Sunday, July 4

Travelog - 12Reunion : Syeikh Shafiy Asy-Syiria

Alhamdulillah, selepas 2 hari tertangguh, ALLAH izinkan lagi saya menyambung catatan Travelog ini...

Sempat bergambar selepas mandi kat Waterfall.

Setelah tamat aktiviti kami bermain futsal, beberapa orang daripada kami bergerak menuju ke pasar untuk membeli barang2 untuk persiapan BBQ pada malam ini. Radhi menyerahkan aktiviti BBQ ini pada Akhi Abu Asri (Orang Johor). Jadi, aktiviti BBQ kami pada malam ini diketuai oleh Abu Asri.

Saya tak dapat cerita pengalaman depa yang pergi beli barang2. Tapi tengok gaya depa macam seronok ja. Benda yang nak dibakar ialah: 1.Ayam 2.Ikan siakap 3. Sosej.

6.55pm.Kami semua bertemu semula selepas berpecah di Asrama Haluan Penyayang. Sebelum meneruskan lagi aktiviti kami pada malam itu, kami selesaikan dulu tanggungjawab kami sebagai hamba ALLAH. Solah Maghrib. Diimami oleh Imam Muda, Akhi Hanif Ahmad.

Bacaan Al-Mathurat yang kami selalu amalkan di MATRI tidak terlepas daripada tentatif program. Ianya juga bertindak selaku pendinding kami daripada sebarang kejahatan.

Seusai bacaan AL-Mathurat, Akhi Radhi menjemput Akhi Hanif Ahmad untuk menyampaikan sedikit tazkirah. Hanif menolak. Katanya dia segan. hai..
Salah seorang dari kami menjemputt Syeikh Besar kami dari Syria, Akhi Shafiy. Apa lagi.., terkejut lah sahabat ni. Dia lari ke saf belakang. Dia ingat itulah posisi paling selamat. Kami apa lagi.. ramai2 terus berpusing menghala ke arahnya. Haha, Shafiy tak dapat lari mana. Dia pun beralah. Takpa kan Shafiy,.? hajat sahabat2 ni.


Shafiy. Kami doakan anta boleh jadi pewaris
Ustaz Shaari. Malah lebih hebat !


Menarik penyampaian Shafiy pada malam tu. Kami semua terpegun dengan perkembangan sahabat kami yang sorang ni. Tazkirah nya :
=Shafiy membacakan satu hadis yang dia pelajari di Syiria. Mengenai ukhuwwah.
 "Mukmin itu bagaikan pohon tamar. Daunnya pasti dilihat oleh semua orang. Tidak kira ianya masih menghijau ataupun telah layu" *Sahabat2 betulkan ye jika ana tersilap.

Sahabat2, jika kita ini ibarat seperti daun2 tamar, kita pasti akan dilihat oleh semua orang. Tak kiralah kita masih hijau ataupun kita telah layu. Mereka yang utuh imannya diibarat seperti daun yang masih segar Dan mereka yang layu imannya diibaratkan seperti daun yang layu. Ini tugas kita yang mempunyai iman yang kuat, insya'ALLAH. Tugas kita adalah untuk menarik dan mengajak sahabat2 kita yang lain, untuk sama2 menyegarkan dan menguatkan kembali iman.

Memang touching. Walupun nadanya bersahaja. Selepas itu, Shafiy menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang di Syria.

*Good lah Shafiy (ayat Hilmi)..Tak rugi kami post anta ke Syiria. Yeah ~




3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

6 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Gambar ke 3 tu tgn sapa yg tough tu??

[['izzat ibrahim]] said...

oh tu..
Akhi muaz mat isa.

*fathi, jgn habq kat org len tau. kantoi ar nanti.

Syed Ahmad Fathi said...

hahaha.

Izzat Ibrahim said...

gelak lak fathi..

Albo said...

taf gila muAZ

Izzat Kacak said...

fathi dah hbq dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...