Thursday, March 10

Cry : Nikmatnya Satu Tangisan Tawakkal



Satu ucapan ringkas selama 11 minit dan sangat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan kita. Hidup kita masa lalu, masa sekarang ini dan masa yang akan mendatang.

Secebis kebahagiaan yang kita sering cari, sebenarnya sering terhidang dihadapan mata. Adakalanya telah singgah dalam kehidupan kita cuma kita tidak merasainya. Kebahagiaan itu pergi kerana mungkin kita tidak menjaganya. Ianya pergi mungkin kerana bosan dengan diri kita yang tidak menghargai dan bersyukur kepadanya.

Saya sendiri, tidak terlepas daripada kealpaan mensyukuri nikmat ALLAH. Nikmat yang hadir kadangnya dimanipulasikan untuk keinginan peribadi. Keinginan hawa nafsu yang menipu. Nikmat yang diberikan seperti kertas yang mudah sahaja dikoyakkan dan di renyukkan. Bukan diindahkan dan diserikan.

Cukuplah sahaja dengan dosa sebagai bukti yang kia lupa dan alpa pada nikmat ALLAH. Hati yang putih menjadi hitam kerana kita kikiskan kenikmatan putih dengan dosa2 yang seronok kita lakukan. Adakalanya kita sayang dosa itu seperti kita selesa hati kita ditoreh.

Adakanya, kita memang tersedar dari igauan dosa yang sungguh dasyat. Kita tersedar dan ingin mencari jalan pulang menuju kepada kebahagiaan. Tetapi dengan dengan kelemahan kita sebagai manusia, akhirnya terjatuh juga dan terhanyut.

Selepas berusaha gigih untuk berdiri kita hanya mampu mengharapkan pertolongan ALLAH untuk dapat terus tetap berdiri dan meneruskan pencariaan. Dan apabila ALLAH beri sedikit untuk menghidu kebahagiaan, alangkah nikmatnya satu perjuangan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...