Saturday, March 21

Apa sebab yang menghambat kita dari buat kebaikan?

Apa sebab yang menghambat kita dari buat kebaikan?

Ada dua perkara, yang pertama halangan yang kedua taksir.

1. Halangan adalah kerana sakit, lapar, miskin dan seumpamanya.
2. Taksir pula adalah kerana empat perkara;

Pertama : kerana tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Ubatnya mudah sahaja, iaitu belajar.

Kedua : Sudah tahu tetapi tidak terbiasa mengerjakan yang baik, sehingga merasakan bahawa mengerjakan yang jahat itu juga adalah baik. Mengubatnya tidak semudah yang pertama. Ianya berkehendak dengan dibiasakan.

Ketiga : telah menyangka bahawa yang jahat itu adalah baik dan yang baik itu adalah jahat. Telah dididik dari kecil dengan perasaan yang demikian. Yang ini lebih sukar untuk mengubatnya dari yang kedua. Harus mendapat penganjur dan penyeru yang lapang dada dan sabar.

Keempat : di dalam kejahilannya dan kerosakan didikannya itu, hatinya juga sangat busuk. Dia berpendapat bahawa mengerjakan kebaikan itu sia-sia sahaja dan perkerjaan yang jahat itulah yang utama. Ini pula lebih sukar mengubatnya dari yang ketiga.

Yang pertama namanya orang bodoh.
Yang kedua namanya bodoh dan sesat.
Yang ketiga namanya bodoh, sesat dan fasiq.
Yang keempat namanya bodoh, sesat, fasiq dan jahat durjana.

*Sumber : m/s 91-92. Falsafah Hidup, HAMKA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...