Showing posts with label Antara Gambar. Show all posts
Showing posts with label Antara Gambar. Show all posts

Thursday, July 5

Jadilah Seorang Pengembara : Berhati-hati

 
 
Sentiasa jadikan dirimu seperti Seorang Pengembara.

Kerana pengembara itu sifatnya :
1. Sentiasa mencari orang-orang baik.
2. Selalu bertawakkal.
3. Sentiasa ambil peluang yang terhidang.

--------------------------
Pengembara itu berhati-hati dalam kehidupannya.
Jika mereka berkumpulan, mereka tidak mudah untuk bermusuhan.
Kerana pabila bergaduh, ianya akan merosakkan pengembaraan.

Bersih Hati, Kita Bahagia : Clean First

 Credit : http://www.liveyourseoul.com

Bayangkan hati tanpa dengki, dendam, cemburu dan kemarahan. Betapa lapangnya jiwa kita, betapa luasnya kehidupan yang sedang kita jalani. Kita dapat berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional dan penuh hikmah. Kejayaan dan kekayaan orang lain tidak menganggu perasaan kita, kekasaran dan keburukan orang tidak melukakan hati kita bahkan kita mampu berkongsi kebahagiaan dengan orang lain serta mampu meraikan kejayaan mereka.

Bayangkan hati yang melimpah dengan kemaafan, bersangka baik, tahu menghargai dan mampu menerima kelemahan diri dan kelemahan orang lain. Kita dapat menghadapi hari baru dengan senyuman dan hati yang tenang.

Inilah kunci kebahagiaan; Hati yang bersih dari dendam kesumat, kedengkian, kemarahan, buruk sangka hingga hati kita mudah memaafkan, tahu menghargai, mampu melihat kebaikan dari longgokan keburukan.
Cuba tanyakan pada diri kita; kenapa kita selalu resah gelisah? Apa yang sering membimbangkan kita? Apa yang menjadikan fikiran kita terkurung dalam keraguan?

Siapa yang memiliki hati begini?
Hati ini haya dimiliki oleh mereka yang benar-benar mengenali Allah SWT, menjiwai sifat dan kesempurnaanNya sehingga ia mampu menyelami betapa halus, adil dan sempurnanya urus tadbir Allah SWT. Bahkan jiwanya mampu merasai betapa Allah itu Maha Penyanyang dan Maha Lembut pada hamba-hambaNya. Lalu ia menyandarkan seluruh harapan, pergantungan, tawakal bahkan cinta dan rindunya hanya pada Allah.

Orang yang merasakan dirinya sendiri tidak sempurna lalu ia tidak pernah mengharapkan kesempurnaan pada diri orang lain yang berada disekitar kehidupannya. Sehingga ia mampu memaafkan kesalahan dan kecuaian orang lain. Hatinya mampu berlapang dada dan berbaik sangka.

Orang mencintai keindahan dan kebaikan sehingga ia mampu menghargai kebaikan dirinya dan orang lain lalu mengharungi hidup dengan jiwa yang tenang, lapang dan penuh kepasrahan.
Bagaimana dengan hati kita? Semoga Allah mengurniakan kita hati yang begini.

 Sumber : http://my.opera.com/azmibhr/blog/2012/06/27/kunci-kebahagiaan-1-kebersihan-hati

Sunday, June 17

Bertakbirlah 7 Petala Cinta



Jika alam ini menyedari kita sentiasa berusaha merapatkan ukhuwwah, segenap alam pasti bertakbir kegembiraan.
............................................
Sebagai contoh orang yang mengumumkan tarikh perkahwinan,pasti akan banyak LIKES dan SHARE statusnya. ^^
Baru umumkan, belum lagi berkahwin.

Kerana perkahwinan itu simbol pereratkan Ukhuwwah.
---------------------------------------
Apabila kita berjaya menyuburkan Ukhuwwah, pasti Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi yang akan sujud syukur.

Kerana kita telah berjaya meringkai Tujuh Petala Cinta yang terkandung di antara dua Petala tadi ^^

Monday, June 11

Motivasi : Tips – 15 Warming Up Menuju Ramadhan (by BroHamzah)


Picture : Adaptasi 10 tips dari karaya ini

Sedar atau tidak, kita sudah menghampiri Ramadhan.
Hari ini, kita berada di bulan Rejab. Kemudian, seminggu dua lagi kita akan menjejaki bulan Saaban. Dan – akhirnya akan tiba suatu bulan yang amat-amat dirindui iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.
“ Abang, apa persiapan kita untuk hadapi Ramadhan ini?,” Soal isteri saya.
Terkejut  dan terkedu saya. Suatu soalan yang menyentap perasaan. Seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran Ramadhan yang bakal menjelma.
“ Persiapan?,” Saya soal diri saya.
Persiapan dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan amat-amat penting. Ia umpama sesi “warming-up” yang akan memberikan suatu posisi kesediaan yang meliputi aspek kejiwaan, fizikal, rohani, minda dan emosi kita.
Justeru, seringkas dan se”praktikal” yang mungkin saya kongsikan warming up menuju Ramadhan yang saya ambil berdasarkan panduan para ulama dan tips-tips oleh kitab-kitab tulisan para ilmuan Islam sebagai rujukan bersama.

  1. Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
  2. Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
  3. Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
  4. Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
  5. Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal  dan kaset-kaset radio.
  6. Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
  7. Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
  8. Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
  9. Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari,  terutamanya di saat sepertiga malam.
  10. Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
  11. Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
  12. Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
  13. Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
  14. Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
  15. Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda.

Penutup : Kita mulakan.

Mari sama-sama kita mulakan sesi “warming up” ini. Sesi memanaskan jiwa, perasaan, tumpuan dan fokus kita terhadap Ramadhan. InsyaAllah, dengan sedikit persediaan ini kita akan lebih bersedia, terarah, bertenaga dan memiliki matlamat yang jelas untuk dicapai “sesuatu” yang berharga sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Sumber asal :
Ali Irfan Jamaluddin of Langit Ilahi.

Sunday, April 17

Picture : Maahad Tahfiz Fath (Tahfiz Tabligh) 2


Menanti Maghrib di Masjid IKBN Pagoh.


Ustaz Hassan Din. Kami dijemput untuk mendengar ceramah beliau di IKBN Pagoh.



 Makan.


 Dewan makan maahad tahfiz ku.



 Bergambar bersama ahli dorm lain.



 Dua Ustaz dari Burma. Ustaz Farid (T-shirt) dan Ustaz Sobir.



 Padang yang dirindui. Time ni adik2 main. Abang2 dan Ustaz2 main pukul 6 petang.



 Muhaimin. Bekas Pelajar SRI Khaldun. Kami berukhuwwah sebelum berkenalan.



Di kiri asrama 1 dan 2. Kanan surau @ kelas hafazan Qur'an.




Saturday, April 16

Picture - Gambar di Maahad Tahfiz Fath (Tahfiz Tabligh) 1

Satu kepastian. Aku pernah jadi pelajar maahad Tahfiz !



'Kawan' paling karib dalam kelas, Loqman Hakim Razali.



 Ustaz Sobir pengantin baru. Time ni ada baca Yassin kat rumah baru beliau.



 Sekarang dah tere pakai serban. Belajar dengan  budak kecik tu (haziq kecik,9 tahun. Pelajar paling muda)



 Haziq Ghumyat,19 tahun. Pelajar pertama yang saya kenal di maahad.



 Bersama kawan2 satu dorm.



 Bergambar bersama empunya kamera, Yusof Masran, 18 tahun.



 Sufi namanya. Dia pernah mengikuti program qiammullail yang dikendalikan oleh saya. Di Sekolah Rendah Segamat Baru. Cikgu Hasnah Meon.



Lutfi. Anak mudir maahad, Ustaz Halim.


Saturday, August 21

Picture : Succes


"I need the pain to move faster towards success"



3:110

'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

Kau Sahabat Kau Keluarga


"Sahabat-sahabat kami lebih mahal (tinggi
kedudukannya) daripada keluarga kami. 
Keluarga kami mengingatkan kami kepada dunia, 
sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami kepada akhirat" 
- Hassan AlbBasri.

 

"Akan ku jadikan ahli keluargaku sabagai sahabatku dan sahabatku sebagai keluargaku."

- izzat ibrahim

 

 

3:110

'Ku Doakan DiriMu Agar Jadi Yang Terbaik'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...