Sunday, March 6

Baby : Mari Kita Beriman Sejenak

 Bila ku pandang wajah kanak-kanak, kembali ku kepada fitrah adalah cita-cita ku.

by *denimblack at Davianart

 Berpesan Abdullah bin Rawahah ra kepada Abu Dard' ra:
 
هيا بنا نؤمن ساعة
 Mari kita beriman sejenak
 
Kita hari ini berada di zaman di mana panji-panji kebendaan dijulang-julang serta pengaruhnya yang jelas menguasai realiti hidup manusia hari ini sama ada ia berbentuk ananiyyah, penting diri dan mengejar keduniaan.
 
Keadaan ini menjadikan kita amat-amat perlu kepada kerja yang berterusan untuk memberi penambahan kepada iman di dalam hati kita dan hati-hati insan sekeliling kita sehingga berubah ummat ini serta nampak kesan yang baik dan positif sebagaimana kesan ini pernah lahir kepada generasi awal para sahabat rhm terdahulu daripada kita.
 
Di antara wasilah terpenting sekali- dengan izin Allah swt-yang boleh membantu kita untuk mencapai penambahan iman adalah kita sangat merasai bersungguh-sungguh kepada keperluan untuk menambah iman di dalam hati kita ini.
 
Jadi setiap kali perasaan perlu kepada penambahan iman ini berkobar-kobar dalam jiwa, maka setiap kali itulah kehendak menjadi kuat dan keazaman semakin bertambah teguh untuk mencapainya.
 
Demi agar perasaan perlu kepada penambahan iman ini berkobar-kobar di dalam jiwa kita, maka kita mesti kembali kepada sirah generasi awal terdahulu supaya kita dapat mengenali buah-buah keimanan dan kesannya ke atas jiwa mereka.Kita juga mesti mengenali peringkat-peringkat peningkatan dan penambahan iman dan kesan-kesannya yang lahir dengan jelas dalam hubungannya dengan Allah swt dan manusia. Begitu juga bagaimana dia bermuamalah dengan peristiwa-peristiwa yang dihadapi dalam kehidupannya dan berbagai suka duka yang dihadapi supaya proses pengenalan dengan semua perkara ini menjadi umpama cermin yang akan memaparkan di hadapannya keadaan tahap imannya yang hakiki.
 
Pada saat itu, baru dia mulai sedar dan pasti bahawa dia selalu menghadapi kekurangan dan di hadapanya ada satu jarak yang besar yang mesti ditempuhi dalam pengembaraan imannya.Maka kesedaran ini menjadi pendorong kepada usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengutip semula bekalan-bekalan sebelum dijemput oleh kematian. Maka apabila kematian datang menjemputnya maka tidak berguna penyesalan
 dan keingin untuk membuat kebaikan.
 
Firman Allah swt dalam Surah Al-Mukminun ayat 99 dan 100:
:
"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) .Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). "  
 
Kita pohon kepada Allah swt agar menyedarkan hati-hati kita dan menghidupkannya dengan iman. Dialah Tuhan yang Maha Pelindung dan Maha Berkuasa . Firman Allah swt dalam Surah Al-Anfal:
 
‘Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna’
 

*Rujukan : tulisan Dr Majdi Al-Hilali
 Sumber : Abang Mus'ab Bin Ghazali

2 comments:

Syed Ahmad Fathi said...

Sama sama lah kita menjaga dan meningkatkan iman.Sementara masih ada ruang dan peluang.

Unknown said...

iNsya'ALLAH fathi..
Semoga kita sama2 dapat thabat dalam keimanan dan Perjuangan.

Salam Perjuangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...