Sunday, July 4

Catatan - Dinner Di Terengganu

Assalammualaikum.
Alhamdulillah.. Pada kesempatan ini, saya nak berkongsi mengenai Konvoi Tarbawi dari Johor kami untuk memenuhi hajat sahabat2 Terengganu. Jamuan Makan Malam Amal di Taman Tamadun Islam, Terengganu.

Mula2 macam rasa malas nak mencatat. Tapi, disebabkan permintaan Kakak2 dan mungkin Ummi, gagahkan juga. Aduhai..Catatan travelog Reunion pun masih tak berkesempatan untuk disiapkan. Maaf sahabat Generasi Ke-13 MATRI. Harap bersabar ya.

KeredhaanNYA yang ku harapkan. BismiLLAH..

Meja Makan Malam Amal

3hb Julai 2010. Perjalanan kami bermula di Simpang Renggam. Pada hari semalamnya, kami dikhabarkan akan bertolak pada pukul 7.00am. Huh? memang terkejut. Ada desas-desus membisik. "Ceh, janji melayu.." Itu melayu..! Kita kan Islam.

Walaubagaimanapun, kami memang bertolak sejam lewat, pukul 8.00am. Itu pun ada sebab yang memang tak dapat dielakkan. Kebanyakan dari kami ada yang tersalah informasi mengenai tempat menunggu bas. Ada yang dah tunggu dari pukul 6.30am. Aduhai, kesiannya Bro Tukimin. Takpa2. ALLAH kan ada.

Perjalanan kami dipenuhi dengan perbualan. Kami yang muda2 ni bersemabang dengan pakcik2. Seronok. Susah nak cari kat tempat lain. Setelah 4 jam perjalanan, kami semua terus menuju ke alam lain. Tidur. Itulah aktiviti kami.

Kami semua terjaga setelah bas berhenti di sebuah masjid untuk makan tengah hari dan solat Zohor jama' Asar. Masjid ??? Ish, lupa pula. Tapi waktu itu kami dah tiba di Terengganu lah. Ha Makan? Tak perlu risau, Pihak pengurusan bas dah sediakan. Nasi putih berlaukkan ayam masak kicap. Sedap2~

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Kampung Losong. Itulah destinasi kami seterusnya. Kami tiba di Kampung Losong pada pukul 5.00pm. Tujuan kami ke situ adalah untuk membeli Keropok Lekor Kampung Losong. Ataupun lebih dikenali sebagai Keropok Losong. Sahabat2 ada yang membeli untk keluarga yang menanti di rumah. Dan kebanyakan dari kami terus makan di situ. Kami yang bujang2 ni makan satu meja. Eh, lupa ada Bro Tukimin sekali. Abang zaid Sombong.  Makan dengan keluarga baru dia je. (Siapa ye keluarga baru dia?haha)


Depan kedai keropok Losong


Seusai makan, kami meneruskan perjalanan.

Pada pukul 6.30pm tepat, kami tiba di Sekolah Menengah Agama Kampung Laut (SMAKL). 30-40 minit sahaja kami diberi masa untuk mandi dan membersihkan diri. Kami yang lanang2 ni (laki2 ni), mengambil keputusan untuk tak mandi. Maklumlah, kami ni kan sentiasa wangi..wee~

Di SMAKL, ALLAH mengizinkan saya berjumpa dengan Akhi Iqbal dan Akhi Abbas. Mereka tak dapat pi reunion. Rindu betul saya dengan mereka berdua. Bila dah mula sembang dengan mereka ni, takde tajuk lain. Walimah,walimah,walimah. Itu je. Huih.

Solat Maghrib. Kami bersolat di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam. Saya jadi Imam. Ceh, hilang pahala.

Tibalah saat2 yang dinantikan, iaitu makan malam. Dah lapar sangat dah time ni. Yang malasnya, makan semua kena ikut protokol. Geram betul.
Pertama kami dihidangkan dengan sup semangkuk.
Selepas itu, baru makan nasi berlauk.
Setelah selesai makan nasi, kami dihidangkan dengan pencuci mulut.
Dan akhir sekali, kopi panas.

Semua mereka pelayan uruskan. Kami kena senyap dan makan ja. Peh, leceh..leceh. Kalau ikut gaya kampung kan senang. Seronok pun seronok. Takpe2. Nak buat macam mana. Benda ni semua kena belajar.

Ketika makan, kami juga disajikan dengan hidangan halwa telinga. Takjub. Sangat menarik. Nasyid oleh dua kumpulan nasyid dan dikir barat.

Yang paling best, Ucapan yang disampaikan oleh P.M. Abdullah Sudin. Beliau membicarakan mengenai kesinambungan antara akademik dan didikan Islam. Pelbagai kesan buruk akan berlaku jika kedua2 aspek ini tidak diseimbangkan. Dan paling teruk apabila pendidikan Islam diabai dan dipandang lepa.
*Sedikit terkilan. Ketika P.M. Abdullah Sudin berucap, tetamu yang hadir tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan terus kedengaran. Tapi P.M. Abdullah Sudin tetap meneruskan ucapannya dengan nada yang begitu semangat.

Seusai makan, kami terus pulang. Sakit Perut. Itulah yang ku alami sepanjang kembara ini.






3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...