Thursday, July 1

Travelog - 9Reunion : Langkahan Kami Menuju Ke Pulau Langkawi

9.30am. Kami mula kalut. Tulah, memang jenis lelaki, suka buat kerja last2 minit. Waktu tu lah nak mandi, nak kemas barang nak make up. hai. Ustaz Shaari akan hantar kami ke Kuala Perlis pukul 9.50am. Kami bergegas ke kawasan tempat bas.

Sebelum kami bertolak, kami sempat beramah mesra dengan Cikgu Nasir Salleh. Beliau mendoakan agar program kami berjalan dengan lancar dan baik.

Sejenak Bersama Sir Nasir Salleh


Sedang kami menunggu bas untuk betolak, tiba2 Radhi buat kami suspen :

"Shafiy, duit reunion kita tertinggal kat kereta abang anta"
"Awat anta tak habaq awal2 lagi tadi?" Shafiy mula gelisah. "Takpa2. Ana call abang ana."
"Abang anta tak kerja ka?"
"I ALLAH dia boleh hantaq mai sat"

Shafiy minta abang dia jumpa time on the way ke Kuala Perlis. Alhamdulillah. Selesai masalah.

Pukul 10.25am tepat, kami tiba di Kuala Perlis. Keadaan agak kalut sebab waktu yang tercatat dalam tiket feri adalah pukul 10.15am. Kami bergegas ke arah feri. Brother yang berkawal di tepi feri mengarahkan kami untuk cepat. Rileks bro.

Alahamdulillah, tepat pukul 10.30 am. Feri mula bergerak meninggalkan Jeti Kuala Perlis dan menuju ke arah Pulau Langkawi. Hurey..! Eh silap. Alhamdulillah. Takda masalah2 berat yang menghalang kami.
Dalam Feri kami ditontonkan dengan filem kungfu Cina. IP MAN. menarik cerita tu.Walaupun saya dah tonton beberapa kali, masih tidak membosankan. Filem tersebut mengisahkan perjalanan hidup tok guru kepada Bruce Lee.

Tidur. Itulah yang saya buat sepanjang perjalanan. Ngantuk sebab apa pun saya tak tahu. Sahabat2 lain ada yang terus menonton filem IP MAN dan ada juga yang duduk di bahagian luar feri.

Feeling

Sedar sahaja dari lena, feri yang kami naiki telah menghampiri Jeti Pulau Langkawi. Berhala Helang masih megah bertapak. Bila ye nak dirobohkan.? Tunggu saya jadi PM kot. Kami tiba di Langkawi tepat pukul 12.15pm.

Radhi dan Firdaus sibuk menguruskan van sewa. 3 buah semua sekali yang kami tempah. Tambah dengan van Firdaus. Semua sekali 4 buah. Kami mula meng adjust2 kedudukan mengikut saiz person. Saya disusun menaikin MPV Avanza. Bersama Afifi, Abu, Shafiy, Yaser, Hilmi Mahmood, Muslim, Che Wan dan Azri. Belakang 3, tengah 3 dan depan sekali 2. Driver utama kami, Afifi. Agak sempit lah yang bahagian belakang.

Tiba2, Radhi menghampiri MPV kami,
"nak sorang. Naik kereta."

Mahmood pun keluar dari MPV. Kesian dia tak dapat bersama kami. Ceh, padahal nak menuju tempat yang sama je.

So, sekarang. Kami bergerak secara konvoi. 3 buah Van, 1 MPV dan 1 kereta.


Destinasi kami seterusnya, Asrama Anak Yatim dan Miskin. HALUAN PENYAYANG Langkawi...



3:110
"Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...