Showing posts with label Antara Family. Show all posts
Showing posts with label Antara Family. Show all posts

Thursday, August 5

Keluarga : List Ayah Ada Nama Saya?




"Ayah, kenapa ayah mundar-mandir sejak pagi tadi..?" Anak perempuan yang comel menyapa ayahnya. Ilya Aisyah namanya. Memang sesuai dengan kecantikan Isteri Rasulullah. Muka yang comel kemerah-merahan agak sedikit berkerut. Hairan melihat ayahnya kelihatan gusar.
"Tidak ada apa2lah wahai anak ayah...Ayah cuma risau masa depan kamu.." Ayahnya melepaskan kerisauan. Berkongsi masalah dengan anaknya yang comel. Huh..Keluhan lelaki.

"Ayah..Kenapa ayah tak senyum hari ni...?" Ahmad abang kepada Insyirah menimbulkan tanda tanya terhadap ayahnya. Ahamad seorang yang sangat periang. Suka bermain.
"Ayah risau lah ahmad anakku.."
"Risau apa ayah? Selalu ayah ceria je..Main2 ngan ahmad."
"Ayah risau masa depan kamu berdua..Dan keluarga kita.."
"Buat apa yang nak dirisaukan ayah? "
Ayahnya tidak berkata apa2 lagi. Persoalan anaknya Ahmad hanya dijawab dengan pelukan kasih seorang ayah. Ahmad, 10 tahun dan Insyirah, 8 tahun masih terlalu kecil untuk memikirkan tentang masalah yang dihadapi oleh ayahnya. Ibunya dari dapur hanya melirikkan pandangan ke arah suami dan kedua-dua anaknya. Ahmad dan Insyirah lah cahaya yang sering menjadi penyejuk mata apabila masalah sering dihadapi oleh Abdul Latiff dan Sumayyah.

Abdul Latiff seorang peniaga. Pelbagai jenis perniagaan yang dia ceburi. Tapi..Tidak satu pun yang mejanjikan keuntungan. Penat..letih..perit dan berat. Hanya itu sahajalah hasil yang menjadi pulangan. Segala perniagaan hanya mampu menyara keluarganya dengan kadar yang sederhana. Tidak mejanjikan kemewahan.

"Abang..Cukuplah apa yang abang usahakan selama ini. Su tidak inginkan suatu yang lebih." Sumayyah seorang isteri yang sangat memahami akan suaminya.
"Bukan Su..Abang cuma nakkan anak2 kita bahagia. Dan bertambah bahagia.."
"Su rasa takpa bang..Su lihat..Anak2 kita dah cukup bahagia dengan apa yang ada.."
Latiff seperti terlalu bermasalah. Sumayyah isterinya sedikit pun tidak risau. Latiff yang lebih-lebih.

Pada suatu hari, sahabat karibnya berjumpa dengan latiff mengadu masalah.
"Latiff..Boleh tak ko gantikan rakan kongsi aku yang sekarang ni?..Aku dah tak tahan lagi ngan dia..Selalu tipu aku"
"Ha? eh, perniagaan ko kan dah terlalu mantap..Aku ni taklah sesuai sangat.." Latiff menolak.
"Takpe Tiff..Aku lebih sukakan sahabat yang boleh dipercayai daripada orang hebat tapi tak berguna"
"Eh, engkau terlalu berharap ni.."
"Siapa lagi yang aku boleh harapkan kalau bukan sahabat...?"
Perkataan yang sering bermain dalam hati Latiff adalah risau dan suka. Risau kerana kawannya meletakkan harapan yang sangat tinggi kepadanya. Dan suka kerana permasalahan yang dihadapinya akan menemui jalan penyelesaiaan.

Hari demi hari. Bulan berganti bulan. Cita-cita untuk memberikan kemewahan kepada anak2 dan isterinya telah tercapai. Sibuk. Itulah situasi terkini Latiff. Beliau terpaksa keluar awal dari rumah untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Pukul 5am. Isteri dan anak2nya masih tidak bangkit dari tidur. Ye..Terlalu awal. Isterinya sahaja yang kadang2 terbuka mata. Dan mampu melirikkan senyuman lemah. Pulangnya ke rumah agak lewat malam. Pelanggannya semakin ramai. Untuk menjaga hati kawan2nya, dia terpaksa pulang lewat hanya untuk bersembang kosong.

Keluar dan pulang. Hanya ciuman yang mampu diberi kepada 2 orang anaknya. Ahmad dan Insyirah. Latiff berasa puas kerana mampu memberikan kemewahan kepada anak2nya. Tapi beliau tidak sedar, kegembiraan kedua-dua anaknya kian hari kian pudar. Puas Sumayyah mengadu kepada Latiff. Tapi..Latiff hanya menidakkan dan menasihati Sumayyah supaya bersangka baik.

Pada suatu hari, ahmad dan Insyirah anak perempuannya yang comel meminta ayahnya menemaninya ke Majlis Kecemerlangan Sekolah. Permintaan itupun disampaikan oleh ibunya.
"Bila ya Su tarikhnya? Abang nak lihat planner abang"
"26 Julai bang.."
"Oh, bagus2. Abang ada kelapangan time tu.."
Isterinya tersenyum. Bagaimanakah jika tidak ada kelapangan. Apakah perasaan Insyirah nanti. Huh..Sumayyah mula mengeluh.

Setelah tamat Majlis Kecemerlangan Sekolah Sumayyah dan Ahmad. Mereka terus pulang. Ayahnya mengambil keputusan untuk mengambil jalan yang jauh. Supaya mereka akan banyak berbual. Mereka mula bersembang. Dan tiba2 Insyirah bertanyakan satu soalan..
"Ayah..Ayah duduk kat jalan mana? Jarang nampak ayah duduk di rumah..."
Soalan itu membuatkan Latiff terkedu.

Pada Suatu hari, Latiff sibuk mencari buku notanya yang hilang. Buku nota tersebut sangat penting kerana terdapat senarai nama korporat yang perlu dia temui. Ketika sibuk mencari di kamarnya, Ahmad anak sulungnya menjenguk ke bilik.
"Ayah, ahmad lihat ayah sedang mencari sesuatu. Boleh Ahmad bantu?"

Latiff memberitahu kepada anaknya akan kehilangan buku notanya dan senarai nama korporat2 yang perlu dia temui. Ahmad membantu. Selang beberapa minit mereka mencari, tiba2 Ahmad bertanya,
"Ayah..Adakah dalam senarai itu ada nama Ahmad?"






3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

Wednesday, July 14

Birthday : Saya Geram Dengan Kakak Asma'!!

Tajuk itu..Hanya itu sahaja ungkapan yang mampu saya luahkan untuk mengatakan betapa geramnya saya kepada kakak saya yang Sulung, Kak Asma'

.
Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada Kak Asma' saya. Kerana hari ini.14 Julai merupakan tarikh kelahiran Kak Asma'.

Semakin meningkat umur Kak Asma', kegeraman dalam hati saya semakin menyala-nyala. Mana tidaknya..Semakin banyak perkara yang Kak Asma' telah lakukan dan semua perkara itu menyebabkan kegeraman saya bertambah.

Biarlah siapa pun nak berkata-kata..Sempena Hari Kelahiran Kak Asma', saya akan membongkar maklumat satu persatu (Yang terlarat) Sifat insan bergelar Asma' Shamjuddin. Mujur ada laman blog dan Internet tanpa sempadan. Kerana jika disekat, Maklumat tentang Akak saya, tidak dapat saya sebarkan ke seluruh Dunia.

1. Kak Asma' berjiwa Abang.

Dalam keluarga saya, saya merupakan abang yang sulung. Tetapi, kak Asma' saya banyak membuktikan kepada saya yang Dia adalah Akak yang layak juga digelar seorang abang sulung yang baik.
Abang sulung. Mereka mempunyai watak yang serba tidak kisah. Dari sudut zahirnya, mereka kadang2 kelihatan seperti orang yang tidak ambil kisah dengan adik2nya. Abang anas Suhaib sendiri menyetujui akan hal ini. Dia merupakan abang sulung dalam keluarganya. Mereka paling tidak suka mengambil fokus pada hal yang remeh-temeh.
Walaubagaimanapun, hati mereka penuh dengan sifat keperihatinan yang sungguh luar biasa. Mereka tidak boleh melihat adik2nya berada dalam keadaan susah.
Satu contoh yang saya ingin bongkar tentang Kak Asma' :
Perkara ini sering berlaku dalam akhir perbualan saya dengan Kak Asma' dalam telefon. Cukup dengan saya berkata "Asma'..." dengan nada yang lembut. kakak saya terus menyambut " Nak topup lah tu. Hish, asyik minta kita je" Memang pantas dan tepat responnya. Inilah salah satu ciri mereka punyai keperihatinan yang baik. Minta Topup untuk henset. Perkara yang remeh dan tidak disukai oleh abang sulung. Tapi, selang beberapa minit ataupun jam, "Trritt, triitt" Henset saya bergetar menandakan satu mesej telah diterima. Saya buka, dan agakan saya betul. "RM 10 telah dimasukkan ke dalam akaun anda" Fuh, siapa lagi yang topupkan jika bukan Kakak saya Asma' Shamjuddin.
Banyak lagi situasi  ini berlaku dalam beberpa keadaan. Ada sekali tu, saya minta kakak saya rapat dengan kawan saya. Sama sahaja responnya, "Hish, leceh lah izzat ni.." Tapi akhirnya tolong jugak. Haha.

Mereka nampak tidak hiraukan adik, tapi keperihatinannya begitu memuncak tinggi. Abang Sulung. Itulah manusia yang mempunyai sifat ini.

2. Seperti lelaki. Ke sana, ke mari.

Sifat kedua yang saya betul2 geram kepada Kak Asma'. Mana tidaknya, dia kan Kaum Hawa.. Tapi aktifnya mengalahkan segelintir kaum Adam yang "Arrijal kawwamu 'ala Nisa'" Hem.. Memang geram. Harap2 Izzat takkan kalah dengan Kak Asma'.
Kadangnya saya berasa hairan, Kenapalah anak perempuan Shamjuddin Romani ni tidak seperti wanita2 yang lain..Pelik. Kalau kakak saya sorang sahaja ok lagi.. mudah nak selesaikan Ini semua perempuan anak Shamjuddin lebih kurang sahaja.
Kak Asma'. Wanita yang tidak boleh duduk senyap kat rumah. Ada sahaja perkara luar yang perlu dilakukan. Program di sana, program di sini. Halaqah, usrah, meeting, urusan pejabat, Relawan HALUAN..Haiyaa. Banyak betul program yang dia aktif. Saya sendiri tak sampai tahap macam tu (macam dah kalah je saya ni).
Pernah perkara ini dibangkitakan dalam perbualan saya bersama Kakak Amnani dan Ummi.
"Kenapa ye, anak2 Ummi yang perempuan aktif sangat? Kalau yang lelaki takpalah..Memang sifat mereka."
Ummi menjawab " Entahlah..Mungkin sebab Ummi pun dulu ter Hyper Aktif kot waktu muda2 dulu. Maklumlah..Orang kampung. Terjun sungai sana, terjun sungai sini. Main lastik, tangkap ayam kampung lah. Patut anak2nye terlebih aktif"
Huh, sebab itu kah? Haha. Ibu Ayah borek, anak2 merintik. Itu sahaja istilah yang sesuai. Jadi, siapa2 yang inginkan anak2 mereka aktif dan baik nanti, mulalah aktif2kan lah diri anda dari sekarang. Perempuan dan Lelaki serupa.Cuma jangan lambat ye.

Aktif. Itulah sifat kakak saya yang kedua.

3. Dia dah berkahwin.

Perkara yang ketiga ni juga menjadi faktor saya geram dengan kakak saya. Kahwin. Kenapa pula nak geram2 ni.? Sebenarnya, kahwin ini adalah satu istilah yang mudah disebut oleh sesiapa sahaja. Semua boleh berkata yang dia teringin dan mahu berkahwin. Tapi berapa orang yang sanggup menghadapi nya?

Saya berkata ini dengan merujuk salah satu firman ALLAH "ALLAH tidak akan membebani seseorang itu dengan ujian yang mereka tidak mampu" Kahwin adalah satu bentuk ujian yang sangat tinggi. Kak Asma' telah dan sedang menghadapinya. Bermaksud, dia sekarang berada pada level yang lebih tinggi.
Huh, ni yang saya geram ni. Abang Zaid lah ni puncanya..(aceh, lawak saja abang zaid ku sayang..)
 
Penutup

Cukup sekadar 3 ciri yang saya bongkarkan maklumat mengenai Kakak Asma'. Hati saya semakin meluap-luap seiring jumlah button keyboard yang saya tekan. Mana tak nya, Kak Asma' berada di tahap yang lebih. Mana boleh! Geram2~!.

Walaubagaimanapun saya masih ada masa untuk meningkatkan diri. 19 tahun. Umur terkini Kakak Asma' 24 tahun genap. Mungkin telah lebih jam dan minit sahaja.

Kak Asma'..Semoga setiap kerja dan perjalanan hidup Kak Asma' sentiasa dipayungi dengan Rahmat dan keRedhaan ALLAH swt. SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN YANG KE-23.

Hadiah??erk..mana ada duit. Kita pun selalu minta duit awak..Hehe.

Sekian, Assalammualaikum WarahmatULLAHi wabarakatuh.




3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...