Showing posts with label Antara Hati. Show all posts
Showing posts with label Antara Hati. Show all posts

Thursday, November 21

'Scene' Bersama Fatih Al-Mubaraq (Rindu Malaysia)


*Gambar : Raya 2008.
Fatih berbaju biru pekat.


Semalam sebelum tidur saya teringat satu 'scene' dengan adikku, fatih. Ketika itu saya, dia dan adik seorang, taqiy lagi duduk di rumah sahabat saya, Saiful Islam Izr.

...................................
Malam sebelumnya, saya, taqiy dan saiful islam keluar mkaan roti canai. Tinggalkan fatih tidur keseorangan kerana mungkin kepenatan.

Esok paginya dia bangun dan datang kepada saya dalam keadaan menangis. Saya tanya kenapa, dia tidak jawab dan terus keluarkan air mata.

Mungkin fatih lapar. Saya terus ke dapur dan panaskan roti canai semalam. Dia datang ke dapur dan terus duduk di meja makan. Saya tersenyum kerana agakan saya tepat. Fatih lapar.

Selepas selesai panaskan roti canai, Fatih terus makan. Sambil tu saya gelakkan dia. hehe :P

....................................

Kenapa Fatih nangis tanpa berkata apa-apa?

Sebab dia takut saya marah dia. Saya garang dengan adik-adik saya.

-----------------------------------
Saya harap, saya sempat untuk pulang ke rumah (Malaysia) dan berbuat sesuatu. Agar adik-adik saya mengatakan saya sudah berubah dan saya adalah abang yang menyayangi adik-adiknya.

Kawan-kawan doakan, kawan-kawan aminkan. ^_^


Saturday, April 6

Blog Privasi Dan Rahsia





Aku ada blog peribadi.
Di sana ku tulis segala isi hati.
Dulu keluarga boleh baca dan meneliti.
Tapi sekarang aku betul-betul buat ianya privasi.


Di Mesir ini banyak perkara kuhadapi,
Banyak perkara yang ku tanggung sendiri,
yang mampu ku lawan ku cuba menangi,
yang aku kalah biarlah ALLAH menjadi saksi.


Blog peribadi itu cuba ku isi,
ALLAH dan RasulNYA sahaja yang akan bacai,
dan seorang lagi insan yang sering ku nanti,
dialah isteri yang ku kasihi. 

^_^


Sunday, March 31

(Bersyukurlah ) "Apakah ini ?" - Soalan Menyindir.


Bersyukurlah.
Kerana kamu perlu bersyukur.

Matanya terpandang ke arah kanan. Kedai buah.

"Em, belikan buah lah untuk diorang " Getus hati seorang pemuda.

--------------------
Pemuda itu bernama Danial (Bukan nama sebenar). Beberapa hari tidak pulang ke rumah kerana ada urusan di luar negeri. Dia mempunyai satu 'habit', "Kalau ke tempat jauh, mesti cuba bawa balik something untuk ahli rumah".

Perkara ini beliau belajar dari seorang seniornya. Ketika pulang bermusafir bersama senior-seniornya dari Negeri Perlis, mereka singgah di RFC, Radix Fried Chicken. Selepas makan mereka memesan makanan bungkus. Selepas beberapa ketika menyambung perjalanan...Danial bertanya kepada dua orang seniornya,

"Untuk siapa beli ayam banyak-banyak tu?"

"Ayam-ayam itu untuk family" mereka menjawab.

Dari situ Danial belajar.

------------------
Arah tapakan kakinya terus ke kedai buah di simpang jalan. Matanya melihat satu persatu jenis buah-buahan yang dipamerkan. Mungkin untuk memilih buah yang sesuai. Lalu matanya terlirik ke arah tanda harga 5 ringgit. Buah pisang.

"Berapa ringgit sekilo buah ni pakcik" Danial cuba memastikan.

"5 ringgit nak.."

"Tak boleh kurangkan ke pakcik?" Danial cuba menawar harga.

"Awak nak berapa kilo?"

" 2 kilo, pakcik"

Di kedai buah itu ada 2 jenis pisang. Satu buah pisang import dan satu lagi buah pisang tempatan. Buah pisang import cantik luarannya dan buah pisang tempatan agak kehitaman kulitnya.

"Kalau yang import pasti mahal harganya" getus hatinya.

Danial membiarkan pakcik buah itu menyiat buah pisang tempatan. Kerana duitnya tidaklah cukup untuk membeli pisang import. Harap-harap isinya baik.

Sambil pakcik tersebut menyiat beberapa sikat dari tandan pisang itu Danial menambah,
"Saya nak belikan untuk ahli rumah saya... Dah 3-4 hari saya tak balik rumah"

"Ok, 2 kilo 9 ringgit" Pakcik itu mengurangkan harga.

"Kejap pakcik. Saya takut tak cukup duit"

Danial mengeluarkan duit syiling yang berada di poketnya. Dia mengira satu persatu duit syiling yang ada di genggamannya. 11 ringgit semuanya. Duitnya kehabisan kerana menyiapkan segala urusan.

"Kau ada berapa ringgit ?" Pakcik itu bertanya.

"Takpa pakcik, cukup duit saya ni " Sambil tangannya menghulur ke arah pakcik buah itu.

"Awak cukup duit tak nak tambang balik? Nah ambil lah seringgit ni " Pakcik itu kasihan.

" Takpalah pakcik. Semoga pakcik deberkati ALLAH atas budi baik pakcik" Danial menolak tawaran pakcik sambil mendoakan.

Alhamdulillah. Danial kepuasan. Barang yang dicarinya sebagai buah tangan untuk ahli rumahnya sudah dijumpai. Hatinya berbunga.

----------------------------
11 ringgit yang berada di poketnya sebenarnya ada beberapa  pilihan lain untuk digunakan.

Pilihan pertama adalah untuk digunakan membayar tambang teksi dari stetsen bas ke rumah. Jauh dia menaiki bas dari luar negeri, badannya sangat kepenatan. Selalunya jika duit banyak, pasti dia akan menaiki teksi.

Pilihan kedua adalah untuk membeli air jus. Tekaknya sangat dahaga kerana kesan musafir. Lagipun, telah sekian lama tidak meneguk air jus buah tepi jalan.

Pilihan ketiga wujud selepas terlihat kedai buah tersebut. 2 pilihan atas tadi dipadamkan khas untuk mengutamakan ahli rumahnya.

----------------------------
Sampai sahaja di rumah Danial meletakkan buah pisang itu di atas meja makan.

"Assalammualaikum"

krek krek. Sunyi. Semua ahli rumahnya sedang tidur kecuali 2 orang. Dua-dua sedang menutup telinga dengan 'ear phone'. Disalam kedua-dua ahli rumahnya. Bertanya khabar dan bercerita pendek.

Rupa-rupanya sepanjang ketiadaan Danial di rumah... mereka seisi rumah keluar bermain boling.

"Eh, ni kat atas meja ada pisang. Makanlah. Pisang itu hitam sikit...tapi dalam ok je". Danial mempelawa sambil mengunyah buah pisang yang dibelinya.

Beberapa seketika ahli rumahnya yang lain bangkit dari tidur. Selepas mandi dan mengemas katil... terus ke arah meja makan. Mereka membelek plastik hitam yang berisi buah pisang.

"Apa ni...Kenapa semua hitam je pisang ni ? " Buah pisang yang kehitaman dipersoalkan.

Danial senyap di sisi laptop. Sakan-akan tidak mendengar persoalan rakannya itu. Hatinya cuba memujuk.




Sunday, December 2

Cinta Sebenar - Impianku




Apa yang kita impikan,
sememangnya tidak semua menjadi kenyataan.
Apa yang kita dambakan,
tidak semestinya akan berada di genggaman.
Apa yang kita pasti,
ALLAH lah pengatur yang terbaik.
Dan segala kebaikan itu,
masih dalam rahsia hikmahNYA.

Sememangnya ALLAH memberi
apa yang kita perlukan.
Dan kadang-kadang,
kita tak mahukan perkara itu.
Namun setelah dia mengetahui rahsia hikmah
pemberianNYA,
sujud syukur yang pergerakan utamanya.
tanda perhambaan segala nikmatNYA.

Engkau tidak ingin berjanji,
dan Aku juga tidak perlukan janjian.
Kerana perjanjian itu adalah seakan lubang jahanam,
dan seringkali manusia terperangkap di dalamnya.
Maka aku tidak suka manuisa yang suka mengorek lubang itu,
kerana pasti kita teruji dengan janji yang ditabur.
saat itu kekecewaan melanda,
jiwa hamba melemahkan PENCIPTA.

Kerana itu,
saat ini adalah untuk semua memperbaiki diri.
Bukan sibuk menabur janji itu dan ini.
Kerana aku perlukan kekasih sejati,
yang sedang bersiap memiliki cinta sebenar.
Bukan untuk aku, untuk PEMILIK diriku.
Bersiaplah untuk deenmu,
perjalanan dakwahmu,
urusan duniamu,
persediaan akhiratmu,
aturan hidupmu,
dan perancangan matimu.

Kerana kebahagiaan sebenar kita,
apabila berada dalam redhaNYA.
Kerana dunia ini tidak menjanjikan apa-apa,
ianya adalah ladang untuk akhirat.
Hasilnya adalah untuk membeli Syurga,
jika tidak cukup,
Nerakalah tempatnya.
Semoga ALLAH redhai kita semua.


Monday, July 30

Masa Adalah Sebahagian Dari Rawatan (Edit Post)





 “Al waqtu juz’un minal ‘aalij”

Masa adalah sebahagian dari rawatan.
 Inilah pepatah tarbawi yang penting dalam pendidikan anak-anak. Saya selalu menegur dalam bentuk gurauan apabila isteri memarahi kenakalan anak-anak; “Kalau kecik-kecik kita nak suruh anak jadi macam orang tua, dah tua nanti kita nak suruh jadi macam siapa pulak?”.

Ya, anak-anak kita memerlukan masa untuk nakal dan belajar akibat dari kenakalan mereka. Biar mereka belajar dari kesilapan, tergesa-gesa, suka bergaduh/mengusik dan sebagainya. Kita pula sentiasa berada disisi sebagai guru yang membimbing dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

PERTAMA: Jangan sekali-kali kita hilang pertimbangan dan kesabaran semata-mata kerana anak orang lain sudah ‘nampak matang’. Kematangan pun sudah ada yang ‘artificial’; Kalau ayah dan jadi sarjan mejar di rumah maka anak akan kelihatan tertib, kemas dan berdisiplin tetapi adakah mereka telah matang atau memiliki hakikat diri mereka sendiri.

KEDUAnya, tahap kematangan juga berbeza; ada yang cepat dan ada yang agak lambat. Sama seperti pertumbuhan fizikal; ada yang cepat membesar dan ada juga yang lambat. Jangan kerana melihat anak orang lain dan besar panjang, kitapun paksa anak kita makan banyak-banyak supaya cepat besar. Jadi kalau anak kita lambat kedewasaan atau kematanganya anggap saja sebagai lombong pahala, pujuk hati kita untuk SABAR dan PASRAH, insyaAllah Allah menjanjikan pahala yang banyak untuk KESABARAN dan KEPASRAHAN kita.

Segalanya memerlukan masa dan proses


Segalanya memerlukan masa dan proses. Mungkin, kadang-kadang kita teruja dengan sirah yang kita baca atau ceramah yang kita dengar berkaitan kecintaan anak pada al Quran lalu kitapun memaksa anak-anak membaca al Quran. Adakah jika anak-anak kita cepat khatam al Quran maka mereka akan cinta pada al Quran. Tentunya tidak, ada yang hafiz al Quran tetapi tidak pula menjadika Al Quran sebagai dustur hidup. Setiap sesuatu ada mula dan akhirnya.

Kalau kita ingin anak-anak kita cinta al Quran;
 1. Tunjukkan yang memang kita cinta dan tak mampu berpisah lama dengan al Quran,
2. Tunjukkan pencinta al Quran ini (kita) begitu tenang, lapang dada, penuh kemaafan dan hikmah sebagai kesan dari sentuhan al Quran hingga anak-anak ingin jadi seperti ibu ayah mereka,
3. Ajarkan al Quran pada anak-anak kita dengan penuh kesabaran …. Jangan semua kesalahan nak ditegur, jika kita nampak peningkatan maka hargai atau beri hadiah/perangsang, jangan ketika menyemak bacaan tumpuan kita hanya pada kesalahan hingga anak-anak jadi terbeban dan tidak sukakan al Quran. Sekali sekala, biar anak baca sendiri.
4. Dalam masa-masa yang tertentu bincangkan kisah-kisah dan pengajaran yang terkandung dalam al Quran hingga mereka tidak hanya melihat al Quran sebagai bahan bacaan.

Berbeza mengikut Kemampuan

Beri masa yang berbeza kepada anak-anak kita mengikut kemampuan mereka. Jika kita mati sebelum selesai didikan kita bagaimana pula? Itu urusan Allah tak payah sibuk-sibuk. Urusan kita:
1. Ikhlas dalam mendidik,
2. Ikhtiar yang terbaik,
3. Sentiasa berdoa dan bertawakal pada Allah.


Kita ada masa 7 tahun (Lahir hingga 7 tahun) untuk membina keyakinan diri anak-anak. Sayangilah mereka, puji sebanyaknya, beri kemaafan tanpa diminta, selalu membongkar kebaikan diri mereka bukan sebaliknya sambil-sambil kita mengajarkan adab dan sopan.

Kita ada 7 tahun lagi untuk membangunkan jiwa kehambaan (8 – 14 tahun); suruhlah mereka menolong di dapur, menolong dikebun, menolong jiran bila ada kenduri kendara. Semua ini dengan keramahan kadang-kadang tegas hingga mereka merasakan KHIDMAT itu adalah sebahagian dari diri mereka.

Kemudian kita ada lagi 7 tahun (15- 21 tahun) untuk jadikan mereka kawan karib kita untuk berkongsi keseronokan dan masalah, bina kebersamaan, bermesyuarat urusan perbelanjaan keluarga, bagaimana memanfaatkan masa cuti dan sebagainya. Dan tahun-tahun selepasnya ialah masa untuk kita menuai hasil tarbiyah yang telah terlaksana.


Terlambatkah kita?

Kalau semua tu baru kita sedar sekarang, sedangkan anak sudah besar panjang? Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Kalau nasi dah jadi bubur nak buat macamana TAPI jadikan bubur kita itu BUBUR YANG SPECIAL. Bagaimana? Masukkan bawang goreng, masukkan ayam dan udang, tambah daun sup dan cabai kicap secukup rasa. Ya, sekarang bubur kita lebih sedap dari nasi.

PERTAMA; Jangan merumitkan lagi masalah. Kesalahannya pada kita sendiri, bukan anak-anak; banyakkan taubat dan doa kepada Allah. Jangan sekali membebankan mereka dengan kesalahan kita. Jangan pula cuba nak buat ‘crash course’.

KEDUA; Belajar untuk menerima apa adanya, minta maaf pada anak, minta ampun pada Allah SWT dalam keadaan kita yakin bahawa Allah tahu kelemahan dan kelalaian kita sebagai manusia serta Allah itu Maha Pengampun dan Pengasih.

KETIGA; Gunakan kaedah Problem Solving: Cuba Memahami masalah atau realiti, kenalpasti puncanya, rancang rawatan yang sesuai dan laksanakan dengan penuh kesabaran. Kalau sekali sekala hati kita tercedera anggap ini sebagai kafarah itu lebih baik jika Allah menyimpannya untuk dibalas di Akhirat, moga Allah mengampunkan dosa kita.
Buat 3 perkara tadi :
1. Ikhlas dalam mendidik,
2. Ikhtiar yang terbaik,
3. Sentiasa berdoa dan bertawakal pada Allah.
dan tinggalkan natijahnya sebagai urusan Allah SWT.



Post asal : Cikgu Azmi - http://my.opera.com/azmibhr/blog/2012/07/30/nota-tarbiyatul-awlad-5-masa-adalah-sebahagian-dari-tarbiyyah

Thursday, July 5

Bersih Hati, Kita Bahagia : Clean First

 Credit : http://www.liveyourseoul.com

Bayangkan hati tanpa dengki, dendam, cemburu dan kemarahan. Betapa lapangnya jiwa kita, betapa luasnya kehidupan yang sedang kita jalani. Kita dapat berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional dan penuh hikmah. Kejayaan dan kekayaan orang lain tidak menganggu perasaan kita, kekasaran dan keburukan orang tidak melukakan hati kita bahkan kita mampu berkongsi kebahagiaan dengan orang lain serta mampu meraikan kejayaan mereka.

Bayangkan hati yang melimpah dengan kemaafan, bersangka baik, tahu menghargai dan mampu menerima kelemahan diri dan kelemahan orang lain. Kita dapat menghadapi hari baru dengan senyuman dan hati yang tenang.

Inilah kunci kebahagiaan; Hati yang bersih dari dendam kesumat, kedengkian, kemarahan, buruk sangka hingga hati kita mudah memaafkan, tahu menghargai, mampu melihat kebaikan dari longgokan keburukan.
Cuba tanyakan pada diri kita; kenapa kita selalu resah gelisah? Apa yang sering membimbangkan kita? Apa yang menjadikan fikiran kita terkurung dalam keraguan?

Siapa yang memiliki hati begini?
Hati ini haya dimiliki oleh mereka yang benar-benar mengenali Allah SWT, menjiwai sifat dan kesempurnaanNya sehingga ia mampu menyelami betapa halus, adil dan sempurnanya urus tadbir Allah SWT. Bahkan jiwanya mampu merasai betapa Allah itu Maha Penyanyang dan Maha Lembut pada hamba-hambaNya. Lalu ia menyandarkan seluruh harapan, pergantungan, tawakal bahkan cinta dan rindunya hanya pada Allah.

Orang yang merasakan dirinya sendiri tidak sempurna lalu ia tidak pernah mengharapkan kesempurnaan pada diri orang lain yang berada disekitar kehidupannya. Sehingga ia mampu memaafkan kesalahan dan kecuaian orang lain. Hatinya mampu berlapang dada dan berbaik sangka.

Orang mencintai keindahan dan kebaikan sehingga ia mampu menghargai kebaikan dirinya dan orang lain lalu mengharungi hidup dengan jiwa yang tenang, lapang dan penuh kepasrahan.
Bagaimana dengan hati kita? Semoga Allah mengurniakan kita hati yang begini.

 Sumber : http://my.opera.com/azmibhr/blog/2012/06/27/kunci-kebahagiaan-1-kebersihan-hati

Sunday, June 17

Bertakbirlah 7 Petala Cinta



Jika alam ini menyedari kita sentiasa berusaha merapatkan ukhuwwah, segenap alam pasti bertakbir kegembiraan.
............................................
Sebagai contoh orang yang mengumumkan tarikh perkahwinan,pasti akan banyak LIKES dan SHARE statusnya. ^^
Baru umumkan, belum lagi berkahwin.

Kerana perkahwinan itu simbol pereratkan Ukhuwwah.
---------------------------------------
Apabila kita berjaya menyuburkan Ukhuwwah, pasti Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi yang akan sujud syukur.

Kerana kita telah berjaya meringkai Tujuh Petala Cinta yang terkandung di antara dua Petala tadi ^^

Friday, June 1

Kahwin : Anak Inginkan Ayah Dan Ibu Yang Terbaik




Mata Itu Mengharapkan yang terbaik dari Ibu Dan Ayahnya


Di sebuah rumah yang sederhana. Kelihatan sebuah keluarga begitu bahagia sekali. Suami. Isteri dan anak kecil mereka.
“ Sayang, apa yang sayang harapkan untuk anak kita?,” Tanya si suami sambil mengusap kepala anak kecil mereka.

Si isteri memandang redup wajah anak mereka. Sungguh tenang dan cerah ceria rautnya. Matanya bulat, pipi sedikit tembam dan kulit cerah-cerah kuning. Tersenyum kecil si kecil itu.

“ Abang, bagi sayang,” Kata-katanya terhenti seketika.

“ Bagi sayang, cukuplah anak kita menjadi anak yang solehah dan hamba Allah SWT yang taat kepada-Nya. Tiada kenikmatan yang bernilai dan berharga daripada itu.”

Si suami mengangguk mendengar luahan hati buah hatinya.

“ Jadi, kita perlu buat sesuatu ke arah itu,” Sambungnya lagi.

“ Ya. Abang. Kita perlu banyak berdoa agar Allah SWT memilih dia sebagai hamba-Nya dan berusaha mendidiknya. Kita tidak akan pernah mampu menjadikan anak kita hamba Allah SWT yang taat, melainkan dengan izin Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT memilih kita untuk menerima hidayah-Nya seperti itulah kita mengharap Allah SWT  akan memilih anak-anak kita juga,” Kata si isteri lagi.

Si suami terdiam. Jiwanya tersentuh mendengar bicara hati isterinya. Benar, Allah SWT yang memilih hamba-hambanya untuk diberikan sinar hidayah dan cahaya keimanan. Hatinya terusik lagi.

Anak mereka merenget dan tertawa-tawa kecil. Tergelak mereka melihat telatah anaknya itu. Menjerit-jerit sambil mengoyang-goyangkan tangannya meminta perhatian dan belas ihsan. Sungguh bersih dan suci anak ini. Beratnya amanah ini Ya Allah.

Catatan Seorang Hamba

(1) Setiap yang dianugerahi cahaya mata, pastinya menyimpan hasrat dan harapan yang menggunung untuk anak-anaknya mereka. Sejak kecil anak itu, dipasakan dengan cita-cita yang diimpikan oleh ibu bapa. Jika cita-cita itu hanya tersangkut dengan hal-hal dunia semata-mata, alangkah “seksa”nya anak itu kerana terpaksa menanggung bebanan sebuah paksaan dan kepalsuan.

(2) Ibu bapa dituntut oleh Islam untuk melaksanakan semua fasa-fasa proses pendidikan anak dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman berasaskan Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW. Antara yang melekat di hati saya ialah penerapan didikan Al-Quran secara penghayatan kepada anak-anak semenjak kecil. – Tidur Al-Quran, Makan Al-Quran, Minum Al-Quran, Main Al-Quran dan Belajar Al-Quran. Peliknya bunyi? Macamana itu?

(3) Hari ini, ingin saya kongsikan bahawa betapa pentingnya memilih calon isteri kita yang benar-benar boleh menjadi ibu kepada anak-anak kita. Serius. Sanga-sangat serius. Baru saya mengerti bahawa, antara aspek yang perlu dilihat ialah – seorang wanita yang “mampu” untuk menjadi ibu yang mendidik anak-anak dengan penuh ilmu, kasih sayang, dan keimanan. Sehingga ia punyai kesedaran untuk mendidik anak itu kerana Allah SWT. Bukan kerana mengikut trend, bukan kerana terpaksa, bukan kerana naluri keibuaan tetapi kerana mentaati perintah Allah SWT.

Di'copy' dari :
31 Mei 2012
Belajar menjadi ayah dan belajar mendidik putri saya kerana Allah SWT. Suatu dimensi baru dalam hidup ini.

Tuesday, May 22

Istimewa : Di Jendela Ini (Karya Seorang Guru)



Di Jendela Ini

Di jendela ini
ku menyaksikan keruntuhan bangsa
menangisi hilangnya peribadi ummat
Dan luntur luluhnya IMAN
Di ulit kemewahan, diragut kepapaan

Di jendela ini
Kuratapi kematian jiwa
Hancur runtuh rumahtangga
Terbiar terkapar anak-anak bangsa
mengais secebis identiti
menyudu kehormatan dan harga diri
Dicelah runtuhan sebuah kehidupan.

Tiada lagi kebahagiaan
pudar sudah lirikan senyuman
Bila diri lupa jalan pulang
pada Pemilik jiwa dan kehidupan

Tiada lagi kelapangan hati
pada mahligai tersergam berdiri
Apabila insan lupa diri
Hidup sekadar nafsu nafsi

Tiada lagi kelazatan jiwa
pada sajian hebat di meja kehidupan
bila hati tak mengenal Pencipta
Pemilik diri dan semesta alam

Maafkan guru mu
anak-anak tercinta
Lama ku berdiri di jendela
lupa dirimu semakin dewasa
nasihatku melimpah dalam bicara
tapi tiada hikmah dalam kata-kata

Maafkan guru mu
anak-anak tercinta
terleka jiwa ku dijendela
terlupa dirimu manusia biasa
tidak suka dikongkong jasad dan jiwa

Hanya satu harapan dicita
Dirimu terpelihara diluar sana
Indah pekertimu menyeri dunia
Membimbing manusia pada Pencipta



Cikgu Azmi Bahari
Bumi Wakafan, MATRI
11.45 PM, 21 Mei 2012

Tuesday, June 14

Antara Hati : Malas


by *boss019 At DavianArt


Hari terlihat malap,
Saat hati ini gelap,
Malas yang dulu lelap,
kini jiwaku kembali direntap.

Hati mula merasai sepi,
Namun tetap ku cuba gagahi,
Malas yang dulu pergi,
Kini datang kembali.

Aku perlukan seorang sahabat,
yang boleh membuatkan ku terus thabat,
Aku perlukan seorang sahabat,
Yang boleh membuatkan ku cergas dari penat.

Kekuatan ku kini kian menghilang,
Aku ingin ianya kembali pulang,
Apakah masih ada insan yang lantang,
Untuk bersamaku terbang.

Aku mula merasakan,
Jiwa yang ada kini miliku bukan,
Aku sedar dari lamunan,
Jiwa ini perlu ditukarkan.

Tapi aku masih ada curiga dan resah,
Apakah pergantian itu akan jadi lebih baik,
Mungkin sahaja ianya rahmat ataupun musibah,
Kepada ALLAH aku bersangka baik.

Saturday, June 4

Antara Hati : Sukarnya Memiliki Sahabat Sejati

Menerima itu perlu,
Dan berilah untuk mengetahui kelazatannya.
by *fogke at Daviantart

Mentari Mesir kelihatan kurang menyengat hari ini,
Sinarannya seakan-akan terpancar mengikut degupan jantungku,
Kekuatannya ada tapi lembut menyentuh kulit,
Kepanasannya ada cuma suam menyenangkan rasa.

Saat ini, kerinduan pada sahabat-sahabat ku semakin tinggi,
Sahabat yang ku temu di sekolah dan Seantero Malaysia,
Mereka datang meniupkan nafas cinta ke kuncupku,
Tiupannya lembut tapi sangat menguatkan,
Hinggakan kuncupan tadi menjadi bunga yang mekar,
Menghiasi dunia dengan warna yang memukau.

Sekarang ini aku bersama sahabat di Mesir,
Bilangannya kurang berbanding di Malaysia,
Dengan mereka ku bekerja,
Membina kekuatan berkongsi rasa,
Ku eratkan hubungan dengan Dia Yang Maha Esa.

Bukannya tidak cukup mereka semua,
Tapi rasai kekurangan dengan bilangan,
Apakah ini bukti aku tidak bersyukur,
Atau memang sepatutnya aku jadikan keadaan dengan lebih baik,
menambah insan bernama sahabat,
Bersama berjuang mengukuhkan saf.

Alangkah sulitnya menambah sahabat sejati,
Sukarnya kutemukan walaupun hampir setahun ku di sini,
Apakah sebab yang aku cari adalah sahabat yang untuk memberi,
seperti mereka yang sentiasa menghembuskan nafas cinta,
Apakah ini punca kepayahannya?
Adapun sahabat untuk diberi sentiasa bertebaran di serata dunia.

Mungkin telah tiba masanya,
Untuk aku mengualitikan matlamat,
tercatat semat di status terakhirku di laman Facebook,
"Belajar dan Mengajar sebanyak-banyaknya"
Sebenarnya hidup ini mesti banyak memberi,
Baru kelazatan nikmat itu akan dirasai.

Kerna yang pernah ku baca dalam buku 'Dalam Dekapan Ukhuwwah'
Menghadirkan kebaikan kepada orang yang dicintai,
Itu adalah cinta sejati.
Cinta itu melahirkan semangat untuk menebarkan kebaikan,
Cinta yang bukan kata benda bahkan ianya kata kerja,
Cinta itu membangunkan bukan menjatuhkan.

Sunday, May 22

Laksankanlah "Aku Mencintai Mu"




Aku melakukan segalanya adalah hanya kerana ALLAH,
Aku buat itu hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya,
Aku beribadah kerana Dia yang menyuruhku beribadah,
Aku meninggalkan dosa takut ALLAH memarahi aku,

Aku membaca Al-Qur'an kerana itu surat dariNya,
Aku sujud kerana itu saat aku paling hampir denganNya,
Aku membaca Al-Fatihah kerana itulah janji taatku padaNya,
Aku berkata kerana ingin berzikir kepadaNya,

Aku berdiam kerana untuk berfikir tentang Nya,
Aku cuba marah kerana Nya,
Aku juga cuba menyayangi kerana Nya,
Aku serahkan segala hidup ku untuk Nya,

Aku berjalan di jalan Nya,
Aku berhati-hati untuk tidak sesat bertemu dengan Nya,
Aku mengajak orang buat baik kerana itu suruhanNya,
Aku mencegah kemungkaran kerana Dia sukakannya,

Aku juga mencintai dia hanya kerana Nya,
Aku menyayangi kerana dia menyayangi Nya,
Aku mencintai orang yang mencintai Dia,
Aku berdoa agar di sekililingku adalah mereka yang mencintai Dia,

Aku mengungkap ini untuk mencintaiNya,
Aku berharap tidak terlari dari landasanNya,
Aku takut tergelicir masuk ke NerakaNya,
Aku hanya harap, dapat masuk dalam Syurga Firdausinya.


Lalu aku terdengar satu syair Arab berkata,

"Engkau bermaksiat pada ALLAH dan engku berkata engkau mencintai ALLAH,
Sesungguhnya memang benar ini satu ungkapan yang sangat pelik,

Jikalau kecintaanMu itu benar maka berilah dan tunjukkanlah,
Sesunggunhnya yang bercinta akan memberikan kepada mereka yang dicintai"


Maka, marilah kita melaksanakan segala ungkapan cinta di bibir kita.


Tuesday, May 10

Apakah Dengan Bai'ah Sahaja Caranya?



Kakak-kakak dan Abang-abangku,
Adakalanya aku akan turuti,
Dan adakalanya aku akan melawan,
Bukan kerana ketidak ada adab,
Tetapi cuba menegakkan prinsip yang ku pegang,
Jika kalian ingin mencari sang penakut mengangkat bai'ah,
Ya, aku penakutnya, meluruskan tangan menyempurnakan bai'ah.
Benar kata-kata kalian yang penuh dedikasi,
Kalau kita mahu menjadi pemburu kebaikan,
Mesti ada sesuatu yang memotivasikan kita,
Cuma aku hendak bertanya pada kalian,
Apakah bai'ah sahaja jalannya?
Kita memang ada berbai'ah,
Dengan ALLAH yang Maha Ada,
Cuma aku Takut hendak berbaia'ah,
Di depan kalian yang tidak kekal lama.
Aku sebagai manusia yang selalu melakukan kesilapan,
Jika berbaia'ah dengan kalian,
Huh, susahnya menuju ke pelosok dunia,
Untuk mencari kalain minta dimaafkan.
Wahai kakak dan Abang,
Dunia yang kecil ini pun susah berjumpa,
Apakah di masyar nanti kita akan bertemu?
Wahai kakak dan abang ku,
Jika kalian terpanas denganku,
Tercalar keranaku,
Aku memohon daripada kalian,
Agar segalanya kalian maafkan.

p/s: Syukran.

Monday, May 2

Aku cuba sedar dalam jaga,


















photo by ~hanekyu at DaviantArt


Aku manusia yang sering berdoa padaNya,
Aku sering dapat apa yang aku pinta.

Namun aku sering melakukan dosa,
menghalau pergi keredhaan yang Maha Esa.

Aku sering lalai dan alpa,
Dari sering bersyukur dengan kenikmatan dari Nya.

Aku penat berfikir mengapa,
Aku teruskan dengan bagaimana.

Sering datang jawapan yang nyata,
Cuma tidak ku istiqamah dengannya.

Apakah istiqamah mempunyai ketajaman serpihan kaca,
hingga aku susah berpaut padanya.

Fikiranku terbayang wajah ulama' pewaris anbiya,
apakah mereka terluka dengannya.

Mereka juga insan yang biasa,
mengapa mereka mampu mengatasinya.

Aku cuba sedar dalam jaga,
yang jasadku masih bernyawa.

Dan sekarang aku perlu yakin padaNya,
Yang aku mampu jadi terbaik lebih dari mereka.

Wednesday, January 19

Coretan Hati - 19 Januari Birthday Boy


Selamat Hari Lahir Izzat Ibrahim!


19 Januari. Hari Kelahiran si Pemilik Blog. Saya sendiri. Ada Seorang pakcik tu kata, Sambutan Hari Kelahiran adalah loceng peringatan untuk kita bahawa sa nya, kematian kita semakin hampir.

Dan Sempena tarikh kelahiranku, rasanya seperti berhajat ingin membuat satu target. Target tambahan dalam hidup. Iaitu :

"Ingin sentiasa merasakan dalam hati ini ada 2 tarikan. Tarikan keimanan dan tarikan nafsu. Dan tarikan keimanan itu cuba aku perkuatkan. Insya'ALLAH"

Lepas maghrib semalam, ada terbaca  buku Al Muntalaq. Pada awal penulisan, penulis menyentuh mengenai mereka yang beriman. Dan Penulis mengatakan, "jika mereka yang beriman, dalam hatinya pasti akan sentiasa merasakan 2 tarikan. Iaitu tarikan keimanan dan tarikan nafsu ataupun kesesatan.

Akhir Kalam

Semoga target ku yang ku tambah dalam hidup ini menjadi satu realiti. Doa sahabat2 ku pohon. Segala saranan ku terima.


Monday, January 17

Ini Jalanku



"Memang mencabar. Tapi ini sahaja jalan untuk aku sampai kepada NYA. Terasa bodoh untuk berhenti. Terasa menyesal bila terpesong"

Saturday, November 27

Jendela Akhirat



"Marilah memandang dunia seperti penghuni akhirat memandang dunia dari jendela akhirat"



3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

Tuesday, August 24

Syabab : Warkah Cinta

 by Janithan in Daviantart

Surat Cinta Buat Hati Yang Lesu

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.

Surat
ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia hanya akan melihat kesungguhan dalam berproses dan dalam berusaha.

Surat
ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak luangkan waktu untuk  melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.

Surat
ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.

Akhirnya, surat ini kutujukan
untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.

Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.
Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...
Ibnu Sa'id Al Faqir


*Sumber : HALUANTarbawi.com

Thursday, August 19

Persoalan : Apa Yang Kita Nak Jawab?



Ketika sedang melakukan sesuatu..
Cuba bertanya pada diri,
"Apakah akan saya jawab bila ALLAH tarik nyawa saya sekarang ?"



110:3
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...