Sunday, November 30

Adakah Kita Sendiri Telah Berubah??


secara peribadinya..
aku kalau cuti-cuti,memang tak pernah merancang aktiviti.tapi..,
cuti akhir tahun ni lah untuk kali pertamanya aku tercoret untk merancang..
Alhamdulillah..best sangat.!!
rasa dunia ni berjaln dgn sangat lancar..
planet,bulan berputar pada paksinya,orbitnya..
mungkin kita semua pernah dengar kalimah ni:
"jika kita tak menyibukkan diri kita dgn Islam,
Jahiliyyah akan menyibukkan kita"
aku pun dah lama dengar..
cuma.. aku tak sedar dan kurang memahami erti kalimah ini yang sebenarnya.
sekarang.. bila aku dah faham dan sedar...alhamdulillah.
lama betul aku nak sedar perkara ni.
tahu...tahu dah.

perkara yang berlaku kat diri aku ni, menyebabkan aku benar-benar yakin dengan:
"masa merupakan sebahagian daripada rawatan"
yelah,walaupun lama...aku tetap faham dan sedar. insya'ALLAH.
bukan ada orang paksa pun...mungkin cuma diri aku sendiri yang memaksa.

mungkin aku boleh tunjukkan contoh yang lain.

ada satu kem yang pernah aku conduct,(sbg kongsi penglaman)
sorang budak ni dikenali sbg Penzina Terkenal sekolah die..
kawan saya bile dapat tahu perkara ni, geram betul die..(sbb sembang ngan kitorang biase je)
sepanjang program,kalau ponteng solat tu..biaselah.
program pun, nak taknak je ikut..
sampai urusetia(f6 sekolah peserta) program pun pening kat pihak Fasi n kem komander..
kitorang tak tegas langsung..walaupun kitorang tahu ada budak hisap rokok,tak solah,masih simpan henset sendiri..kitorang buat tak tahu je..kenapa kem komander tak marah?? kenapa kem komander tak ambil tindakan?sedangkan mereka dah langgar peraturan program..

kem komander tu jawab,
"memang marah itu merupakan sesuatu yang penting dalam didikan, tapi bagi aku, diorang ni macam dah selalu sangat kena marah..jadi kitorang nak bawa cara didikan yang lain...tapi,semua itu tetap warna-warna dalam didikan"

pihak fasi pun mengutarakan konsep yang kami bawa :
"kalau perubahan kerana dipaksa orang lain,kita merupakan mangsa,tapi
kalau perubahan kerana diri kita yang memaksa hati kita untuk melakukan perubahan,insya'ALLAH kita akan merasai nikmat dan kelazatan dalam perubahan "
itulah konsep yang kitorang bawa.
alhamdulillah pihak urusetia menerima.

kami teruskan dengan cara tersebut hinggalah habis program..
bila dah habis program..mungkin berkat kesabaran, kami dihadiahi dengan satu hadiah yang lebih baik dari apa yang ada antara langit dan bumi..
nak tahu ke hadiah nye?

hadiah nye:
bile program dah habis,
budak yang aku cakap dikenali sebagai penzina terkenal tu dengan gengn die berjumpa dengan 2 orang fasi dan berkata,
"Bang,kami minta maaf kalau sepanjang program ada buatkan abang-abang semua sakit hati..tak ikut arahan.. Bang,kalau ada program macam ni lagi, jangan lupa jemput kitorang tau..sebab ni lah program pertama yang kitorang tak kena marah"
Thank you ALLAH..!

see that...!
bukan ada orang lain paksa diorang pun..
hidayah ALLAH tetap ada.
aku rase..inilah natijah yang sebenarnye..
biarlah program berjalan dengan lancar sekalipun,kalau takde kesedaran dari hati...itu bukanlah kejayaan yang aku impikan..(tapi kita mestilah lakukan yang terbaik)

setiap dari diri kita inginkan perubahan..
dari teruk jadi elok,
lama jadi baru,
busuk jadi wangi,
hodoh jadi lawa..

adakalanya sampai tak sabar dengan proses perubahan tu,
nak ianya berlaku dengan cepat...patutkah perasaan macam ni perlu ada dalam diri kita??perlu?
adakah kita perlu memaksa orang lain untuk lakukan perubahan??

bila perasaan ini ada pada kita,..cuba kita renungkan dan fikirkan..
adakah kita sendiri dah buat perubahan??
kalau kita sendiri tak buat perubahan..macam mana nak mengajak orang lain melakukan perubahan??

sama-samalah kita renungkan..
segala kelemahan datang daripada dosa aku sendiri,dan lebih tu semua datang daripada ALLAH taala..hakikatnya semua datang daripada ALLAH.

3 comments:

Aisyah Ulya said...

A good sharing.. Yeah, paksaan luaran menyeksakan, paksaan dalaman membahagiakan.. Ana ada tulis post psal pksaan nih.. Jemput baca ek.. Nice blog abang..!!

Hilal Asyraf said...

senang bila melihat kerja-kerja dakwah ini berterusan...

semoga ALLAH rahmati kita semua...


bagus izzat.. keep on moving...

ana selalu doakan nta...

harap nta selalu doakan ana

uhibbukafillah

Syed Ahmad Fathi said...

alhamdulillah izzat letak gambar ana banyak2 dalam blog anta mesti ramai org datang melawat..bila boleh kita berpogram bersama??
macam halaqat kita dulu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...