Tuesday, July 6

Travelog - 13Reunion : BBQ Paling Best

BBQ. Pada reunion kali inilah saya rasa, BBQ paling best yang pernah saya alami. Kenapa? Sama2 ikuti catatan Travelog saya ini..


Yaseq Yang Sentiasa Bersemangat

 

Seusai sesi tazkirah, Radhi terus menyerahkan aktiviti pada malam itu kepada Akhi Abu Asri.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 1.Siang ayam. 2.Siang ikan. 3.Tugas di dapur bersama Abu. Pembahagian terpulang kepada kesukaan individu. Dan kata Abu lagi, siapa yang taknak tolong pun takpa sebab kalau terlebih tangan pun tak best. Saya pun mengambil statement akhir Abu lah. Saya pada mulanya ingin berehat di surau bersama beberapa orang sahabat.

Saya bersembang dengan anak yatim yang berasa di situ. Lepas dah takde topik yang nak dibualkan, saya pun tiba2 rasa bersemangat nak join sahabat2 lain. Mana taknya, walaupun diberi kelonggaran dari ketua untuk sesiapa yang nak berehat boleh rehat. Tapi semua buat kerja.  Mane leh..Jeles2. Yang paling ringan pun tolong tengok dan berbual.

Saya menuju ke bahagian menyiang ikan. Tugas saya, pegang paip getah. Memang best. Itu kira Ok lagi tu. Yang kawan saya Zakuan pula, tugas dia jaga tepi ikan. Katanya takut ikan lari. Lagi mantap. Memang terbaik dari ladang. Yang duk bersihkan ikan pula ialah Astain Billah. Habis kecut ikan siakap ti dibersihkannya. Hilang habis darah2 ikan tu. Tak bagi peluang langsung kat darah2 tu nak melekat. Muaz dan faiz Syukri pula membuang insang ikan dan isi perut.

 Saya. Si Merah yang sentiasa bersemangat pegang paip getah.


Seusai segalanya siap, sesi pembakaran dimulakan dengan pembakaran ikan. Sebab nak tunggu rempah pada ayam meresap masuk ke dalam tulang ayam. (huhu..boleh pulak). Mula2 port membakar cuma satu sahaja. Tapi, akhi firdaus on the way mengambil barang seperti dawai dan bau-bata di rumahnya.

Setelah firdaus tiba, kami buka lagi satu port bakar. Dah beberapa minit kami bakar, akhi yaser pun start campur tangan. Dengan nada tekan dia,
"Hampa semua ni tak reti..!"
Haha.Kami semua dah masak ngan gurauan yaseq. Dia pun buka lagi satu port bakar. Memang ada ciri2 pemimpin ni. Bukan sekadar komen, tapi laksanakan.
So akhirnya kami ada 3 tempat bakar. Port 1.Diketuai oleh Anas. Port 2.Lutfi dan port 3.Yaseq. Kami Berlumba?Takdelah..kami buat sama2. Cuma lumba sapa asap paling tebal je. Mesti lah yaseq menang. Sebab dia ada jambang. Port Lutfi mesti kalah. Sebab dia kan pintar. Dia taknak pencemaran alam berlaku. (Aceceh..yeq yeq,,je.)

Syaza, Nazri, Maula dan Muslim round2 di Pekan Kuah. Sebab esok pagi2 dia nak bertolak balik.

Muaz, Hanan, Astain dan Akir pergi beli ubat gigi. Peh, beli ubat gigi sampai 4 orang. Nak beli ubat gigi ke tengok bola bang?Haha.

Kami kesian tengok adik2 kami yang anak yatim tu tunggu sampai ada sorang tu tertidur. Jadi, kami panggil depa untuk makan awal lah. Kesian2. Utamakan Anak Yatim. Itukan amalan mulia.

12.00am. Selepas beberapa orang telah tumbang dalam perlawanan dengan rasa mengantuk,Akhirnya aktiviti pembakaran pun siap. Kesian sahabat2 yang lapar dan mengantuk. So, kami punya makan malam di jama'kan dengan supper. Yang dah tertidur terpaksa bangun. Yelah, perut pun diutamakan juga daripada mata. Aduih2..

Ketika kami sedang makan, Ustaz warden asrama Anak Yatim membawa seorang pelajar balik. Haha, siapa yang melayan dia, kenal lah siapa gerangan adik ni yang sebenarnya. Abu mangsa pertama dan terawal. Tak silap Muaz Isa yang kedua kot. Siap ngaku abang lagi. Haha, muaz..Muaz. Sib baik takdak gambar adik tu. Siapa ada meh send kat ana ya.

Selepas makan, saya terus menuju ke surau. Tanpa membersihkan badan yang berbau asap BBQ, saya terus tidur. Aduih, penat2...Memang penat. Saya sambung esok ya catatan ini...ZzZzZ

*Eh. Sebab apa paling best? Oh, sebab dia best....






3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...