Tuesday, September 21

Travelog - 19Reunion : Bersama Yaser, Avanza, Walimah





Yaser kelihatan girang saat2 akhir bersama kami di Malaysia.

Aku antara orang yang berpeluang bersama dengan yaseq dalam tempoh waktu yang lama saat2 terakhir dia bersama kami. Sebab duk satu van dengan dia. Avanza. Mungkin sebenarnya biasa je, tapi bagi aku tetap ada keistimewaannya. Lagi terasa begitu istimewa adalah Afifi dan Abu. sebab mereka hampir golongan yang serupa. (ape dia? ha, hanya mereka sahaja yang tahu)

Seperti biasa, kalau duk dengan depa ni. Topik paling utama yang mesti dibincangkan adalah walimah. Ada sekali tu Yaseq ada menyebut ciri2 perempuan yang dia nak. Ada 3 tak silap : 1. Pandai Baca Qur'an. 2. Rajin solat. 3. ( tak ingat). 

Sebab ciri pertama itu : Bila 'Dia' pandai baca qur'an mesti dia boleh ajar anak kita baca qur'an dan rajinkan membaca.
Sebab ciri kedua : Bila rajin solat, dia mesti boleh ajar anak kita solat dan jadi anak soleh.
Seba ciri ketiga : (Tak ingat juga)
*Penerangan Syeikh Yaser.

Apalagi, kalau dah start topik itu. Masing2 pun mengeluarkan lah ciri2 pilihan masing2. Memang pelbagai. Aku pun tiba2 terfikir ciri2 pilihan aku. Cuma berfikir. Lama, Aku terus tertidur. Mungkin boring. atau Mungkin sebab ALLAH nak selamatkan aku dari termasuk golongan2 mereka terlalu awal. Mungkin.

*Ok, cukup bincang tentang hal2 walimah. Hanya mereka yang lebih memahami patut bincangkan.*

Berbalik kepada cerita menghantar yaser. Dia agak terkilan jugaklah sebab tak ramai sempat nak bersalaman dengan dia. 

Yaser perlu balik segera sebab keluarganya akan buat trip 4 buah negara. Jordan. Mesir. Syiria. Arab Saudi. Tambahan lagi katanya. Kalau dia nak belajar di Syiria, kemungkinan besar dia dah tak balik Malaysia. Sebab itu lah dia terkilan tak dapat salam dengan semua kawan.

Sekarang ni aku dengar Yaseq dah sambung belajar di Syiria. Alhamdulillah. Ada juga peneman Hamdi. Selepas Rijal dan Shafiy meninggalkan dia. Sambung belajar di Jordan. Selamat berjaya sahabat~


'Lepas ni aku nak rancang buat reunion kat Makkah pulak lah.' (aminn)





3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

3 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

good luck yaset.
haha.
izzat g mesir jgn lupa aku lak.

'izzat ibrahim said...

i ALLAH takkan ana lupakan anta. cuma kadang2 tak teringat tu maaflah ye.

Muhd Radhi said...

Alhamdulillah..inshaALLAH ya izzat..jgn lpa kami kt tanah melayu nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...