Wednesday, July 7

Perkongsian : 1,2 dan 3 Hari Bekerja Di SRA Ghufran.

Letih..Itulah ungkapan paling sesuai pada saat ini. Tapi, rasa seronok pula mampu melenyapkan perasaan letih itu. Seronok? ha'ah memang seronok. Atau al-fahru dalam ertikata arabnya dan Happy if in english. Saya sekarang berkhidmat buat sementara waktu di Sekolah Rendah Agama Ghufran itu bertugas sebagai pegawai perpustakaan dan merangkap sebagai guru bagi pelajar2 kelas pemulihan. (Macam profesional kan. Ha, itulah hakikatnya)

Bersama Timb Guru Besar SRAG.


1st Day. (5 julai)

Hari ini saya diajak untuk sama2 berada dalam majlis perhimpunan sekolah. Saya diperkenalkan oleh Timbalan Guru Besar SRAG, Tuan Hj Khalik. (sedikit malu time tu..eh, pemalu juga ya saya ni depan adik2..)
Bagi saya, sekolah tersebut tidaklah terlalu asing. Sebab sekolah itu adalah sekolah saya juga..
Saya ditugaskan untuk menjaga bilik pusat sumber ataupun library. Selerak. Ya. Begitulah keadaan bilik itu ketika saya mula2 masuk. Kerana saya difahamkan, bilik tersebut memang dah lama tidak ada penunggu. Eh, penjaga2. Kerana penjaga sebelum ini ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan. Walaubagaimanapun...bilik itu memang telah diceriakan. Menarik. Cuma yang menyakitkan mata adalah buku2 yang berselerak sahaja.
Pagi2 itu, saya mulakan dengan menyapu sawang dan habuk. Huh, memang dah lama tak disapu. Bagus jugak..Kalau tak, taktahu juga nak buat apa. Sedang asyik menyapu, Ketua guru perpustakaan, Cikgu Ruminah datang kepada saya. Dia menceritakan serba sedikit tentang sejarah library ni, dan memberikan tugas awal untuk saya.
"Awak cuba susunkan buku2 ini ikut labelnya dulu.."
"Baik Makcik.." Oh, lebih selesa saya panggil makcik. Sebab sebelum ini memang panggil makcik pun.
Seharianlah saya buat tugasan itu. Sambil memikir, bagaimana nak mengimarahkan perpustakaan ini.
Lepas zohor, saya terlalu penat. Tidur di bilik warden.

*Saya bekerja sepatutnya sehingga pukul 4 petang. Tapi saya minta sampai pukul 2 petang sahaja. Tapi kalau saya kerja lebih waktu, saya dikira sukarela lah. Ya lah, kerja mesti happy2. Taknak under pressure.


2nd Day (6 Julai)

Saya meneruskan kerja saya seperti semalamnya. Harap2, hari ini berlaku lebih banyak peningkatan. Pada hari ini saya ada membawa satu teman. Laptop. Dengan harapan boleh menghilangkan perasaan keseorangan. (Acehh)
Rak2 buku semakin nampak kekemasannya. Alhamdulillah...
Aduhai, benda yang saya harapkan sebagai peneman, rupenya bertindak sebagai pengacau. Huh.
Kalau tak, macam2 lagi boleh saya boleh buat..Hih, geram2!

Ape2 pun memang semakin best.

3rd Day (7 Julai)

Hari ini,
Kuharapkan lebih baik dari semalam.
Hari ini, saya cuba menyingkirkan penyibuk yang sukar dikawal tu. Laptop.
7.20am. Saya telah bersedia untuk ke sekolah.
"Yah, cepatlah hantar kita. " Ayah saya adalah guru besar di sekolah itu. Tapi dia agak keletihan kerana banyak perkara yang diuruskan semalam.
"Ayah, letihlah..Bawa kereta Saga tu."
"Orait.."

Sesi belajar bermula pada pukul 7.25am. Dimulakan dengan pembacaan Surah Yasin. Hari ini, lewat juga. Tidak dapat sama2 membaca Surah Yassin, Dapat mengaminkan doa sahaja. huh..takpa2, esokkan ada lagi.

Hari ini pelbagai barang keceriaan yang saya bawa. Pasu bunga hiasan, bekas rotan hiasan dan pelbagai lagi. Memang minat jugak bab2 menghias ni. Cuma kena mood baik lah. Insya'ALLAH..Untuk perkara2 ni, mood mesti sentiasa ok.

Pap. Notis berpalang ku tampal di luar perpustakaan. Perpustakaan ditutup dari 7 Julai hingga 11 Julai.

Memang betullah, takda laptop.. Macam perkara dapat saya selesaikan. Cuma sedikit bosanlah.. Takde peneman. Tapi alhamdulillah. Sahabat indon saya sentiasa menemani. Shautul Harakah. Itulah peneman saya sepanjang hari ini.

Bilik perpustakaan semakin bersih dan menarik. Yeah!~ Berkat men fokuskan diri. Alhamdulillah.

"Bang, nasib baik saya dah reti baca tadi. Kalau tidak saya tak tahu yg tak boleh masuk perpustakaan"
Adik kelas pemulihan berkata pada saya. Oh, lupa nak beritahu..Saya biasakan diri saya "Abang sahaja".
"Ha..bagus2. Lepas ni awak dah tak payah masuk kelas ni lagi.."

Ungkapan akhir itulah yang saya selalu ulang2kan dalam kelas. Sebagai motivasi kepada mereka.

Antara perkara yang saya terkejut petang tu, saya lihat suasana menuntut ilmu begitu subur di bumi Ghufran ini. Iaitu,
Makcik kantin pun belajar bhs arab dengan Cikgu Ramlah. Ibu kepada Abang Suheil. Hish, memang menakjubkan! Saya betul2 teruja.

Beberapa pengajaran yang saya dapat buat masa ini :

*Memang seronok mengajar mereka. Macam2 perangai. Best2~
Budak2, memang sesuai dgn sifat yang dikaji oleh Dato' Fazilah Kamsah tentang bulan kelahiran. (Sila klik) Januari. Salah satunya, 'Amat sayang pada budak2'
*Kerja bukan dibawah pengaruh tekanan memang menyeronokkan. Tapi kita mesti berlatih bekerja dibawah tekanan. Sebab suatu hari nanti, kita pasti akan mengahadapinya. Ye, tak sekarang akan datang. Bila bergelar sebagai bos, Pengetua, Ketua ataupun Suami.
*Cuba berseronok dengan setiap kerja yang kita lakukan. Jangan mudah mengeluh dengan kepayahan. Kerana semua itu hanya ujian awan mendung. Pabila dia pergi, pasti pelangi yang mengganti.
*kita mesti menyesuaikan diri kita dengan suasana, bukan suasana yang kene sesuaikan dengan kita'
*Ilmu is the main subject for the Life. Jadi, terimalah ilmu seperti kita pengemis yang sentiasa meminta duit.

Hanya berkongsi..




3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

2 comments:

Anonymous said...

alhamdullillah seronok baca pngalaman kamu..mcm 2 la bdk2 izzat..sesuai dgn fitrahnye..bru 3 hari kej,lum sebulan lg da mcm2 yg kmu dpt..oo da mcm2 kmu bwk eh..kak x jenguk2 lg library tuh hehe..pe pun,slmt mnjalankan tanggungjwb di bumi Ghufran...mga Allah merahmati sgla usaha kita slagi kita tetap trus brada di jalanNya

Unknown said...

terima kasih kak.
eh,jemput2 mai library..
tapi jengik ye ea..minggu ni library tutup. Kene selenggara dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...