Tuesday, September 21

Travelog - 20Reunion : Melihat Flight Boarding

Setelah proses penghantaran yaset selesai, kami se avanza terus ke Pantai Cenang. Perjalanan kami terbantut selepas abu mengajak kami singgah ke sebuah bukit. Bukit itu memang kelihatan seperti salah satu usaha untuk menarik minat pelancong untuk disinggahi. Kawasan letak kereta pun agak besar. Dan yang pasti tidak akan berlaku kesesakan lalulintas. Sebab hanya van kami sahaja yang berada di situ.

Jadi kami pun yakin tidak ada masalah yang besar akan timbul. Kami yakin.

Kami pun meneruskan pendakian dengan berjalan kaki kerana kawasan letak kereta itu sudah cukup untuk meletakkan kereta kami. Dan rasanya tidak perlu untuk bawa ke atas.

Selepas beberapa minit menunggu..Akhirnya dapat juga melihat kapal terbang melakukan penerbangan. Menarik?. Mungkin biasa sahaja. Tak pastilah kalau abu menganggap itu satu pengalaman yang cukup manis. Melihat kapal terbang melakukan penerbangan.

Abu mengajak kami melihat aksi itu dengan lebih dekat lagi.

Disebabkan abu seorang yang sangat perlu dihormati, kami menurut sahaja cadangan beliau. Abu kata boleh rasa angin kapal terbang tu. Dia kata jugak kalau kereta betul2 dekat sebelah kapal terbang itu, kita boleh melayang.

Kami menghampiri kawasan penerbangan itu menggunkan avanza.

Satu kapal terbang berjaya kami tontoni. Dan telah terbukti, angin kapal terbang langsung tidak dirasai. Kalau ada pun sebab memang angin itu nak bertiup.

Jadi disebakan abu seorang yang patut dihormati, kami tidak sesekali akan menghukumnya.

Kami terus ke destinasi yang perlu dituju iaitu Best Star Motel, Pantai Cenang. Tempat penginapan kami untuk malam ini.


*Maaf tiada gambar. Sebab tidak ada apa2 yang menarik. Dan tidak ada kamera DSLR*



3:110
'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

2 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

pakai kamera henset sudah.

Unknown said...

baik fathi..
(kalaulah masa boleh berulang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...