Showing posts with label Antara Sirah. Show all posts
Showing posts with label Antara Sirah. Show all posts

Thursday, July 5

Tunggu Dan Lihat : Jangan tak kena tempat.


 Ambil Gambar Conan ni sebab time kecik2 selalu ulang2 cerita dia.
Dalam fikiran "Macam ni kah Saidina Umar?"

Teringat satu kisah seorang sahabat Rasulullah SWT, Zul Jausyan al-Dhababi namanya. Sahabat ni Rasulullah sudah ajaknya masuk Islam pada awal2 lepas perang Badar lagi, tetapi ditolaknya.

Katanya, 'Aku nampak kaum kau telah mengusir kau. Tunggulah nanti. Kalau2 suatu hari nnt kau menang ke atas kaum kamu, aku akan beriman kepada kamu dan menyertai kamu.'

Dan Allah izin ZulJausyan hanya masuk Islam selepas Fathul Mekah. Menyesal tak sudah beliau lepas itu kerana tak bersama angkatan awal Islam. 

-----------------------------------------------

Tunggu dan lihat. Karekter yang ada di mana2, kadang2 hinggap pula atas batang tubuh kita.

Umur yang Allah bagi ni akan terus berjalan, berkurang.
Keluarlah dari karakter Zul Jausyan ini sebelum terlambat.
Menyesal tak sudah nanti.

Tunggu dan lihat : Jangan tak kena tempat.
Nanti tak sempat, menyesal tak bertempat.

ألا ذلك هو الخسران المبين؟

Saturday, June 16

Kisah : Kita Masih Berpeluang Untuk Bertaubat



Ada satu kisah yang menyentuh hati.


Seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun. Dia tidak pernah dia meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.

Diizinkan Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun menampakkan dasarnya yang kering kontang.

Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa AS :
Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan.

Maka Nabi Musa pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama...Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan...

Hujan masih jua belum turun.

Nabi Musa selanjutnya berbicara dengan Allah : Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?

Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa : Aku tidak akan turunkan hujan kerana ada seorg lelaki di antara kamu yg telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, aku menahan hujan dari turun.

Maka Nabi Musa berkata : Jika demikian, apa harus aku lakukan?

Maka firman Allah : Keluarkannya dari tempat ini.

Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :
"Wahai Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yg telah bermaksiat kpd Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"

Orang yang melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang lain darinya akan keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.

Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah,

"Ya Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah... Tutupilah aibku ya Allah..."

Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun.

Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."

Maka kata Allah SWT, " Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan aku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."

Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa org itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."

Kata Allah SWT : "Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku aku mendedahkan siapa dia?"

Monday, June 13

Antara View : Mesir Yang Sentiasa Melaksanakan


Gambar Hiasan dari BikyaMasr
Apabila lidah mudah bicara,

Apakah disusuli dengan kerja,

Usah mengkritik sini sana,

Jika diri masih tak kena.


Cerita ini adalah mengenai kisah Penduduk Mesir yang sentiasa bersedia.

Di sekitar rumah APJ Rabaah (Rumah Pelajar Johor) terdapat banyak masjid yang menunaikan solah Jumaat. Saya selalunya akan memilih masjid kecil yang berhampiran dengan rumah, iaitu masjid kecil di belakang rumah saya. Pertamanya disebabkan khatib yang menyampaikan khutbah adalah seorang Doktor kuliah bahasa dan beliau buta. Keduanya disebabkan tidak terlalu lama.

Pada Jumaat lepas, tanggal 10 jun 2011 ada kejadian yang menakjubkan saya. Kejadian yang berkaitan dengan peribadi rakyat Mesir yang disabdakan Rasulullah sebagai kaum yang sentiasa bersedia untuk berperang.

Sesampainya saya di masjid, saya agak pelik kerana suara khatib yang menyampaikan khtubah adalah berlainan dari kebiasaaan. Tambah pelik lagi suaru khatib itu serupa dengan suara mufti Mesir, Syeikh Ali Jumuah. Rupa-rupanya, suara khatib itu hanyalah dari corong radio sahaja. Ramai daripada kami kalangan pelajar Johor pelik dan apakah ini khutbahnya. Setelah tunggu hampir 10 minit lebih, akhirnya seorang lelaki Mesir datang ke depan.

"Kenapa guna radio sahaja?" Tanya lelaki tersebut.
"Doktor tak boleh datang." Jawab mudah orang-orang tua di saff hadapan.
"Ha, haza man fa'sh, la yajuz wallahi" kata lelaki itu mengatakan ini tidak boleh.

Setelah itu, lelaki itu terus merampas microphone dan terus naik ke atas mimbar dan terus menyampaikan khutbah yang bertajuk "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian" Khutbah yang disampaikan penuh bertanaga, dan maaflah tiada sebarang rakaman. Serius rugi tak rakam.

Begitulah perihalnya manusia yang sebenarnya masyarakat arab di bumi Mesir. Lelaki yang mencadangkan dan mengkritik sesuatu keadaan itu bukan satu cadangan yang kosong, tetapi cadangan yang disusuli dengan tindakan.

Hal ini pernah berlaku pada zaman saidina Abu Bakar As-siddiq. Ketika berpuluh hari tentara Islam mengepung kawasan jajahan Nabi palsu, Musailamah Al-Kazzab, muncul seorang sahabat dari celah-celah tentera Muslimin yang mencadangkan satu idea.

"Apa kata ya Jeneral, kita baling beberapa orang masuk ke dalam kota, lalu kita buka pintu kota dari dalam" Idea dari sahabat yang bernama Bara'ah bin Malik.

"Apakah itu satu idea yang tidak masuk aqal? Berapa ramai pihak al-kazzab yang berda di dalam sana.?" tanya seorang sahabat yang terkejut dengan idea Bara'ah bin Malik.

"Takpa, biar saya yang dilompatkan ke dalam"

Selepas dilompatkan ke dalam, pihak musuh ALLAH terkejut dengan munculnya Bara'ah bin Malik di belakang barisan tentera. Lalu Bara'ah melibas pedangnya hingga menjadi seperti lorong hingga ke pintu utama kota. Dengan izin ALLAH, Bara'ah berjaya membuka pintu kota tersebut. Dan akhirnya, pihak tentera Muslimin mendapat kejayaan yang besar.

Dikatakan, ketika Abu Hurairah merawat Bara'ah Bin Malik, beliau mendapati di belakang badan Bara'ah bin Malik tidak kurang daripada 80 tetakan.

Bagaimana pula dengan kita, Apakah kita sudah bersedia melaksanakan cadangan dan kritikan kita?


Friday, May 27

Antara Sirah : Berbaik Sangka Yang Ajaib

 Picture dari blog Salam Perjuangan


Sebelum ini pasti kita selalu mendengar kisah-kisah yang memaparkan mengenai ciri-ciri sahabat yang sebenarnya. Kebanyakan mereka menafsirkan, Sahabat adalah mereka yang sentiasa bersama kita walau dikala senang mahupun susah.

Kisah yang akan saya ceritakan adalah satu kisah yang memaparkan erti berbaik sangka dengan keluasan maksudnya. Seorang alim bernama Thalhah ibnu 'Abaidillah Ibnu 'Auf tercatat namanya dalam kitab Raudhatul 'Uqala karya Imam Abu Hatim.

Pada suatu hari isterinya, 'Aisyah Binti Abdillah Ibnu Muthi Al-Aswad mengajaknya berbicara. Isterinya mengeluh "Demi ALLAH wahai suamiku, aku tidak pernah melihat sifat yang paling buruk kecuali pada sahabat-sahabatmu"

Thalhah terkejut akan keluhan isterinya itu, "Demi Allah wahai isteriku, jangan sampai hal ini didengari oleh sahabat-sahabatku. Sifat buruk apakah yang kamu maksudkan, sayang?"

"Demi ALLAH, sifat buruk itu nampak sungguh jelas!"

"Ia, apakah sifatnya?"

Isterinya berkata, "Jikalau engkau dalam keadaan senang, mereka datang dan menemanimu. Namun bila kau susah, mereka menjauhimu."

Thalhah tersenyum dan memandang isterinya, " Sebenarnya bukan begitu isteriku. Bahkan aku memandangnya adalah satu sifat yang sungguh mulia"

"Apa maksudmu dengan sifat yang mulia?"

"Sungguh mulia sifat itu wahai isteriku" Ujar Thalhah,"Mereka datang kepadaku tatkala aku mampu menjamu mereka. Dan saat kita tidak sanggup menjamu mereka, mereka memahami lalu mereka tidak datang ke mari"


*Sumber dari buku Dalam Dekapan Ukhuwwah, Salim A. Fillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...