Wednesday, May 25

Antara Hikmah : Berilah Sesuatu Yang Istimewa



Dalam kehidupan seharian, pasti kita akan bertemu dengan ramai orang. Mereka semua pasti mempunyai sifat dan sikap yang berbagai-bagai. Adakalanya dia memberikan kita sebuah persoalan dan adakalanya dia menjawab sebuah persoalan yang bermain di kepala kita. Lagi banyak persoalan-persoalan timbul, pasti lagi menarik kehidupan kita. Kerana ia pasti tersusun seperti bait-bait lagu yang berbeza. Tapi setelah dimainkan, pasti akan mengeluarkan bunyi yang indah dan menarik.

Imam Ahmad Ibnu Hanbal

Pernah pada suatu hari seorang wakil daripada sebuah tempat datang kepada Imam Ahmad dengan membawa berbagai-bagai masalah feqah. Jika sekarang hendak Mesir hanya memerlukan masa 12 jam sahaja, tapi bagaimanakah dulu hanya dengan menggunakan unta ? Pasti kepayahan dan kesusahan menyusuk setiap perjalanan Sang Musafir.

Si Perwakilan datang membawa harapan. Setelah berjaya melepasi rintangan permusafiran, akhirnya dia dapat bertemu dengan Imam Ahmad. Dia terus mengajukan setiap persoalan-persoalan feqah yang dibawa dari tempatnya. Sang Musafir amat terkejut, kerana semua persoalan yang dibawa dijawab tidak tahu kecuali hanya 2 atupun 3 persoalan sahaja. Lalu dia bertanya,

 "Wahai imam, apakah engkau tidak tahu betapa payahnya aku jalan bertemu dengan engkau, yang engkau jawab hanyalah 2?"

Jawab Imam Ahmad, " Bagaimana aku ingin menjawab jika aku tidak tahu?"

Lalu sang Musafir tadi pulang dengan 1000 kehampaan. Rupa-rupanya, Imam Ahmad telah mengetahui akan halnya keadaan di tempat itu. Jika beliau menjawab terus persoalan-persoalan yang dibawa oleh Sang Musafir tadi, pasti permasalahan-permasalahan itu akan bertambah parah.

Nabi Isa Ibnu Maryam Alaihissalam

Diriwayatkan tentang Nabi Isa Alaihissalam bahawa pada suatu hari, seorang lelaki pandir telah datang kepadanya dan menghempuk sesuatu yang mengotorkan wajah Baginda. Tidak cukup dengan itu, lelaki pandir itu menghemburkan kata-kata kesat dan mencaci-maki baginda dengan kata-kata jijik dan menyakitkan.

Baginda membalasnya dengan mengucapkan  kalimat-kalimat yang begitu mendamaikan dan cukup indah kepada lelaki itu. Baginda memberikan semangat dan hiburan. Lalu kepada lelaki itu dihulurkannya pula buah anggur dan minyak wangi. Lalu muridnya bertanya,

"Mengapa engkau balas kata-kata keji dengan kalimah-kalimah yang mulia dan engkau menghulurkannya anggur sedangkan dia melempari engkau dengan bahan yang sungguh mengotorkan?"

Jawab Baginda dengan hikmah " Kerana setiap orang hanya akan memberikan apa yang ada pada dirinya"

Hikmah

Sungguh banyak contoh-contoh yang menarik yang kita boleh ambil dari sirah-sirah yang terdahulu. Rasulullah sallallahu alaihi wassalam juga banyak menukilkan kisah yang menyentuh setiap musu-musuhnya dengan sentiasa baginda bersedia mendengarkan mereka, menanyakan khabar orang yang sering meludahinya dan merupakan orang pertama menziarahinya tatkala dia jatuh sakit.

Imam Hassan Albanna ada menukilkan,

"Jadilah kalian seperti sebuah pokok yang mempunyai buah yang masak ranum. Jika kalian di lemparkan dengan kayu, balaslah perbuatannya dengan buah yang sangat manis dan harum baunya"

Bila kita telah mendengar kisah-kisah mereka dan mengetahui apa imbuhan balik setiap kebaikan yang mereka lakukan, pasti kita teringin hidup kita juga diwarnai dengan tauladan-tauladan yang mendidik. Ayuh membina keimanan, agar yang kita berikan hanyalah kebaikan semanis madu dan seharum kasturi.

*Hasil fikiran dari buku, Dalam Dekapan Ukhuwwah, Salim A. Fillah



2 comments:

Sketching.... said...

Tauladan yang mendidik hati. Sudah payah nak ketemu kawan2 yang sebegini rupa seperti orang2 terdahulu.. Hmmm...muhasabah diri. Setiap kawan jd cerminan diri.

Unknown said...

insya'ALLAH..semoga kita sama2 jadi cermin yang terbaik antara kita dan sahabat2 yg lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...