Friday, July 2

SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA KU

Alhamdulillah, ALLAH beri kesempatan menggagahkan mata ini. Baru sahaja nak melelapkan mata. Hati berbisik,
"Zat, bila nak buat post untuk Birthday Ayah kamu?"
"Esok."
"Esok mana sempat. Kan nak pergi Ganu."

Ku lirikkan mataku ke arah laptop Akhi Azrol yang sedang mendendangkan lagu2 Shautul Harakah." Buat sekarang lah. " Hatiku tekad.

AYAH, 
SELAMAT HARI LAHIR.
SEMOGA AYAH TERUS ISTIQAMAH DALAM JALAN DAKWAH DAN TARBIYAH INI.

Mesej ringkas yang ku hantar kepada ayah ku. 1.53am. Ringkas sahaja ucapan ku, tapi mendalam dan berselirat isinya. Jika diuraikan, pasti memenuhi separuh daripada galaksi bimasakti ini.

Ayah,
Didikan Ayah kepada kita penuh dengan kehalusan. Ya, kadangnya kita tidak memahami apa yang Ayah lakukan kepada kita. Kadang kita mengambil masa untuk memahami. Dan kadangnya, bertahun lamanya. Lihat, di sini sahaja Ayah mengajar kita berfikir secara mendalam.

Pernah sekali Pakcik Izraei bertanya pada kita,
"Zat, macam mana ayah anta didik anta?"
"Entahlah pakcik. Nak terang susah. Izzat cerita lah ye"

Ayah kalau suruh sesuatu mesti bertimpa-timpa. Tak selesai satu mesti dah ada tugasan lain. (Masa kecil dululah.) Sampai kadang2 geram pun ada.
Tapi,
Bila dah besar, izzat mula memahami yang semua tu membuatkan Izzat bersedia untuk menanggung masalah beberapa tapak akan datang. 
Contohnya, ada sekali tu jadual Izzat sangat padat dengan  aktiviti lasak. 2 atau 3 program lasak dan tengahnya diselang dengan program formal. Tak sempat balik. Macam mana denagn pakaian?. Kalau straigth satu jenis program takpalah. Senang nak manage.
Tapi, hasil didikan ayah, Izzat dapat selesaikan.

Ayah,
Banyak sungguh perkara jika nak kita cerita tentang Ayah. Cukuplah ALLAH dan RasulNYA sebagai bukti yang Ayah telah mendidik kami adik-beradik sebaik mungkin. Insya'ALLAH. Kami sebagai anak, cuba membuatkan Ayah tersenyum bila ditanya oleh ALLAH mengenai tanggungjawab Ayah dalam mendidik anak-anak.

Ok lah Ayah, dah lewat ni. Esok gi Ganu kan.

SEMOGA AYAH SENTIASA DIBERKATI OLEH ALLAH.


2:30am
Bilik Warden Ghufran.

3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...