medix Johor dan beberapa Ustaz. Dan kami di kumpulan kedua terdiri dari dari Ustaz2 yang duduk rumah sewa dan sebahagian yang duduk asrama.

Saya tiba di airport Kaherah pada pukul 3 petang. Suhu agak sejuk. Sepanjang musim rusuhan, hujan renyai sering menghiasi hari2 kami.

Kami di airport Kaherah selama 14-15 jam. Selepas subuh baru kami dapat bertolak. Kelewatan bertolak adalah disebabkan masalah taknikal dan pengurusan di aorport Jeddah dan Kaherah.

Perjalanan kami menggunakan kapal terbang Charlie mengambil masa 3 jam. Hampir 2 kali ganda dari kapal terbang Air Asia. Satu kapal itu dimuatkan dengan 200orang atau lebih. Memang duduk bersila dari awal hingga tiba di Jeddah. Ape2 hal, keselamatan lebih utama dari keselesaan. Alhamdulillah.

Jeddah


Selepas 3 jam perjalan, kami selamat tiba di airport Jeddah. 11.oo tgh hari, 6 Februari. Di Aipert Jeddah pula, kami terpaksa menunggu hingga 3 jam untuk check out.

Di asrama tabung haji, kami pada mulanya ditempatkan di gudang transit. Selepas beberpa dari pelajar malaysia telah terbang balik, pengurusan terus memasukkan kami di asrama. Kami pelajar2 Johor semuanya duduk dalam beberapa bilik yang berdekatan.

Kami duduk di blok E. Blok yang paling hujung. Segala pengumuman memang sukar untuk didengari kerana terlalu jauh. Jadi kalau sape2 yang ada nak jumpa saya dan buat pengumuman menerusi Bilik Khidmat Pelanggan memang saya tidak tahu. Maaf ya... (mcm ada je)

Duduk di situ memang membosankan. Ramai dari pelajar2 yang berkemampuan mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dengan pembelanjaan sendiri. Kalau golongan macam saya ni memang kena tunggu giliran penerbangan bantuan Malaysia lah.

Angka giliran saya ialah 5495. Penantian yang penuh azab dunia. aiyaa...Selepas duduk disitu 2 hari tanpa sebarang aktiviti best, ada antara kami yang mula bermain bola. Memang setiap malam lah main bola. Hilang lah sedikit kebosanan duduk kat situ. Rasa macam taknak balik lah pulak ke malaysia. (ceh, bola je punn..)

Selepas 6 hari menanti dengan penuh keriangan dan penderitaan, akhirnya number saya muqayyad (naik). Alhamdulillah dapatpun balik dan keluar dari tempat tu.

Di aiport Jeddah, kami terpaksa menunggu masa penerbangan lebih dari  waktu penerbangan sebenar. 3 jam. Masa sebenar pada pukul 8 malam. Tapi dah tukar 11 mlm.

Perjalanan dari Jeddah ke Malaysia memakan masa selama 12 jam lebih sikit.

Jadi sekarang saya telah berada di Malaysia. Berkhidmat di Malaysia.

Saturday, February 5

Krisis Mesir 3: Keadaan Saya dan Sekeliling.

Sahabat Bertanya

Ramai sahabat yang risau. Termasuk juga ibu, ayah, adik, dan saudara-mara. Tapi Ummi dan Ayah saya seperti rileks saja.

Secara Umum

Kedaan saya sekarang berada dalam keadaan baik. Suasana perumahan saya pun tenang sahaja. Selepas masuk waktu perintah berkurung, penduduk mesir sendiri yang membuat kawalan jalan.

Kawasan yang betul2 panas adalah kawasan yang terdapat bangunan utama kerajaan. Contoh kalau di Qaherah, Medan Tahrir. Iskandariah dan Syubra.

Kawasan saya tenang sahaja. Cuma yang bahaya adalah banduan2 yang terlepas dan perompak2 yang muncul di tengah malam.

Pindah Ke Jeddah

Alhamdulillah. Kerajaan Malaysia telah membuat perancangan yang mantap dengan mengeluarkan kami dengan segera ke Jeddah. Dan insya'ALLAH akan terus dihantar ke Malaysia.

Walaupun yang datang hanyalah kenderaan askar dan kurang selesa, tapi bagi saya keselamatan lebih utama dari keselesaan.

Krisis Mesir 2 : Keadaan Saya Dan Sekeliling

Penyokong Husni Mubaraq


Pada hari selasa, saya terpandang di kaca televisyen. (Televisyen kini hanya menayangkan tentang muzaharat). Apa yang saya terpandang adalah melihat suasana perkumpulan yang tenang. Setiap orang mengangkat bendera mesir dan foto.


Dalam hati saya berkata " mungkin dah nak selesai dah rusuhan ni.." Tapi..

Rupa2nya kedaan semain rancak. Penyokong Husni Mubaraq telah mula turun padang. Mereka sama sekali membangkang penurunan Husni Mubaraq dari tampuk pemerintahan. Mereka sayangkan Husni dan mengatakan yang Husni telah melakukan dengan pemerintahan yang terbaik.


Media Massa Mesir vs Al-Jazeera

Mesir kini telah aman. Begitulah yang ditayangkan dalam televisyen. Kami di asrama telah mula berasa sedikit lega kembali. Mereka menayangkan keadaan muzaharat dari jauh. Mungkin kemera itu dari satelit negara. Memang tidak nampak sebarang rusuhan. Yang digambarkan hanyalah anggota muzaharat semakin berkurangan.

Cuma ada sekali tu, pergaduhan tercetus antara pembangkang dan penyokong. Mereka berbalas balas membaling batu. Jika saya tidak tersilap lihat, ada seorang penyokong Husni yang meunggang kuda teruk dibelasah dengan pembangkang.

Sheikh2 Kabir Mesir

Media massa juga mengambil sedutan ucapan2 ulama'Mesir mengenai muzaharat ini. Masyayeikh Mesir menyarankan anggota2 muzaharat untuk berlerai. Dan hentikan sebarang rusuhan.

Antaranya Sheik Ahmad Taib(Pengetua Universiti Azhar)  dan Sheikh Jamal Faruq.



akan bersambung...........

Friday, February 4

Krisis Mesir 1 : Keadaan Saya dan Sekeliling.

4 Februari 2011


Muqaddimah

Alhamdulillah. Sejuta kesyukuran saya panjatkan kepada Yang Maha Perancang. Kerana dengan keizinanannya, saya dapat menaip artikel tentang keadaan Mesir dan saya sekarang ini. Post ini sepatutnya saya coretkan pada blog diari saya. Tapi disebabkan ini juga adalah sebahagiaan daripada fakta, saya rasa tidak melanggar sebarang akta jika dicoretkan di sini. Insya'ALLAH.


Muzaharat

Sebagaimana yang telah diketahui umum, rusuhan besar-besaran telah berlaku di Mesir. Rusuhan ini berlaku sejak lebih seminggu yang lepas, 26 Jan 2011, hari Rabu. Ianya berlaku dalam sekelip mata dan kami yang wafidin memang tidak diberi sebarang informasi.

Pada hari berikutnya, Khamis barulah kami dikhabarkan melalui berita dan surat khabar. Dan pada hari tersebut, ada desas-desus mengatakan yang pada hari Jumaat akan diaadakan sekali lagi rusuhan secara besar-besaran. Masjid di sekitar kami meminta penduduk, terutamanya wafidin tidak keluar dari rumah selepas menunaikan solat Jumaat.

Pada Jumaat itu, saya melihat keadaan rusuhan di televisyen. Pada hari Jumaat itu, rusuhan tidak berlaku secara besar-besaran. Kerana pihak askar telah mengambil langkah drastik dengan menutup jalan2 utama yang mampu menghimpunkan seluruh penduduk Mesir. Jadi saya melihat rusuhan pada hari ini adalah rusuhan kecil-kecilan.


Alat Perhubungan Dimatikan

1. Facebook Dan Twitter
Dikhabarkan, perancangan rusuhan ini disebarkan melalui laman jaringan, facebook. Dan ianya merupakan faktor utama rusuhan pada hari pertama, Rabu menjadi dengan agak berjaya.

Ketika itu saya di dumyat. Sahabat sana tiba2 mengatakan yang facebook disekat. Mulanya saya tidak rasa apa2 masalah dengan perkhabaran itu sebab saya memang dah tak aktif berfacebook. Tapi rupa2nya ia terus berlanjutan.


2. Internet dan Line Telefon
Pada pagi Jumaat, line telefon dan internet pula telah di sekat.


*Ramai daripada kalangan kawan2 saya mati aqal time ni. Cerita dah habis ditonton dan game pun dah muak dimain.

Perintah Berkurung

Pada hari Sabtu, kami diperintahkan untuk berkurung. Pada hari tersebut, perintah berkurung bermula dari jam 5 petang hingga jam 7 pagi. Ianya terus berlanjutan hingga ke hari ini. Pada hari Rabu, perintah berkurung paling lama, iaitu dari jam 1 petang hingga 9 pagi. Watu ini memang paling best. Sebab boleh fokus baca buku Al-Muntalaq.

Semalam, tempoh berkurung mula dikurangkan kembali. Dari jam 5 petang hingga 7 pagi. Ketika ini kami semua mulai rasa lega. Dan mungkin kami tidak perlu keluar dari mesir dan terus sambung pengajian.


bersambung pada post seterusnya.....

Tuesday, September 21

Travelog - 20Reunion : Melihat Flight Boarding

Setelah proses penghantaran yaset selesai, kami se avanza terus ke Pantai Cenang. Perjalanan kami terbantut selepas abu mengajak kami singgah ke sebuah bukit. Bukit itu memang kelihatan seperti salah satu usaha untuk menarik minat pelancong untuk disinggahi. Kawasan letak kereta pun agak besar. Dan yang pasti tidak akan berlaku kesesakan lalulintas. Sebab hanya van kami sahaja yang berada di situ.

Jadi kami pun yakin tidak ada masalah yang besar akan timbul. Kami yakin.

Kami pun meneruskan pendakian dengan berjalan kaki kerana kawasan letak kereta itu sudah cukup untuk meletakkan kereta kami. Dan rasanya tidak perlu untuk bawa ke atas.

Selepas beberapa minit menunggu..Akhirnya dapat juga melihat kapal terbang melakukan penerbangan. Menarik?. Mungkin biasa sahaja. Tak pastilah kalau abu menganggap itu satu pengalaman yang cukup manis. Melihat kapal terbang melakukan penerbangan.

Abu mengajak kami melihat aksi itu dengan lebih dekat lagi.

Disebabkan abu seorang yang sangat perlu dihormati, kami menurut sahaja cadangan beliau. Abu kata boleh rasa angin kapal terbang tu. Dia kata jugak kalau kereta betul2 dekat sebelah kapal terbang itu, kita boleh melayang.

Kami menghampiri kawasan penerbangan itu menggunkan avanza.

Satu kapal terbang berjaya kami tontoni. Dan telah terbukti, angin kapal terbang langsung tidak dirasai. Kalau ada pun sebab memang angin itu nak bertiup.

Jadi disebakan abu seorang yang patut dihormati, kami tidak sesekali akan menghukumnya.

Kami terus ke destinasi yang perlu dituju iaitu Best Star Motel, Pantai Cenang. Tempat penginapan kami untuk malam ini.


*Maaf tiada gambar. Sebab tidak ada apa2 yang menarik. Dan tidak ada kamera DSLR*



3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

Travelog - 19Reunion : Bersama Yaser, Avanza, Walimah





Yaser kelihatan girang saat2 akhir bersama kami di Malaysia.

Aku antara orang yang berpeluang bersama dengan yaseq dalam tempoh waktu yang lama saat2 terakhir dia bersama kami. Sebab duk satu van dengan dia. Avanza. Mungkin sebenarnya biasa je, tapi bagi aku tetap ada keistimewaannya. Lagi terasa begitu istimewa adalah Afifi dan Abu. sebab mereka hampir golongan yang serupa. (ape dia? ha, hanya mereka sahaja yang tahu)

Seperti biasa, kalau duk dengan depa ni. Topik paling utama yang mesti dibincangkan adalah walimah. Ada sekali tu Yaseq ada menyebut ciri2 perempuan yang dia nak. Ada 3 tak silap : 1. Pandai Baca Qur'an. 2. Rajin solat. 3. ( tak ingat). 

Sebab ciri pertama itu : Bila 'Dia' pandai baca qur'an mesti dia boleh ajar anak kita baca qur'an dan rajinkan membaca.
Sebab ciri kedua : Bila rajin solat, dia mesti boleh ajar anak kita solat dan jadi anak soleh.
Seba ciri ketiga : (Tak ingat juga)
*Penerangan Syeikh Yaser.

Apalagi, kalau dah start topik itu. Masing2 pun mengeluarkan lah ciri2 pilihan masing2. Memang pelbagai. Aku pun tiba2 terfikir ciri2 pilihan aku. Cuma berfikir. Lama, Aku terus tertidur. Mungkin boring. atau Mungkin sebab ALLAH nak selamatkan aku dari termasuk golongan2 mereka terlalu awal. Mungkin.

*Ok, cukup bincang tentang hal2 walimah. Hanya mereka yang lebih memahami patut bincangkan.*

Berbalik kepada cerita menghantar yaser. Dia agak terkilan jugaklah sebab tak ramai sempat nak bersalaman dengan dia. 

Yaser perlu balik segera sebab keluarganya akan buat trip 4 buah negara. Jordan. Mesir. Syiria. Arab Saudi. Tambahan lagi katanya. Kalau dia nak belajar di Syiria, kemungkinan besar dia dah tak balik Malaysia. Sebab itu lah dia terkilan tak dapat salam dengan semua kawan.

Sekarang ni aku dengar Yaseq dah sambung belajar di Syiria. Alhamdulillah. Ada juga peneman Hamdi. Selepas Rijal dan Shafiy meninggalkan dia. Sambung belajar di Jordan. Selamat berjaya sahabat~


'Lepas ni aku nak rancang buat reunion kat Makkah pulak lah.' (aminn)





3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

Travelog - 18Reunion : Cable Car, Langkawi Geopark (Selepas)

Selamat Tinggal Puncak Gunung

Setelah 2 jam lebih kami berada di puncak ini, kami menerima ajakan Ketua Program untuk turun. Selamat tinggal pelancong2. Kami telah mencoret kenangan terindah di puncak gunung ini. Semoga ALLAH menjadi saksi yang MAHA KEKAL untuk persahabatan kami.

Dalam perjalanan nak turun gunung, sahabat kami Naqiuddin baru tiba. Beliau dijemput oleh Syaza Safwan, Saiful Islam, Hanif Ahmad dan Hamizan. Kesian depa tak dapat bergambar bersama.

Saiful Islam memang begitu. Dia suka tutp mata guna henset. Mungkin nak gantikan purdah. Mungkin.


Telaga Tujuh

Tasik di Langkawi Geopark.


Dalam tentatif, selepas program kami selesai di Langkawi Geopark, kami akan pergi berehat rehat di Telaga Tujuh. Dan saya tidak dapat turut serta dalam program berehat tu kerana sahabt se van kami, Yaser Yusof terpaksa pulang awal ke negeri asal dia. Jadi kami satu van menghantar dia ke Jeti Kuah.

Bila menyemak kembali photo2 dalam facebook, rupe2nye pogram berehat di Telaga Tujuh dibatalkan dan digantikan dengan program kejar-mengejar di tasik yang berada di Langkawi Geopark.
Mula2 aku rasa seperti tiada langsung ungkapan jeles yang tumbuh dalam hati, tapi bila fikir2 balik  keseronokan yang tidak dapat digambarkan dalam ungkapan mereka, aku terpaksa jeles jugak. argh.


Ikan2 seperti seronok dengan kedatangan kami.

Memang best. Tapi nak buat macam mana. Kena buat reunion lagi lah macam ni. Takpa2, sebenarnya kami yang bersama yaseq dalam satu van pun ada pengalaman yang cukup bernilai, berharga dan mahal. Tapi ni khusus untuk afifi, abu dan mungkin Mat nip. Set2 yang nak cepat kahwin. hehe.




3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'


Monday, September 20

Travelog - 16Reunion : Cable Car, Langkawi Geopark (Sedang)



Dalam Cable Car

"Antum jangan berhenti pada perhentian pertama. Kalau dia buka pintu duk ja. Toksah kluaq. Satgi nak tunggu balik lamabat untuk gi Perhentian kedua" Kata2 Akhi Firdaus sebelum kami semua bertolak menaiki cable car.

Kami terus menaiki cable car.

Dalam cable car, aku, affan, safwan dan (sape lagi sorang ntah) bersama 2 orang berbangsa cina meneruskan perjalanan. Sebelum cable car kami bergerak, ada seorang camerawoman menangkap gambar kami berenam. Mungkin sebab kami istimewa (kacak) dari yang lain atau sebab hal2 1 Malaysia. Melayu dan Cina bersama.  Ye. Mungkin sebab yang kedua.

Kami merentasi beberapa buah Gunung. Semakin tinggi cable car itu bergerak, rasa nafasku sedikit sesak. Mungkin disebabkan tekanan udara semakin tinggi. Teringat Cikgu Norizan yang mengajar subjek Sains ketika aku tingkatan 1,2 dan 3. Dan ketika beliau mengajar bab inhelation dalam subjek Biology. Ha, tidak dilupakan juga Cikgu Rahman yang mengajar subjek fizik.

Eh lah, sesi mengimbau masa lampau pula.



Perhentian pertama telah tiba. Couple yang berbangsa cina itu turun disitu. Baru sahaja tergerak nak beritahu meraka pesanan Firdaus. Memandangkan aku terfikir yang mereka tidak ada kene mengena program reunion kami, aku memutuskan hajat aku. Kini kami bebas membuat sebarang aksi untuk bergambar. Al maklumlah, kami ni pemalu.

Mode Bergambar dengan DSLR Canon Affan ~


Puncak Tertinggi


Akhirnya kami tiba di puncak Gunung. Juga penghujung pengembaraan Cable Car. 705 dari paras laut. Hajat hati ingin berbangga, tapi memikirkan Sir Abduh yang berumur lebih 50 tahun telah mendaki lebih dari jarak tersebut, aku membatalkan kebanggaan dalam hati.

SubahanALLAH. Sangat indah.

Aku seperti mati aqal untuk berkongsi adegan2 menarik pada bab ini. Yang boleh tulis hanyalah. Memang Best. 

Gambar yang boleh dokongsi untuk bahagian ini. ( Klik Sini

Biar sahaja gambar menceritakan kegembiraan kami di atas ini. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh lihat pada Facebook akhi Afifi Zakaria dan Akhi Amin Roseli.

Setelah puas berposing dan berlari kesana ke mari. Radhi mengajak kami turun. Mungkin Radhi tak tahan dengan kegayatannya. hehe.


3:110
'Ku Doakan Agar DiriMu Jadi Yang Terbaik'

Travelog - Album Reunion : Sebelum Naik Cable Car


Travelog - 16Reunion : Cable Car, Langkawi Geopark (Sebelum)

 Radhi minta kami berkawad dan jalan dalam barisan, tapi kami tak setuju sama sekali.

Tepat jam 9.00pagi, kami tiba di Langkawi Geopark. Kami terus berlari-lari ke tempat menjual tiket cable car.(takde lah aruk sampai macam tu sekali) Kami terus berjalan dari kawasan parking kereta ke tempat membeli tiket cable car. Kami antara pelancong yang awal tiba di kawasan peranginan tersebut.

Radhi dan Firdaus adalah orang yang berperanan besar dalam menguruskan pembelian tiket. Sebab dia pengarah program dan pemegang duit kami. Jadi sesiapa yang nak beli tiket menggunakan duit yang berada di dalam dompet sendiri amat dialu2kan.

Kad pengenalan kami semua dikumpulkan. Mulalah adegan gelak menggelak sebab melihat wajah sahabat yang kelihatan seperti kanak2 berumur Darjah 6. Menurut Radhi, jika beli tiket beserta kad pengenalan akan dapat harga yang murah berbanding pelancong asing yang semestinya langsung tidak memiliki MyKad.



Abu seperti biasa, akan menerima gelakan yang paling gemuruh. Hal ini disebabkan oleh wajahnya dalam MyKad tidak ubah seperti Abang Roqib dan P Ramlee. Tidak ketinggalan juga amar Roqib. Tapi abu sentiasa balas dengan wajah konfiden dan selambanya kerana sudah lali dengan sahabat2nya yang periang dan hiperaktif (ada kene-mengenakah?)

Rupa2nya Radhi seorang yang gayat. Puas kami pujuk supaya dia join sekali ber cable car. Akhirnya, kami berjaya pujuk Radhi. Hehe. Siaplah nanti kat atas.

Setelah selesai pembelian tiket cable car, kami diminta untuk ke tempat pelepasan di tingkat atas.






3:110
'Ku Doakan Agar DiriMu Jadi Yang Terbaik'

Travelog - 15Reunion : Budak Unik Dan Firdaus Hashim

 Gambar budak Unik tu tak dapat dikesan.
Budak dua orang ni pun boleh diketegorikan budak unik.( + pelik)

Budak Unik

Masih membincangkan perihal budak unik tu. Pagi ahad adalah hari pertama sesi persekolahan dalam minggu bagi Sekolah2 di negeri Kedah.
Pada pagi ni, Firdaus mengambil kesempatan untuk beramal dengan menghantar anak2 yatim ke sekolah.
Budak yang unik tu pagi tu agak lincah persiapkan diri. Bukan sebab memang dia mempunyai pendirian untuk menjaga waktu, tapi memang dah terlewat.
Fuh, pantas jugak budak ni siap. Firdaus yang lagi tadi sabar menanti budak tu kelihatan sedikit tersenyum kerana budak tu telah lengkap berpakaian sekolah. Aku pun tiba2 mengambil fokus kat budak tu. Ntah sebab apa aku tak tahu. Mungkin sebab aku boleh catatkan sesuatu kat blog kot tentang budak ni.
Firdaus yang tadi mula tersenyum kembali mengerutkan dahi. Aku menoleh ke arah budak tu. Eh lah, beg pula yang dicari. Aiyaa, kalau aku mungkin budak ini dah lama ditinggalkan. Atau dah lama budak ini tidak masuk ke kelas. Tapi yang paling penting, aku masih tidak bekerja di sini.

 Firdaus berada dibelakang manusia yang sedang melakukan sujud.
Posisi dia dalam gambar ni pun melihatkan kesabaran dia yang amat tinggi terhadap orang yang di depan dia.

Firdaus Hashim

Firdaus memang seorang yang mempunyai kesabaran yang amat tinggi. Kisah kesabarannya yang paling menarik adalah ketika dia bersama beberapa sahabat ke Indonesia.
Kalau aku meminta abang ali ceritakan kembali, pasti air mata abang ali akan bercucuran. Bukan sebab kesedihan, tapi sebab kelakar yang teramat. Sebab itulah Firdaus ni kami simbolkan dia dengan gelaran Ulama'.
Adakalanya kalau bekerja dengan dia, kita pula yang sabar melihat kesabaran dia. Mungkin tahap orang ini adalah tahap kesabaran yang lebih sedikit dari dia.




3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terabaik'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...