Thursday, March 26

2 Jenis Perempuan Yang Mempengaruhi Kepada Kehidupan Orang Lelaki

Hamka menyebut dalam bukunya bertajuk, Terusir bahawa ada dua macam perempuan yang mempengaruhi kepada kehidupan orang lelaki;

Pertama, ialah orang perempuan yang mencintainya dengan tulus dan dicintainya. Perempuan begini, mencintai si lelaki untuk kemajuan dan kebahagian lelaki. Dia lebih banyak memberi daripada memakan dan mempengaruhi. Kerana lelaki itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk kemuliaan orang banyak. 

Perempuan begini kerap kali menimbulkan kesungguhan berjuang, menimbulkan kegembiraan lelaki menempuh perkara yang sukar.

Kedua, sejenis perempuan lagi ialah yang cintanya untuk dirinya, lelaki itu mesti jatuh di bawah kuasanya, turutkan kehendaknya, perlakukan pintanya, berkorban untuknya, tetapi dia sendiri tidak mahu berkorban untuk orang yang dicintainya itu. Dia mencintai diri lelaki itu, bukan mencintai kemajuaannya. 

Tetapi yang paling rendah adalah perempuan lacur, yang menakluki lelaki dengan kecantikan, dengan perangainya yang rendah, bukan lantaran cinta, tetapi lantaran dia menaruh dendam dan kebencian yang besar kepada segenap lelaki.

*Buku Terusir, Hamka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...