Showing posts with label Antara View. Show all posts
Showing posts with label Antara View. Show all posts

Monday, June 13

Antara View : Mesir Yang Sentiasa Melaksanakan


Gambar Hiasan dari BikyaMasr
Apabila lidah mudah bicara,

Apakah disusuli dengan kerja,

Usah mengkritik sini sana,

Jika diri masih tak kena.


Cerita ini adalah mengenai kisah Penduduk Mesir yang sentiasa bersedia.

Di sekitar rumah APJ Rabaah (Rumah Pelajar Johor) terdapat banyak masjid yang menunaikan solah Jumaat. Saya selalunya akan memilih masjid kecil yang berhampiran dengan rumah, iaitu masjid kecil di belakang rumah saya. Pertamanya disebabkan khatib yang menyampaikan khutbah adalah seorang Doktor kuliah bahasa dan beliau buta. Keduanya disebabkan tidak terlalu lama.

Pada Jumaat lepas, tanggal 10 jun 2011 ada kejadian yang menakjubkan saya. Kejadian yang berkaitan dengan peribadi rakyat Mesir yang disabdakan Rasulullah sebagai kaum yang sentiasa bersedia untuk berperang.

Sesampainya saya di masjid, saya agak pelik kerana suara khatib yang menyampaikan khtubah adalah berlainan dari kebiasaaan. Tambah pelik lagi suaru khatib itu serupa dengan suara mufti Mesir, Syeikh Ali Jumuah. Rupa-rupanya, suara khatib itu hanyalah dari corong radio sahaja. Ramai daripada kami kalangan pelajar Johor pelik dan apakah ini khutbahnya. Setelah tunggu hampir 10 minit lebih, akhirnya seorang lelaki Mesir datang ke depan.

"Kenapa guna radio sahaja?" Tanya lelaki tersebut.
"Doktor tak boleh datang." Jawab mudah orang-orang tua di saff hadapan.
"Ha, haza man fa'sh, la yajuz wallahi" kata lelaki itu mengatakan ini tidak boleh.

Setelah itu, lelaki itu terus merampas microphone dan terus naik ke atas mimbar dan terus menyampaikan khutbah yang bertajuk "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian" Khutbah yang disampaikan penuh bertanaga, dan maaflah tiada sebarang rakaman. Serius rugi tak rakam.

Begitulah perihalnya manusia yang sebenarnya masyarakat arab di bumi Mesir. Lelaki yang mencadangkan dan mengkritik sesuatu keadaan itu bukan satu cadangan yang kosong, tetapi cadangan yang disusuli dengan tindakan.

Hal ini pernah berlaku pada zaman saidina Abu Bakar As-siddiq. Ketika berpuluh hari tentara Islam mengepung kawasan jajahan Nabi palsu, Musailamah Al-Kazzab, muncul seorang sahabat dari celah-celah tentera Muslimin yang mencadangkan satu idea.

"Apa kata ya Jeneral, kita baling beberapa orang masuk ke dalam kota, lalu kita buka pintu kota dari dalam" Idea dari sahabat yang bernama Bara'ah bin Malik.

"Apakah itu satu idea yang tidak masuk aqal? Berapa ramai pihak al-kazzab yang berda di dalam sana.?" tanya seorang sahabat yang terkejut dengan idea Bara'ah bin Malik.

"Takpa, biar saya yang dilompatkan ke dalam"

Selepas dilompatkan ke dalam, pihak musuh ALLAH terkejut dengan munculnya Bara'ah bin Malik di belakang barisan tentera. Lalu Bara'ah melibas pedangnya hingga menjadi seperti lorong hingga ke pintu utama kota. Dengan izin ALLAH, Bara'ah berjaya membuka pintu kota tersebut. Dan akhirnya, pihak tentera Muslimin mendapat kejayaan yang besar.

Dikatakan, ketika Abu Hurairah merawat Bara'ah Bin Malik, beliau mendapati di belakang badan Bara'ah bin Malik tidak kurang daripada 80 tetakan.

Bagaimana pula dengan kita, Apakah kita sudah bersedia melaksanakan cadangan dan kritikan kita?


Tuesday, March 1

Krisis Mesir : Theory Konspirasi VS Iman

 Cahaya berharap. by ~lollastrich at Daviantart

 "Iman itu bukanlah satu angan-angan,
Dan bukan juga satu cita-cita,
Tetapi apa diterima pada hati,
Lalu dibuktikan dengan amalan"

Sepanjang hari2 saya berada di Malaysia, saya sering disajikan dengan pengalaman2 yang sangat menarik. Walaubagaimanapun saya juga tidak terlepas dari tersangkut pada duri2 ujian ALLAH. Semoga segalanya mendapat keredhaan ALLAH swt. Insya'ALLAH.

Krisis Mesir. Itulah topik utama yang sentiasa menghiasi perbualan bersama sahabat2 saya di Malaysia. Pelbagai pandangan dan saranan berkenaan konklusi isu kebangkitan Kuasa2 Arab. Ini adalah berpunca daripada kerisauan dan sikap ambil berat sesama mukmin. Kadang2 tu, ada juga persoalan2 yang tidak mampu saya jawab. Boleh jawab juga, tapi istilah yang paling tepat tu yang susah nak keluar.

Theory Konspirasi.

Saya pun tidak berapa mengerti mengenai maksud sebenar teori tu. Sebab dengar2 saja dari beberapa orang yang melahirkan pandangan. Ada yang mereka kata, itu adalah teori perkaitan. Yang mengaitkan sesuatu kejadian dengan kejadian yang telah berlaku.

Sebagai contoh apa yang berlaku di Iraq. Rejim pada ketika itu sangat kejam, Rejim Saddam Husin. Kezaliman dan ketidakadilan sangat teruk. Penipuan duit rakyat dan pembelanjaan pemimpin menggunakan hak rakyat sangat rakus. Sebahagian harta dan kekayaan  sangat banyak disalurkan kepada barat.

Kekejaman demi kekejaman berlaku dan pada akhirnya, apabila kehitaman anjing barat kian pudar, tuan pemilik anjing cuba menghancurkan anjing hitamnya. Mereka memutarkan segala auta. Memalsukan segala cereka. Dan membuatkan rakyat bangkit menggulingkan rejim. Amerika pun masuk membantu. Kononnya ingin meghapuskan kejahatan dengan  menaburkan kata2 kedamaian.

Keyakinan Kepada ALLAH

Bila ada mereka2 yang bertanyakan tentang perkaitan krisis Mesir dan krisis Iraq, saya agak terkedu juga untuk menjawab. Pada awalnya saya hanya mampu mengatakan yang kita mampu berdoa sahaja pada ALLAH.

Pada suatu hari, saya ada berjumpa dan berbual dengan seorang Pakcik, kawan ayah saya. Tak silap namanya Pakcik Kadir. Kami bualkan topik yang sedang hangat iaitu Krisis Mesir. Saya tidak lupa untuk meminta sedikit pandangannya mengenai teori ini.

Apabila ditanya, dia mengatakan yang perkara tersebut kebarangkalian pasti akan berlaku. Teori ini dikatan mudah seperti 1 + 1 = 2 . Perkara ini sangat merunsingkan muslim di seluruh dunia. Dan ada sebilangan mereka juga mengatakan, "baik2 aman pergi buat huru-hara. Jadi macam Iraq baru tahu".

Sambung Pakcik itu lagi, bila kita amati dalam2, sebenarnya ALLAH boleh memutarkan 1+1=2 jadi 1+1=3 @ 4 @ 5. Sebab DIA maha berkuasa. Dia pemilik dunia ini. Dia mampu melakuakn segalanya. Jadi berkenaan dengan krisis Mesir, sebenarnya itu adalah satu perncangan dari ALLAH. Kerana ALLAH pasti akan menghancurkan kezaliman walau dengan bagaimana cara sekalipun.

"Dan ketika mereka merancang, ALLAH turut juga merancang. Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang"

Baina Khauf Wa Raja'

Pada pandangan saya, segala kemungkinan pasti akan berlaku. Pelbagai cara ALLAH boleh bantu kita dan pelbagai cara juga ALLAH boleh memberikan kita peringatan.

Dan yang paling penting, hadapilah segala sesuatu dalam hidup kita dengan anatara dua keadaan, takut dan berharap. Takut dijauhkan dari rahmat ALLAH dan berharap agar tidak dijauhkan dari rahmat ALLAH.

Monday, February 21

Krisis Mesir : Bicara Ustaz Mus'ab Ghazali

 Askar Dan Rakyat Bersatu
 
Dari : Ahmad Mus'ab Bin Ghazali (Pelajar Tahun 4,Kuliah Syariah Al-Kaherah)

 
Assalamualaikum Sahabat/ Sahibah yang dihormati,
 
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt,amin.
Makluman sahaja, iaitu cuti di Mesir telah dilanjutkan lagi bagi semua sekolah-sekolah dan universiti-universiti kerajaan daripada hari ini bertarikh 19 hb Februari 2011 kepada 26 hb Februari 2011.
 
Alhamdulillah keadaan di sini bertambah baik.Kita dapat merasai roh perubahan diri kita dan masyarakat di sini. Ana tak dapat nak gambarkan cuma kita dapat merasai perubahan ini lahir daripada dalam jiwa masing-masing. Kemenangan الثورة  ini sebenarnya adalah tamparan kuat kepada musuh Islam. Mereka merancang untuk menghancurkan pemuda-pemudi di sini tetapi perancangan Allah swt mengatasi perancangan mereka.
 
Syabab-syabab turun membersihkan jalan-jalan tanpa disuruh. Bergotong-royong membersihkan kawasan, mengecat dan menceriakan tempat masing-masing. Masyaallah..
 
!!! الشعب يريد اصلاح البلاد
Penduduk ingin memperbaiki negara!!!
 
Syiar ini dilaung-laungkan sebagai kesungguhan mereka untuk membina semula Mesir ini. Medan tahrir ditukar kepada medan syuhadak oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ketika berkhutbah di hadapan Mugammak Tahrir semalam di hadapan lebih kurang 3 juta orang.
Benarlah firman Allah swt dalam surah Ar-Ra'd:
 
إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya
 
Semoga kita dapat mngambil iktibar,amin. Wassalamualaikum warahmatullah
 
 
Sumber : YG

Monday, February 14

Krisis Mesir : Teka-Teki Dunia : Siapa Selepas Hosni Mubaraq?



Meraikan kemenangan permulaan. Masih banyak perkara yang harus mereka lalui.

Teka-teki Dunia : Siapa selepas Mubarak?
Oleh : BroHamzah

Sudah tentu apabila tumbangnya satu rejim pemerintah, rakyat akan ternanti-nantikan kepimpinan yang baru. Hal ini juga berlaku kepada Mesir sekarang. Selepas kejayaan rakyat Mesir mengerakan satu kuasa rakyat bagi menumbangkan rejim diktator Husni Mubarak, kini mereka menanti satu perubahan untuk kehidupan, kebebasan, keadilan dan keharmonian.

Teka teki, siapakah bakal presiden Mesir selepas ini – rancak diperkatakan dan disembang-sembangkan. Menarik juga sekiranya, kita bertukar-tukar maklumat tentangnya. Saya kongsikan dengan anda, beberapa calon yang disebut-sebut akan memegang tampuk pemerintahan dan kepimpinan Mesir yang baru. Kita lihat, analisis dan berikan pandangan. Calon-calon bayangannya :



CALON 1
Fathi Sorour

Siapa dia ini?

Pemimpin veteran dalam parti Husni Mubarak iaitu People National Democratic Party dan juga speaker dewan. Beliau merupakan pemimpin kedua tertinggi selepas jawatan presiden Mesir. Makna, jika berlaku apa-apa kepada Mubarak ( letak jawatan atau meninggal dunia) – Dia akan menjadi presiden sementera untuk 60 hari sehingga pilihan raya yang akan diadakan. Tetapi, perkara itu tidak berlaku – Husni letak jawatan dan kuasa negara beralih kepada tentera. Beliau dikatakan bukan calon pilihan pembangkang kerana hubungan rapatnya dengan Husni Mubarak.



CALON 2
Amr Moussa

Anda kenal?

Saya sering mendengar namanya. Beliau adalah Setiausaha Agung Liga Arab sejak tahun 2010. Sebelum itu sebagai Menteri Luar Negeri Mesir selama satu dekad. Popular kerana kritikan pedasnya terhadap Israel dan sentiasa menyokong Palestin. Moussa merupakan individu pertama yang secara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan dalam pemilihan jawatan presiden Mesir tahun ini. Namun, ura-ura menyatakan bahawa beliau akan tersingkir daripada regim Mubarak atas alasan beliau dikenal sebagai reformis.



CALON 3
Omar Suleiman ( 74 tahun)

Mungkin, ramai yang kenal.

Orang kuat Husni Mubarak. Pernah menyelamatkan Husni Mubarak dalam percubaan membunuhnya di Addis Ababa, Ethiopia dan di Afrika pada tahun 1995. Popular semasa krisis revolusi Mesir sepanjang awal Februari 2011. Dalam percubaan meredakan kemarahan rakyat yang semakin meluap-luap, Mubarak melantik Omar Suleiman sebagai Timbalan Presidennya buat pertama kali dalam sejarah. Tindakan terdesak Mubarak bagi memujuk rakyat itu ternyata gagal. Omar Suleiman berlatar belakangkan ketenteraan, dikatakan tink tank dan prime move serta orang kuat Mubarak. Menjadi Ketua Perisikan Mesir General Service.Hubungan eratnya dengan Amerika tidak dapat disangkal lagi dan sangat berpengaruh. Pada tahun 2009, Foregin Policy Magazine menobatkan beliau sebagai salah satu daripada lima Agen Rahsia yang paling kuat dari Timur tengah.



CALON 4
Mohammed El Baradei ( 68 Tahun)

Nama naik sejak revolusi bermula.

Antara nama-nama yang disebut oleh banyak media massa, sama bercetak atau alam maya. Siapa dia ini? Beliau adalah penerima Hadiah Nobel Keamanan 2003. Berusia 68 tahun tetapi sangat bersemangat kerana kelantangan dan sanggup turun ke dataran untuk berdemostrasi bersama rakyat. Pada masa yang sama, menjadi juru cakap popular pembangkang di media antarabangsa.



CALON 5
Mohammed Badie ( 66 tahun)

Kenal?

Tokoh yang disegani dan menjadi rujukan umum kepada parti pembangkang terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin. Beliau disebut-sebut akan memegang jawatan tertinggi negara itu. Beliau dipandang sinis serta konservatif dan ideologi Islam Ikhwanul Musliminnya menjadikannya sebagai pilihan tidak popular di kalangan negara-negara barat dan Israel. Pada tahun 2005, IM telah bertanding dan ia memberikan IM suara sebanyak 20 % dalam parlimen Mesir.



CALON 6
Ayman Nour

Beliau adalah ahli politik liberal yang mengasaskan parti pembangkang El Ghad, yang dibentuk secara rasmi pada 2004. Beliau bertanding menentang Mubarak dalam pilihan raya presiden 2005 dan memenangi tempat kedua. Kemudian, ditangkap atas tuduhan memalsukan dokumen-dokumen semasa menubuhkan partinya tidak lama selepas pilihan raya. Menurut undang-undang, Nour dianggap seorang penjenayah, dan dihalang dari bertanding untuk jawatan presiden.



CALON 7
Ahmed Shafik

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Husni Mubarak pada 29 Janurai sebagai tindakan susulan kepada penentang dan penunjuk perasaan yang berterus ketika ledakan revolusi hari kemarahan di Mesir. Dalam rekod latarbelakangnya, beliau merupakan komander Tentera Udara Mesir dari 1996- 2002. Pada tahun 2002 beliau telah dicalonkan untuk menjadi Menteri Penerbangan Awam Mesir.



CALON 8
Ahmed Hassan Zewail

Beliau dalah pemenang Hadiah Nobel untuk kimia pada tahun 1999. Menyatakan tidak akan terjun dalam politik tahun lalu, dan namun media melaporkan bahawa beliau akan merangka untuk membentuk komuniti untuk reformasi bersama Ayman Nour dan beberapa pengacara terkenal. Menulis dalam Surat Khabar Mesir iaitu “ Asy Syuruq” sebagai medan seruanya untuk seluruh rakyat Mesir. Antara saranannya ialah menubuhkan Majlis Hukama’ untuk pemerintahan Mesir.



CALON 9
Hamdeen Sabahy

Seorang ahli politik yang kuat kepada nasionalisme Arab, dan merupakan pemimpin Parti al-Karaman yang masih dalam proses pembangunan kerana belum mendapat keizinan rasmi daripada pemerintah. Dan beliau terpilih menjadi anggota parlimen pada tahun 2005. Beliau pernah menyatakan hasrat untuk bertandang dalam pemilihan presiden tetapi mengubah fikiran. Ada yang meramalkan bahawa tahun ini 2011, beliau akan turut serta dalam pemilihan ini.



CALON 10
Wael Ghonim

Muda lagi, baru kelihatan kelibatannya dalam menggerakan arus menumbangkan regim Mubarak. Beliau adalah salah seorang tokoh penting di sebalik gerakan jutaan orang untuk menumbangkan Mubarak. Jaringan alam mayanya telah berhasil mengerak banyak orang untuk keluar melakukan revolusi. Namun, kesangsian terhadapnya kedengaran, bahawa beliau adalah agen Israel atau Iran. Ditahan oleh tentera selama 12 hari, namun tiada bukti.

Kerana karismatik dan kejujurannya dalam melontarkan kata-kata dan laungan semangat, akhir beliau diangkat menjadi juru cakap para pemprotes kerajaan Mubarak. Sebagai salah seorang pengasas utama gelombang revolusi ini di kalangan pemuda Mesir mungkin beliau layak diberi peluang untuk memimpin Mesir di masa hadapan.



CALON 11
Hussein Tantawi (82 tahun)

Beliau adalah Menteri pertahanan Mesir selama 20 tahun. Kini memimpin Mesir apabila Mubarak meletakan jawatannya dan beralih kepada kuasa tentera. Dikenali sebagai penasihat dan orang kepercayaan Mubarak. Rami meragunya, dan menjadi pilihan tidak popular. Beliau menyatakan usianya ialah 75 tahun tetapi, maklumat yang sebenar umurnya sudah pun mencecah 82 tahun – sama usia dengan Mubarak. Selain itu beliau turut dikenali sebagai tokoh antireformasi ekonomi dan politik.

Jika, anda siapakah calon pilihan anda?

Jika saya, sudah tentu calon yang kita hajati adalah calon yang mampu membumikan lunas-lunas syara (syariat Islam) dalam pemerintahan, melebarkan keadilan kepada rakyat, berusaha menyebarluaskan kebaikan dan sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk semua pihak.

Sunday, November 14

FB, pencorak keperibadian kita?


Pengasas Facebook

Facebook atau FB, telah menjadi satu kegilaan bagi manusia dewasa ini.

Fenomena FB mulai mewarnai kehidupan penggunaan alam maya dan sesawang 6 tahun yang lalu, dan diasaskan oleh seorang remaja yang masih muda ketika itu. Mark Zuckerberg adalah seorang mahasiswa Universiti Havard yang mencipta laman social ini. Facebook adalah merupakan satu sistem jaringan sosial yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Universiti Havard. Namun ini berkembang dengan pesatnya, apabila ia dikomersialkan untuk umum.

Facebook telah menjadi fenomena di seluruh dunia dan dikatakan sudah mempunyai 500 juta pengguna dan menjadikan pengasasnya billionair termuda di dunia. Baru- baru ini, Mark Zuckerberg dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak 6.9billion USD, mengalahkan pengasas Apple yang telah lama dalam industri. (Forbes)

Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Inilah impak facebook.


Filem The Social Network

Dan, terkini saya dapat tahu bahawa akan ditayangkan sebuah filem berkisar FB ini. The Social Network merupakan sebuah kisah benar mengenai pengasas Social Network terkenal di dunia iaitu Mark Zuckerberg pengasas Facebook, yang diarahkan oleh David Fincher(pengarah Panic room, dan Zodiac). Filem ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 2 Disember 2010 ini.

Mungkin filem ini akan mendedahkan bagaimana facebook ini berkembang daripada sebuah bilik kecil di Universiti Harvard sehinggalah sekarang yang mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, pengguna facebook adalah seramai 7 juta orang.

Itulah serba sedikit kisah tentang fenomena yang telah merebak keseluruh dunia ini. Saya sendiri baru sahaja berkenalan dengan dunia FB pada awal tahun 2010. Masih baru. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan dan adika-adik yang pernah saya kendalikan kem dan program. Habis sahaja program mesti ada suara :

“ Abang ada FB tak?,”

“ FB?”, Tanya saya.

“ Facebook la, abang,” Katanya sambil tersenyum-senyum sinis.

Sebenarnya tiada apa yang ingin saya coretan banyak tentang si pengasas ini. Cuma saya hendak ajak kita sama-sama melihat FB dari sudut yang berbeza.

Cetusan Idea

Saya masih ingat pada tahun 2008, saya menghadiri sebuah program Hijrah Menara Gading (HIMEGA) yang menghimpunkan pelajar-pelajar lepasan SPM sebagai sebuah program untuk mendedahkan suasana kampus kepada peserta. Dalam ucaputama program tersebut, satu slot telah disampaikan oleh seorang Profesor dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM), Skudai. Namanya : Prosefor Dr Abdul Hakim Mohamed.

Beliau menyatakan bentuk cabaran global yang akan melanda dunia beberapa tahun mendatang. Katanya :

“ Terdapat beberapa perancangan yang rapi yang dilakukan oleh pengasas internet seperti google dan sebagainya untuk mengurus, mengawal dan memantau kehidupan seharian manusia. Mereka sedang merancang sehingga dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh kita setiap hari sehingga di dalam rumah,” 

Semasa itu, saya kurang memahami apa yang ingin sampai oleh beliau. Tetapi, saya yakin perkara itu tidak mustahil boleh berlaku.

Ketagihan FB

Hari ini, rata-rata kanak-kanak, remaja, hatta orang dewasa semuanya memiliki akaun facebook. Bayangkan, di Malaysia sahaja terdapat 7 juta orang mempunyai akaun tersebut. ( Sangat banyak!) Dan banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai FB ini.

Ada yang menggunakannya, berkongsi maklumat, bertukar-tukar gambar, mencari rakan-rakan lama, melakukan hebahan maklumat, melakukan servis perkhidmatan, memberi komentar gambar yang dipostkan, menyatakan status diri dan sebagainya.

Namun, kita dapati ramai yang sudah mengalami ketagihan FB. Ya, ketagihan FB ini mulai melanda semua orang.

Di rumah, dipejabat kerajaan, di universiti, ditempat awam, dikedai yang mempunyai kemudahan WIFI, dan di serata tempat. Dan jika, kita lihat ramai yang akan membuka FB ini.
Hmm. Betulkah pemerhatian dan pengamatan saya?

Apa tanda anda ketagihan FB?

(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka.

(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga.

(3) Anda mampu menghadap laptop, atau computer berjam-jam lamanya hanya dengan FB

(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti assignment kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum.

(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan.

Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu?

Kelalaian FB

Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.

Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :

(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan masa banyak dengan FB

(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke”facebook”an.

(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB

(4) Kita semakin jarang membuka Al-Quran yang menjadi penguat ruhani kita. Jika dahulu, sempat menghadap Al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada ruh Al-Quran.

(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab.

(6) Assignment kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa : “ Saya sibuk dan tidak sempat.”

(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina.

(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita.

(9) Gambar-gambar yang dishare, ditag dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat.

Dan, banyak lagi jika disenaraikan. Dan saya yakin anda sendiri mengetahuinya.
FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”

[al-Mu'minun 23: 1-3]

Afwan saya sebut, gambar-gambar para wanita dan adik-adik remaja perempuan begitu mudah untuk dikenali, dilihat dan disedari melalui laman FB ini. Pernah saya sebut kepada para pelajar semasa sesi kuliah saya minggu lepas :

“ Siswi sekalian, jaga-jagalah dalam meletakan gambar anda di FB. Di sana terdapat mata-mata dan hati-hati yang sedang asyik menikmati – kecantikan dan keayunan- anda.”

Dan, apatah lagi jika gambar itu terdedah auratnya atau tidak sempurna penutupannya.

Ia sangat-sangat mengganggu jiwa.

Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan calaran kepada kejernihan hati.

Mencorak keperibadian kita

Anda perasaan tak?

Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.

Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui “wajah” facebook kita.

Ia seolah-olah menampakan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.

Wallahu’alam

Saya sedang berfikir ke arah itu, berfikir bagaimana hendak mengajak semua orang untuk menjadikan FB ini sesuatu yang berguna, bermanfaat dan yang penting ia baik untuk dakwah!

Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik.

Atau anda ada pandangan yang lain?


Oleh : BroHamzah (http://brohamzah.blogspot.com)

FRIDAY, NOVEMBER 12, 2010http://brohamzah.blogspot.com/2010/11/fb-pencorak-keperibadian-kita.html



3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

Tuesday, August 24

Perkongsian : Hanya KepadaMU Aku Berharap


 please by ~dalexus at Daviantart

Putera-puteri harapan ummah yang dkasihi sekalian. Marilah kita melihat satu hakikat yang sangat besar dalam kehidupan, iaitu kita adalah para hamba yang faqir yang sangat-sangat memerlukan Allah SWT sedangkan Allah SWT adalah al Ghani, Yang Maha Kaya, yang tidak punya keperluan apa-apa.


Manusia hari ini majoritinya sangat jauh dari Allah sehingga tidak merasakan keperluan untuk menghubungkan diri dengan Allah. Mereka amat bergantung kepada makhluk yang sangat lemah tetapi terputus dari Allah Yang Maha Kuat.

Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita amat jahil, maka kita memerlukan hidayah dan petunjuk Allah

Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita punya pengetahuan tetapi tidak mampu untuk mengamalkannya. Maka kita perlu memohon keampunan serta bertaubat dari kelemahan dan kelalaian kita

Kita perlu sentiasa diperingatkan bahawa kita sangat perlu kekuatan dan bimbingan Allah untuk meninggalkan 'zhulumat' kegelapan jahiliyyah dalam masuk secara total ke dalam cahaya petunjuk Allah. Kita perlu ingat bahawa bila kita diseru untuk mentauhidkan Allah, berubudiyyah kepada Allah serta mentaati-Nya, Maha Suci Allah dari sebarang keperluan dan Allah Maha Agung dan Maha Besar, tidak memerlukan semua itu. Allah tidak sekali-kali memerlukan kita dan pengorbanan dan jihad kita. Kesemua itu adalah keperluan kita.

Sekiranya kita lalai atau enggan menunaikan hak-hak Allah yang telah ditentukan ke atas kita, maka Allah Maha Berkuasa dengan mudah untuk mencipta dan memilih kelompok baru untuk berubudiyyah kepada-Nya dan berjuang untuk menegakkan Deen-Nya.

Anak-anak yang dikasihi, marilah kita memohon dengan penuh rendah diri kepada Allah SWT agar dikurniakan dalam hati-hati kita rasa sangat berhajat kepada Allah SWT, khususnya keperluan kita agar hati kita dapat terus hidup dan mampu menghilangkan bahan-bahan cemar hati, rawasib , yang melumpuhkan dan mematikan hati. Hanya Allah sumber pertolongan dan perlindungan bagi kita.

Petikan Kajian Tarbawi Oleh Tn Hj Rosdi Baharom di Kolej Teknologi Darulnaim

*Sumber : http://www.haluantarbawi.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...